"Ku cemburu namun hanya sebatas itu," suara nyanyian yang sangat nyaring itu mengganggu Naufal. Naufal mengosok mata. Aduh, pontianak mana lah yang menyanyi pukul empat pagi ni.
"Didi and Friends!" jerit suara itu membuatkan Naufal terus bangun dari pembaringannya. Rambut di garu. Kaki di bawa keluar dari bilik. Ruang tamu menjadi tujuannya.
"Siapa yang nyanyi ni?" soal suara garau itu. Dia dahlah penat berkerja ni.
"Jika kau minta aku menjauh ... hilang dari seluruh memori indahmu,"
"Siapa tu?" soal Naufal apabila melihat seorang perempuan dengan perut ke depan sedang memegang mic. Perempuan itu tercengang seketika sebelum tangannya melambai ke arah Naufal.
"Abang! Abang nak join Love nyanyi tak?" soal Nayla. Naufal memastikan perempuan berdiri di hadapan.
"Kenapa tak tidur lagi ni?" soal Naufal. Nayla melabuhkan punggung di sofa yang berdekatan.
"Love bukan tak nak tidur. Love cuma rindu nak nyanyi. Lagipun sejak Love kahwin dengan Abang. Love tak pernah keluarkan suara emas Love tau," bebel Nayla. Tangannya bergerak menunjukkan tanda protes.
"Ya Allah, Love ... tau tak sekarang ni pukul berapa? Pukul tiga pagi. Love, kita masuk tidur ya. Nanti pagi Love nyanyilah sepuas-puasnya bila Abang dah pergi kerja. Sampai pekak telinga jiran kita pun tak apa," pujuk Naufal. Nayla mendengus tidak puas hati. Namun, saat mendengar ayat terakhir dia menyimpul senyum manis.
"Okay, nanti Love nyanyi sampailah jiran kita pekak. Sebab hari tu Love keluar nak sapu sampah depan tu. Jiran sebelah kita tu dia siram pokok bunga dia sambil dia tunjuk-tunjuk gelang emas dia tu. Heleh, dia fikir dia seorang sahaja yang punya? Kita pun adalah, " luah Nayla. Naufal terangguk-angguk sambil membawa Nayla masuk ke dalam bilik tidur. Kalau dia mendengar cerita ni sampai esok pagi tak habis cerita.
"Okay dah jom kita tidur ya. Kesian baby tu tak cukup tidur," ujar Naufal lalu merebahkan badannya di atas katil diikuti oleh Nayla. Naufal menarik Nayla ke dalam dakapannya. Kepala Nayla dibelai lembut.
"Allahumma solli'ala muhammadin wa'ala aali muhammad," selawat nabi itu Naufal mengulang sehingga kedengaran dengkuran halus dari sang isteri. Selimut di tarik ke atas sedikit sebelum dia turut dibuai mimpi.
.
.
.
Nayla mengambil lauk yang dihidangkan. Zayn di sebelah dipandang sekilas. Menyibuk.
"Baby kau dah sihat?" soal Zayn sekadar basa-basi. Padahal dah basi. Pftt...
"Alhamdulillah, baby aku masih sihat. Aku harap untuk empat bulan ke depan masih sihat," balas Nayla dingin. Zayn senyum nipis. Dia tidak terasa langsung dengan perubahan sifat Nayla.
"Oh ya, semalam ada orang suruh aku bagi kau sesuatu. Dia kata ni berkaitan lelaki kau," kata Zayn. Sebuah sampul surat di serahkan kepada Nayla. Nayla meletakkan pinggannya di atas meja sebelum memandang aneh pada sampul surat. Hatinya mula rasa tidak sedap.
Perlahan-lahan isinya dikeluarkan dari sampul surat. Jantungnya bagai tersekat. Isinya di masukkan kembali ke dalam sampul surat.
"Ada apa tu?" soal Zayn mencuba untuk mengintai isi sampul itu. Nayla senyum hambar.
"Tak ada apa-apa lah," balas Nayla. Zayn masih lagi mencuba untuk mengambil sampul surat itu. Nayla memasukkan sampul surat itu ke dalam beg tangan.
"Dah makan," arah Nayla. Zayn terdiam.
"Aku nak balik kejap. Rasa macam panas badan," kata Nayla sebelum beredar. Hatinya mula panas. Sakit hatinya. Air mata kelihatan bergenang di kelopak mata-nya.
"Eh makanan kau tak habis lagi ni!"
.
.
.
Pap!
Sebuah sampul surat melayang di atas mejanya. Naufal pandang wajah isterinya. Mata sembap dan hidung merah seperti baru habis menangis.
"Hey, love kenapa ni?" soal Naufal bangun cuba untuk dekati Nayla. Nayla menghalang Naufal dari dekat menggunakan tangannya.
"Abang tengok isi dalam tu," kata Nayla. Naufal yang masih bingung dengan keadaan hanya ikut sahaja. Jarinya berhenti untuk keluarkan isinya saat sudah nampak.
Ada beberapa keping gambar dimana ada dia dan berlainan perempuan memasuki bilik hotel. Wajah Nayla dipandang. Jadi ini sebab Nayla menangis?
"Love, dengar dulu penjelasan Abang," kata Naufal. Kaki dibawa mendekati Nayla lagi. Nayla menghapuskan air matanya.
"Penjelasan? Abang, benda dah terang depan mata lagi. Apa yang abang nak jelaskan? Sakit hati Love bila dapat gambar ni ..." tengking Nayla. Jari telunjuknya menunjuk gambar itu. Badan di paling ke belakang.
"Love tau yang semenjak love mengandung Abang mungkin dah muak dengan Love sebab Love ni selalu nak dekat dengan Abang. Tambah pula, Love dah semakin gemuk," sambung Nayla. Naufal mengambil peluang itu untuk menenangkan hati Nayla yang sedang panas.
"Listen, tiada ibu mengandung yang tak gemuk sayang. Lagipun, Abang masih cintakan love. Abang masih lagi nak jadikan Love sebagai isteri abang," kata Naufal. Nayla terkaku. badan di pusing menghadap Naufal.
"Oh, jadi Abang nak kata yang Love ni gemuk macam tu? Sampai hati Abang!" kata Nayla sebelum melangkah keluar. Naufal mengejar Nayla.
"Love!"
"Hai Naufal!"
Bersambung.
YOU ARE READING
My Love©
RomanceON GOING 2023 [tak minta banyak hanya vote dan comment] Naufal Afkar, seorang jejaka yang menyeramkan. Dingin. Matanya bagaikan pisau belati sama dengan mulut nya. "Kau ni pakai baju tak cukup kain ni sebab salah hantar kedai jahit ke apa?" - Naufal...