34

113 6 0
                                    

"Hai Naufal!"

Nayla terpaku saat melihat seorang perempuan berpakaian ketat,rambut kerinting,alis terlukis cantik,hidung mancung,mata sepet dan senang cerita pakaiannya sama seperti dia dahulu. Bezanya yang ini terlalu terdedah. 

"Karina ...." panggil Naufal. Masing-masing terpaku dengan keadaan. Karina berjalan mendekati Naufal.

"Beb, mana you pergi malam tadi? I tunggu dalam bilik tau," soal Karina. Makin terhempap Nayla mendengar soalan itu. Air mata laju mengalir.

Naufal diam tidak membalas melainkan melihat anak mata Nayla mengalirkan air mata. Hatinya bagai terguris.

"Nampaknya ... abang ada hal. Love minta diri dahulu," kata Nayla. Bersama air mata mengalir itu, Nayla beredar dari pejabat milik Naufal. Naufal ingin mengejar namun Karina menahan.

"Remember, syarikat you bergantung kepada I," kata Karina. Naufal memandang tajam Karina. Kaki dibawa mendekati Karina. Manakala, Karina mengundur ketakutan.

"Aku tak kisah pasal syarikat aku dan kau ... boleh pergi mampus," seraya itu, Naufal menolak tubuh Karina jatuh sebelum dia beredar. Adu Karina dihiraukan. Susuk tubuh Nayla dicari. 

Terlihat Nayla sedang membuat panggilan dengan keadaan hujan lebat. Baru sahaja kakinya ingin mendekati Nayla, matanya dihiasi oleh seorang lelaki membukakan pintu sambil payung dihalakan pada Nayla bagi menghalang kena hujan. Hatinya bagai dihiris.

Kereta Almera itu keluar dari kawasan pejabatnya. Naufal makin tersentak. Sakitnya ...

"I told you, didn't I?" sampuk Karina. Dia berdiri di sebelah Naufal. Naufal hanya diam. Pandangannya masih terletak pada pagar yang menjadi kereta Almera keluar.

Kaki di bawa masuk kembali dalam pejabat. Karina tersenyum sinis melihat perubahan Naufal. Heh, sekarang kau milik aku.

"Naufal sayang ..."

.

.

.

"Aku tak sangka dia buat macam ni dekat kau," kata Zayn. Nayla hanya termenung tanpa membalas. Sakit hatinya melihat tiada panggilan,mesej atau apa-apa pesanan dari Naufal. Bagai biarkan dia pergi tanpa di pujuk.

"Mana dia? Kenapa dia tak pujuk aku? Kenapa dia hilang? Mana dia Zayn?" soal Nayla banyak kali. Zayn hanya diam. Dia pun sakit hati. Kalau diri tu tak bersalah pujuklah bini. Sekurang-kurangnya tanya bini dekat mana nak pastikan selamat. Ini tak, langsung tak mesej. Bini dahlah mengandung.

Nayla memegang erat tali beg tangannya saat menyedari bahawa hanya dia dan Zayn yang berada di dalam bilik solek. Perasaan takut kembali datang pada dirinya. Zayn di jeling sekilas.

"Aku nak baliklah. Takut Naufal cari aku," ujar Nayla lalu bergegas ingin keluar dari bilik. Tidak sempat tangannya ingin mencapai tombol pintu , tiba-tiba ada satu lengan melekap di pinggangnya. Rasa terkejut menyerbu hatinya.

"Nak kemana baby? Tak rindu I ke?" suara garau berbisik di telinga Nayla. Nafas hangat itu melanggar kulitnya walaupun masih bertudung. Jarinya sudah menggigil. 

"Zayn ... kau okay tak?" soal Nayla tergagap-gagap. Tangannya mencuba untuk melepaskan lengan Zayn di pinggangnya. Takut, tidak selesa dan gemuruh.

"I rindu you sangat tau," ujar Zayn tidak membalas soalan Nayla. Nayla mencuba untuk lepaskan dirinya.

