15

470 22 0
                                    

Nayla meluru keluar dari kereta itu. Beg silangnya di tinggalkan. Naufal memanggilnya. Namun Nayla biarkan sahaja.

Kesihatan Datin Maria lagi penting dari beg. Bilik tidur yang di duduki oleh Dato Nariq dan Datin Mariah di rempuh. Dia...

Dia terlambat.

"M...mummy?" panggil Nayla prlahan. Matanya memandang satu tubuh yang kaku pucat di atas katil. Kaki melangkah dengan lemah.

Di sebelah katil itu, Nayla melutut. Tangannya memenggang kedua bahu tubuh itu. Di goyangkan sedikit. Tapi tiada reaksi.

"M... Mummy main-main je kan?" soal Nayla. Bagai tidak percaya, Datin Maria sudah pergi. Dato Nariq sudah menangis terlebih dahulu.

Dia yang hidup lama dengan Datin Maria mesti lagi sedih.

"M...mummy!"jerit Nayla. Tangan tidak berhenti goyangkan tubuh Datin Maria. Air mata laju mengalir bagai sungai.

Kepalanya di letak atas tubuh Datin Maria. Melepaska tangisan di situ meski pun Datin Maria sudah pergi.

" M... Mummy janganlah tinggalkan Ara seorang diri. Mummy..."

Naufal yang baru tiba di pintu bilik itu tergamam melihat Nayla menangis. Dalam hatinya turut sebak melihat Dato Nariq dan semua yang berada di situ mengalirkan air mata termasuk orang gaji. Nayla yang sedang menangis di pandang.

.

.

.

" Isteri kepada usahawan bernama Dato Nariq yaitu Datin Mariah binti Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya pada malam semalam. Beliau di nyatakan ada penyakit sakit jantung. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah agar arwah tenang di sana dan di tempat kan di golongan yang beriman. "

Tit...

Television itu di tutup. Nayla yang mendengar terus menekup wajah. Sudah sebulan berlalu, Datin Maria meninggalkan kesan yang dalam

" Jadi, saya mulakan ya? " soal peguam itu. Melihat anggukan kepala dari semua orang walaupun Nayla tidak angguk melainkan diam sahaja.

"Naufal duduk." dingin Nayla berkata. Naufal terus melabuhkan punggung di sofa. Bukan niat dia ingin masuk campur dalam hal keluarga ini. Tapi, Dato Nariq mengajaknya kesini. Salah satu sebabnya Nayla.

"Dengan ini saya mengatakan syarikat N family di serahkan kepada Dato Nariq. Resort N pula di serahkan kepada Cik Nayla. Manakala, tanah yang di beli beliau di Melaka itu di serahkan kepada Datin Aisyah. Tuan Ameer, arwah tidak menyerahkan sebarang harta. " jelas peguam itu. Semua agak terkejut dengan ujaran itu. Kalau Ameer tidak dapat itu memang wajar, kerana ameer budak bawah umur lagi. Tapi dia terkejut kerana masing-masing mendapat harta yang begitu banyak.

" oh, jemputlah minum. " pelawa Datin Aisyah. Naufal melontarkan senyuman manis.

Ting!

011 *** ***

Hmm kesian nya meninggal ya? Takziah. Kan i dah bagi amaran dekat u.

Nayla diam sahaja melihat notifikasi itu. Wajah sudah tenang. Walaupun dalam hati sudah bergelorak.

"Kau dah kenapa? Termenung?" tegur Naufal. Dia sedar dari tadi Nayla langsung tidak fokus.

" Tak ada apalah. Eh awak jemputla minum sekali. Kenapa tak ajak papa dengan mama awak sekali datang?" soal Nayla. Leher dipanjangkan keluar. Mana tahu Dato Farez dan Datin Nurul duduk di luar.

"Dorang datang tengah hari nanti." balas Naufal. Air teh itu di tiup sedikit. Sebelum air teh itu di hirup.

Sedap.

"Kau buat eh air ni?" soal Naufal. Nayla menjatuhkan kepala.

"Kenapa? Manis sangat ke?" takut pula dia kalau terlebih manis. Dia main letak je gula. Entah berapa sudu sudah tidak ingat.

"Tak, sedap." bakas Naufal. Nayla menghembuskan nafas lega. Wajah yang tadj sedikit ceria kembali murung. Rasanya dia perlu kembali.

.

.

.

" Assalamualaikum!" jerit seseorang di luar. Nayla membetulkan tudung lalu keluar. Suis pagar di tekan.

Serta merta, pintu pagar yang gah itu terkuak luas. Nampak sepasang suami isteri yang berpakaian hitam sedang memasuki rumah itu. Nayla lantas mencari seseorang.

" Naufal! Tu mama awak datang." kata Nayla. Naufal mengeluarkan kepala. Senyum lebar dia melihat Dato Farez dan Datin Nurul masuki. Tangan melambai ke arah mereka.

" Jemput masuk mama." pelawa Nayla. Kepala di tunduk menyalam tangan Datin Nurul. Dia sudah biasa menggelarkan Datin Nurul 'Mama' kerana kejadian hari itu.

"Nayla okay?" soal Dato Farez. Wajah itu sudah pucat lesi. Anaknya di pandang. Mata menjeling. Naufal sudah muncung.

Apa salah aku?

"Macam ni la Dato."

"Papa,panggil papa je." terkaku Nayal di buatnya. Kena juga eh? Bibir di ukir senyuman.

"papa." kata Nayla. Membiasakan diri menyebut.

"Takziahnya untuk kamu sekeluarga. Kita doakan yang baik je lah untuk arwah. Semoga arwah tenang dekat sana." ujar Dato Farez. Dato Nariq sudah angguk. Menerima kenyataan.

Nayla melabuhkan punggung di atas karpet. Kita sebagai tuan rumah kena bagi tetamu selesa. Naufal pula duduk di atas sofa bersebelahan Nayla.

Matanya memerhati Nayla yang kepala menekur ke atas karpet ketika yang kain sedang berborak.Tangan tidak berhenti menguis bulu karpet. Comel.

"Ehem!" dehem seseorang di belakang Naufal. Naufal memalingkan muka. Mulut sudah tersengih.

"Jangan la tenung anak dara sampai tak nak balik." usik Datin Nurul. Rupanya dari tadi ramai yang perhatikan nya yang sedang memerhati Nayla.

"Oh, lupa pula. Dato, Naufal balik dulunya." Naufal lantas bangun dari duduknya lalu salam tangan Dato Nariq dan Ameer. Di hadapan, Datin Aisyah dia meletakkan tangan di dada llau tunduk. Kaki melangkah keluar dari rumah besar.

Nayla membiarkan sahaja usikan mereka itu. Langsung tidak dilayan. Masih tidak boleh lekang, senyuman manis di bibir arwah. Hatinya tidak dapat diterima.

Rindu. Mummy... Nayla rindu.

Bersambung.

Maafkan saya sebab macam bosan sikit dan terlalu ringkas. Saya pun tatawu apa yang saya type.

Korang baca jelah ye.

My Love©Where stories live. Discover now