Haura mengambil berus solek yang sedikit kembang lalu di ambil sedikit blusher dan tepuk. Pipi Nayla di sapu blusher itu menggunakan berus solek itu. Nayla sudah pasrah mukanya.
"Aku cuma nak makan dengan dia. Bukan aku nak dinner dengan dia, " kata Nayla. Menyesal dia bagi tahu yang dia ingin makan tengah hari bersama Naufal. Pukul lapan pagi, Haura sudah berdiri di hadapan pintu bilik.
"Makan dengan dia pun kau kena cantik!" kata Haura tegas. Nayla sudah menjuling mata ke atas. Menyampah!
Bibir hanya di letakkan lip gloss untuk mencantikkan lagi warnanya. Haura mengemas barang solekan. Barang yang terkeluar di masuk ke dalam beg solek.
"Dah siap! "jerit ceria Haura. Nayla terus melangkah ke cermin besar di penjuru bilik. Di tilik tubuhnya. Tudung yang sangat senang caranya. Kemas. Baju blouse blue dan seluar palazzo berwarna coklat.
"Cantik kan? " soal Haura. Bangga dirinya dapat solek kawan sendiri. Rasanya dah boleh jadi MUA ni.
"Boleh lah, " balas Nayla. Boleh di katakan bahawa cantik juga la dirinya ini di ubah oleh Haura. Tiba-tiba bilik di rempuh.
Nayla dan Haura mengalih pandangan ke pintu ...
"Kak, ada orang nak jumpa kau, " kata Ameer. Bibir sudah sengih kerang busuk apabila melihat pandangan tajam dua gadis itu. Nayla mencapai bantal lalu di baling kepada Ameer.
"Boleh tak masuk bilik tu ketuk dulu!" jerit Nayla. Dia paling pantang orang masuk tak ketuk pintu bilik. Kurang ajar punya adik!
Ameer larikan diri. Nayla mengeluh panjang. Haura sudah garu kepala yang di balut tudung.
"Eh, pergilah cepat, " tubuh Nayla di tolak keluar dari bilik itu. Nayla tergopoh-gapah ingin menyusun langkah. Nayla melangkah turun tangga berhati-hati.
Dah macam nak bernikah pula.
Ahaks!
"Nayla ..." panggil satu suara dengan nada meleret. Nayla mengangkat kepala. Kepalanya tergantung.
Lelaki di hadapannya ini di pandang. Tidak lepas! Rambut lelaki itu warna keperangan, wajah yang cantik dan semuanya. Kacak.
Astaghfirullah.
"Er ... Ya?" soal Nayla menghentikan pandangan mereka. Dah la dekat rumah. Ramai orang tengok nanti.
"You are very beautiful, " kata suara garau itu. Tubuh di hadapnnya ini di pandang atas bawah. Sangat sempurna.
Pak!
Bunyi pukulan dari belakang menarik perhatian mereka. Dapat lihat Ameer dan Haura sedang memerhati. Haura tepuk lengan Ameer.
"Sweetnya!" kata Haura. Kepala meletok di pintu bilik. Sudah kotor matanya.
"Aduh! Sakitlah!" adu Ameer. Barangkali sakit di pukul secara tiba-tiba. Lengan yang menjadi mangsa kekejaman Haura di usap.
Mereka yang sedar bahawa Nayla dan Naufal pandang. Terus pandang tempat lain. Buat-buat tak nampak.
"Okaylah, Meer! Aku pinjam kakak kau kejap tau. Nanti aku pulangkan, " kata Naufal. Beg silang Nayla di tarik. Tak dapat tarik tangan kita tarik beg. Jangan tarik tali sudah.
"Okay! Jangan lambat tau pulangkan, " kata Ameer. Nayla mengikuti langkah Naufal. Matanya sudah memandang Ameer di lantas atas. Ameer seperti tadi, buat tidak nampak.
.
.
.
Wajah Naufal yang masam itu di pandang. Merajuk lah tu. Mana tak merajuknya, cadang nak keluar makan berdua.
YOU ARE READING
My Love©
RomanceON GOING 2023 [tak minta banyak hanya vote dan comment] Naufal Afkar, seorang jejaka yang menyeramkan. Dingin. Matanya bagaikan pisau belati sama dengan mulut nya. "Kau ni pakai baju tak cukup kain ni sebab salah hantar kedai jahit ke apa?" - Naufal...