"Lepaskan akulah!" jerit Nayla. Perutnya rasa sakit mencucuk saat lengan Zayn makin peluknya dengan lebih kuat. Ya Allah, tolong selamatkan hambamu ini.

"Janganlah jerit," arah Zayn. Tangan sebelah menutup mulut Nayla. Nayla dengan cepat menggigit tapak tangan Zayn sehingga lelaki itu melepaskan tangan dari mulut Nayla.

Dengan kesempatan itu, Nayla memegang tombol pintu ingin melarikan diri. Zayn menarik Nayla masuk ke dalam. Sehelai kain putih dikeluarkan lalu ditekup pada mulut Nayla.

"Abang!"

.

.

.

Naufal mencuba untuk menghubungi Nayla. Berkali-kali dia mencuba menghubungi Nayla namun, tidak dijawab. Kemana agaknya Nayla pergi ni?

Dia risau dengan keadaan Nayla yang membawa lagi satu nyawa di dalam perutnya. Ya Allah, selamatkanlah isteriku. Dato Nariq dan Datin Aisyah hanya melihat kerisauan menantunya yang sedari tadi hanya kehulur-kehilir. Mereka ada juga mesej dan hubungi Nayla tapi tetap tak dapat. 

"Daddy, macam mana ni? Ya Allah, mana Nayla pergi ni?" soal Naufal. Punggung dilabuhkan pada sofa. Datin Nurul yang baru sahaja tiba meletakkan dulang di atas meja.

"Tak dapat lagi ke?" soal Datin Nurul. Wajah Naufal melihat dengan sekali imbas. Dia juga terkejut mendengar berita Nayla tidak pulang rumah lagi.

Naufal menggeleng kepala. Tangan sudah gementar. otak ligat memikir cara mencari Nayla.

"Angah buat laporan eh," kata Naufal lalu ingin bangun. Dia sudah menyuruh kawannya untuk mencari Nayla. Namun, sehingga sekarang tiada berita.

"Eh Angah, belum lah. Kita tunggu dulu. Mana tahu Nayla tersekat dekat jalan ke?" halang Dato Farez. Naufal diam. Kakinya berhenti melangkah.

"Takkan sampai tak angkat call?" soal Naufal. Datin Aisyah juga sedang menghubungi orang untuk mencari Nayla. Dato Nariq pula mencuba mesej Nayla.

"Mana tahu bateri habis," teka Datin Nurul. Sebenarnya, dia ingin menyedapkan hati semua orang. Siapa sahaja tidak risau jika ahli keluarga hilang tidak memberi satu khabar pun. Hai.

"Kita tunggu lagi ya," pujuk Dato Farez. Ameer yang di luar melangkah masuk. Punggung dihempaskan pada kerusi.

"Meer suruh kawan carikan tapi dia orang cari tiada," kata Ameer. Naufal keluh mendengar berita itu. Ameer menghampiri Naufal.

"Aku yakin kak Nay tu tak ada apa-apa," kata Ameer sambil menepuk bahu Naufal. Bagai menyalurkan kekuatan. Tiba-tiba nada dering telefon bimbit Naufal memecahkan sunyi. Gelaran yang timbul di skrin kaca membuatkan semua orang senyap. Naufal menekan jarinya pada warna hijau di skrin itu.

"Love?" panggil Naufal. Suasana di sana sunyi. Tiada bunyi yang dengar dari sana.

"Love?" panggil Naufal lagi apabila tiada balasan dari sana. Semua orang menumpukan perhatian pada telefon bimbit itu. Debaran masih terasa apabila mendengar erangan orang dihujung sana.

"Love sayang? Love dekat mana? " soal Naufal. Tolonglah balas sayang. Kenapa diam ni?

"Abang ..." panggil Nayla. Yang lain makin menumpukan perhatian.

"Ya Love," sahut Naufal.

"Tolong ... Love takut,"

Bersambung.

My Love©Where stories live. Discover now