Bab 27

236 10 0
                                    

Nayla melihat sebuah buku majalah. Matanya kadang-kadang mengecil saat tidak mengerti dengan ayat yang tertera. Kadang-kadang besar saat melihat barang solekan yang baru sahaja dikeluarkan.

"Yeayyyy! Api besar! " jerit seseorang membuatkan Nayla terus menutup majalah lalu berlari anak ke arah dapur. Kaki melangkah sahaja matanya di hadiahkan kuali besar yang disudah dililitupi dengan api yang membarak.

"Abang! Ya Allah, macam mana boleh terbakar ni?" kelam kabut Nayla mencari sesuatu yang boleh memadamkan api itu. Naufal pula hanya sengih sahaja. Nayla mengambil mangkuk dan diisikan air paip sebelum disimbahkan kepada kuali besar itu.

Secara automatik, api yang besar tadi semakin mengecil sebelum hilang kerana simbahan yang tidak berhenti. Nayla menghembuskan nafas lega. Akhirnya, nasib baik dia sertai kadet bomba dulu.

"Alaaa dah padam." ujar Naufal dengan suara rendah hati. Nayla sudah mencekak pinggang. Apa gila suami dia ni?

Api besar pun gembira?

"Abang! Macam mana boleh terbakar ni?" tanya Nayla dengan tegas. Naufal makin muncung. Kita kena marah.

"Abang nak buat yang macam yang gaul makanan dalam kuali lepas tu api besar. " jawab Naufal. Tangan menguis hujung baju. Nayla meraup muka.

"Tula, saya dah cakap biar saya yang masak. Abang nak masak juga. Tengok ni dah terbakar. " suara ditahan dari menengking. Raguan Nayla tidak pernah tidak terjadi. 

"Dah pergi duduk depan. Biar saya yang masak." 

.

.

.

"Love, jom kita pergi honeymoon." cadang Naufal secara tiba-tiba. Nayla yang muka tegang tadi terus penuh dengan senyuman. Bulan Madu! Dia dah tahu nak pergi ke mana. 

"Kita pergi Korea nak tak?" soal Nayla. Naufal yang sedang menyuap makanan itu terhenti. Korea? Seriusla?

"Eii tak naklah. Korea? Nanti Love tak perhatikan abang dah. Nanti Love sibuk dengan 'Oppa' Korea je." balas Naufal. Muka geli ditayang. Nayla sudah mencebik bibir.

"Ala abang, Nayla nak tengok Taehyung je. Nayla janji! Lepas tengok Taehyung, Nayla perhatikan je abang." janji Nayla. Tangan diangkat untuk berikrar. Comel la isterinya ini.

"Yeke?" soal Naufal lagi. Saja je nak usik. Mata dikecilkan pandang ke arah Nayla.

Nayla hanya senyum manis dengan tangan masih diangkat. Stabil je dia berikrar. Kalau ingkar, tak tahu la.

"Ya Abang, Nayla janji." Nayla menyakinkan Naufal lagi. Kepala diangguk berkali-kali. Naufal angguk kecil.

"Ya la, kita bulan madu dekat Korea. Untuk Love, Abang okay je." kata Naufal. Nayla terus lompat riang. Yeay! Pergi Korea!

"Sayang Abang!" tubuh Naufal dipeluk erat. Naufal senyum nipis. Tubuh Nayla juga dipeluk.

"Abang lagi sayang Love tau."

.

.

.

Nayla berjalan ke bahagian basah. Ikan segar diambil lalu dibagi kepada pekerja untuk disiang. Senyuman langsung tidak terukir dibibir.

Naufal pergi ambil aiskrim tadi. Sehingga kini, dia tidak kembali lagi. Susah ke nak pilih aiskrim.

Mata diliarkan sekeliling. Sebelum matanya berhenti dihujung sudut Lotus itu. Automatik ingatan beberapa hari sebelum dia menikahi Naufal muncul.

Flashback

Nayla menolak troli sambil matanya memandang makanan segera yang disusun di rak tinggi itu. Nak beli maggie, tapi tak sampai. Huaaa, kenapalah aku pendek sangat ni.

