Nayla membuka matanya saat ada gerakan di sebelahnya. Rasa seperti ada tangan menjalar di bahagian perutnya. Hantu ke? Gatallah Hantu ni.
Tapi Hantu apa?
Perlahan-lahan tangan menekan suis lampu tidur di meja kecil di sebelahnya. Kepala menoleh ke sebelah.
"Argh!" dengan kecepatan, Nayla menyepak satu susuk yang memeluknya. Susuk itu pula berguling-guling jatuh ke bawah. Ya Allah, apa ni?
"Aduh!" susuk itu meringai kesakitan. Nayla melangkah ke arah suis lampu dan di tekan. Tubuhnya terkaku.
Lah ku fikirkan hantu. Rupanya suamiku
"Awak?" panggil Nayla. Apa dia buat dekat sini? Susuk itu mengangkat wajah.
"Awak buat apa dekat bilik saya ni? Awak ada buat tak baik ke dekat saya?" tanya Nayla. Tangan memeluk bahu. Risau.
"Aara Nayla, sayang lupa ke kita ni dah kahwin?" tanya susuk itu. Nayla lagi lah terpegun. Kahwin?
Bibir sudah tersengih mengingat kembali. Lupa pula semalam baru je dia kahwin. Ya Allah, baru hari kedua kau dah sepak lelaki kau Nayla. Nanti hari-hari lain? agak-agaknya dah mampus lelaki kau ni.
Nayla melangkah ke arah susuk itu. Tangan dihulurkan dan di sambut. Nayla menolong susuk itu duduk di atas katil.
"Maaflah Naufal, awak pun peluk saya macam tu. Saya fikir Hantu yang menggatal. " kata Nayla. Matanya memandang tubuh Naufal yang tanpa berbaju itu. Uish! Enam ketui!
"Amboi, dah sepak orang lepas tu sibuk scan badan orang lak." kata Naufal. Nayla menyengih. Piipnya membahang.
"Dah lah. Jom tidur. Esok kita nak bersanding kan?" tanya Nayla. Naufal menjatuhkan kepala. Nayla melabuhkan badan di sebelah Naufal.
Badan di pusingkan menghadap ke aah lain. Tubuhnya sedikit terkejut saat ada satu tangan memeluk erat pinggangnya. Satu lagi tangan menyelit di lehernya.
Tubuhnya di tarik ke dalam dakapan Naufal. Hangat. Tenang.
Naufal meletakkan wajahnya di leher Nayla. Menghirup bau Nayla. Wangi.
"Naufal, awak nak tidurkan? Jangan lah." ujar Nayla. Sangat tidak selesa bila Naufal membau lehernya.
"Okay, dah jom tidur." ajak Naufal. Mata di pejamkan. Lama-lama mereka di buai mimpi yang indah.
.
.
.
Seorang lelaki membaling cawan kaca di dinding biliknya.
PRANG!
Gambar di hadapannya di pandang. Sakitnya hati dia. Dadanya di pegang.
Pisau di sebelah di asah pada batu asah. Dengan rasa marah, dia membaling pisau itu pada salah seorang lelaki di gambar itu.
"Kau boleh kahwin? Serius la Nayla sayang? Rasanya sebab aku tak ada. Sebab tu lah kau menggatal dengan lelaki lain ya?" suara itu kedengaran dengan nada mengejek. Pisau di gambar itu di cabut sebelum di toreh membuat tanda 'X' pada lelaki itu.
Bibir digigit sehingga keluar cecair berwarna merah. Ibu jarinya menyalit sedikit cecair itu sebelum di sapu pada wajah di gambar itu. Senyuman puas tidak lepas dari bibjr itu.
"Biasa aku buat... Satu mangsa. Kali ini, aku buat dua mangsa." sekali itu, wajahnya di paling ke arah satu lelaki dan satu wanita tua. Bibir menyeringai bahagia.
"Just wait baby. I'll appear before you soon."
.
.
.
Nayla memasang kasut tumit pada kakinya. Nasib muat. Sebab ini Naufal yang belikan.
Entah macam mana dia tahu saiz kaki pun tak tahu. Wajahnya juga di tilik. Hasil solekan dari sahabatnya sendiri yaitu Haura Ummu.
Jimat duit aku tak payah bayar.
"Weh! Nanti transfer tau. Lima puluh ringgit."
Tak jimat.
"Yelah, nanti aku transfer lah." kata Nayla. Tubuhnya berdiri. Gaun yang menggembang itu di pusingkan bersama tubuh badannya.
Cantik!
Pandai Datin Nurul dengan Datin Aisyah pilih.
"Naufal dah siap ke?" tanya Nayla pada Haura. Naufal berada di bilik sebelah. Manakala, dia di bilik sini.
"Entah, agaknya tak siap lagi kut." balas Haura. Nayla menjatuhkan kepalanya. Setuju dengan balasan Haura.
Kakinya mengorak langkah ke arah bilik sebelah. Dari bilik tadi dia terdengar suara orang mengadu.
"Hello?"
"Sayang! Tengoklah makeup artist sayang ni. Abang tak suka lah!" adu Naufal dengan kakinya dihentak pada lantai. Nayla menoleh pada orang yang menyolek muka Naufal. Padanlah tak suka.
Setengah jantan. Setengah betina. Lembut bebenor badan dia.
"Hey you! You fikir I nak ke make upkan you?" ujar orang itu. Nayla menggeleng. Gaduh mulut yang sangat bingitkan telinga.
"Nama awak siapa?" tanya Nayla dengan lemah lembut. Sopan.
"Nama saya Sally! S. A. L. L. Y. Sally!" balas Sally dengan ejaannya sekali di tekan. Nayla ter angguk-angguk. Faham.
"Okay Sally macam ni lah ya... Biar saya je yang make up kan suami saya ni. Sally boleh turun makan dah." ujar Nayla. Sally membuat isyarat tangan 'Ok' sebelum melangkah turun ke bawah. Memandangkan majlis sanding mereka di buat di Hotel.
Nayla mencapai satu berus yang sedikit bulat itu lalu di ambil warna nude. Di tepuk sedikit untuk hilangkan warnanya sedikit sebelum sapu di kelopak mata Naufal. Naufal menyengih suka.
"Jangan buat hal boleh tak?" ujar Nayla tegas. Naufal memuncungkan bibir sedepa.
"Abang tak sukalah dia tu. Dah lah pondan. Lepas tu banyak nak dia. Nak buat eyeliner sikit lah. Apalah. Abang nak natural je." balas Naufal. Dia rasa rimas apabila banyak kena tacap dekat wajahnya. Aku ni dah kacak kot. Tak perlu solek banyak.
"Yelah, dah jom." balas Nayla. Naufal bangun dari duduknya. Bibirnya senyum lebar.
"Come on my queen. " ujar Naufal lagak budiman. Lengannya di suakan pada Nayla. Nayla senyum sebelum tangannya di letakkan di dalam lengan Naufal.
Mereka berjalan beriringan dengan pengapit yaitu Haura dan Arfan. Gaun yang melebar di belakang Haura angkat supaya tidak di kotori.
Sampai sahaja di bawah,dapat mereka lihat banyak tetamu kenamaan datang. Dada makin berdebar. Pegangan pada lengan Naufal di ketatkan.
"Tidak mengapa, abang ada untuk sayang." ujar Naufal sebelum mereka berjalan di permaidani merah. Senyuman manis di lontarkan. Rasa berdebar itu kian menyurut.
Terima Kasih Ya Allah.
Terima Kasih dah menjadikan aku isteri yang sah untuk Naufal Afkar.
Terima Kasih kerana memberi aku peluang untuk menjadi sebahagian hidup dari Naufal Afkar.
Terima Kasih.
Bersambung.
YOU ARE READING
My Love©
RomanceON GOING 2023 [tak minta banyak hanya vote dan comment] Naufal Afkar, seorang jejaka yang menyeramkan. Dingin. Matanya bagaikan pisau belati sama dengan mulut nya. "Kau ni pakai baju tak cukup kain ni sebab salah hantar kedai jahit ke apa?" - Naufal...