"Nak maggie ke?" soal seseorang menyentakkan Nayla. Nayla menoleh ke arah belakang. Terkaku dia saat melihat jarak antara dia dengan seorang itu.

Nayla terus ke tepi memberi ruang untuk orang itu membantunya mengambil pek maggie. Nayla menjatuhkan kepala sebelum meneliti orang itu. Macam kenal!

"Awak peguam yang uruskan wasiat mummy tu kan?" soal Nayla. Jari telunjuk menunjuk ke arah orang itu. Dari penampilan dah peguam.

Dengan kot hitam labuh, baju putih dan seluar hitam. Tangan pulak ada beg kerja. Nampak sangat.

"Eh, cik Nayla ingat saya lagi ke? Ingatkan tak ingat tadi. Cik Nayla datang seorang je ke?" soal peguam itu. Nayla menjatuhkan kepala lalu pek maggie di tangan peguam itu di ambil dan diletakkan didalam troli.

"Err..."

"Awak nak cakap apa?"

"Sebenarnya, Arwah Datin Maria ada bagi tahu saya sesuatu." kata peguam itu. Nayka terus menumpukan perhatiannya ke arah peguam. Sebut sahaja nama arwah Datin Maria membuatkan hatinya tidak tenteram.

"Mummy bagi tahu apa?" soal Nayla terus lurus. Wajah peguam itu dipandang.

"Arwah Datin Maria meminta saya bagi tahu Cik Nayla..."

"Saya?"

"Ya,"

"Arwah Datin Maria cakap yang dia suruh Cik Nayla berhati-hati dengan orang sekeliling. Walaupun kawan." kata peguam itu. Berkerut dahi Nayla. Berhati-hati kenapa?

"Tapi kenapa? Kenapa mummy suruh saya berhati-hati?" soal Nayla. Jari menunjuk ke arahnya. Ada apa?

"Tentang itu, Arwah Datin Maria tidak memberitahu apa-apa." balas Peguam. Makin tidak keruan Nayla. Kenapa ni?

End Flashback

"Love!" jerit seseorang menghentikan lamunan Nayla. Senyuman manis dilemparkan. Plastik ikan yang dihulur oleh penjual ikan itu di ambil.

"Kenapa ni Lari-lari? Jatuh kang," kata Nayla. Naufal yang baru muncul dihadapannya tersengih-sengih. Aiskrim berperisa strawberry ditunjuk.

"Waaa Aiskrim Strawberry! Nak!" jerit seseorang perempuan disebelahnya. Nayla dan Naufal terdiam. Minah mana pula yang menjawab ni.

Nayla pusingkan kepala nya ketepi. Terpampar la seorang perempuan yang tingginya hanya dua sentimeter dari Nayla. Pakaian sangat ketat, pendek dan di bahagian dada terdedah. Rambutnya ikatan Half-Up Ponytail.

"You ni siapa? Menyibuk hal orang." sindir Nayla. Awning tudung diperbetulkan. Naufal yang disebelah menahan ketawa.

"I? I kawan suami you. Why? You isteri dia tak tahu ke?" balas perempuan itu. Rambut dikibas kebelakang. Wajah Naufal yang bingung dipandang.

"Kawan saya? Saya rasa cik ni dah gila agaknya. Saya tahulah saya ni kacak. Tapi tak perlulah nak mengaku saya ni kawan cik. Lagipun saya rasa cik ni pesakit hospital sakit jiwa yang terlepas minggu lepas tu kan?" bidas Naufal. Nayla terus menampar lengan Naufal. Sesuka hati je cakap orang tu pesakit.

Tapi melihat muka perempuan itu pucat macam ya.

"Eh dah la bang, kita pergi jelah. Nanti ada yang terkantoi lari dari hospital sakit jiwa." sempat diselitkan sindiran kepada perempuan itu. Makin pucat ya!

Tanpa buang masa, Nayla dan Naufal angkat kaki beredar dari situ. Malas melayan. Naufal memeluk pinggang ramping Nayla. Bau tudung Nayla dihidu. Wangi!

"Nayla!"

Bersambung

My Love©Where stories live. Discover now