13

672 28 1
                                    

"A ... Awak okay ke?" soal Nayla. Matanya memandang Naufal. Naufal tidak menjawab malah dia beredar.

Ah sudah!

"Habislah u Nayla," bisik Aires. Nayla sudah gelabah ingin tutup livenya. Habislah, nanti manajernya tahu.

Selepas tutup live, Nayla mengutip nasi yang tumpah. Nasib tiada, orang yang perasan. Pinggan itu di letakkan di atas meja.

Semua kembali diam. Saat Naufal kembali duduk di kerusi itu bersama Datin Nurul. Dia langsung tidak menoleh ke arah Nayla.

.

.

.

Nayla berjalan sambil memandang telefon bimbitnya. Dia sudah mesej Ameer. Tapi Ameer tidak balas.

Haish. Hotel ni dah banyak orang berjalan pulang. Takkan dia nak bermalam di sini kut.

Sementara itu, Nayla membuka tiktok. Tombol yang ada nombor itu di tekan. Ada notifikasi yang orang komen di videonya. Tidak tahu mengapa, hatinya sangat berdebar untuk tengok notifikasi komen itu.

Bila di buka sahaja, ada satu username yang komen... Membuatkan pipinya berubah tona. Merah habis!

-n_fal

Tak perlu make up. Honey, it's beautiful in my eyes.

Tanpa sedar, bibir mengukir senyum. Kerana dia tahu pemilik username tersebut. Satu perasaan hadir di sudut hati. Gembira? Entahlah.

"Aik, baca komen pun boleh senyum sampai ke telinga, " tegur seorang lelaki. Nayla menoleh ke tepi. Terkejut dia saat wajahnya sangat dekat.

"Awa ... Awak okay ke?" soal Nayla. Matanya memandang Naufal. Begitu juga dengan Naufal.

"Like you saw it," balas Naufal. Nayla perhati Naufal dari atas ke bawah. Baju nya ada kesan lagi. Ada kesan warna merah pada baju putih. Mereka jalan ke depan.

"Kau balik dengan siapa?" soal Naufal. Nayla angkat kepala. Dia sendiri tidak tahu balik dengan siapa.

"Tak tahu. Adik saya tak balas pun," balas Nayla. Mata sudah meliar memandang sekeliling. Mana tahu Ameer menyorok.

"Oh, Kalau macam tu kau naik dengan aku jelah," tawar Naufal. Nayla mencari muka Naufal. Mata mereka berlaga.

"Terima kasih jelah. Nanti apa mama awak kata, " tolak Nayla. Matanya pandang ke arah Datin Nurul yang sudah melangkah masuk ke dalam kereta audi itu.

"Mama saya tak kata apa-apa. Lagipun saya dah minta izin dia untuk tumpangkan awak. Atau lagi senang ... Dia yang suruh aku tumpangkan kau, " balas Naufal. Ya, Datin Nurul yang suruh tumpangkan. Dia ini sangatlah senang hati untuk tumpangkan.

"Mana muat, " kata Nayla. Naufal ketawa kecil. Nayla sudah mengusap lengan. Dah kenapa orang ni gelak.

"Kalau tak muat. Kau duduk atas paha aku. Mesti kau rasa luas, " usik Naufal. Nayla sudah malu. Mukanya usah di cakap. Merah Habis!

Tidak segan silu. Beg silang itu di lemparkan ke lengan Naufal yang di sebelah. Apabila sudah sedar, Nayla tunduk. Aduh, malu mbak!

"Nayla! Sinilah naik dengan mama, " terkejut Nayla dengan gelaran 'Mama' itu. Datin Nurul yang di dalam kereta Audi itu di pandang. Naufal sudah menahan bibir dari senyum.

"So ... Welcome Mrs. Princess, " kata Naufal melihat tiada bantahan dari Nayla. Tangannya sudah buka pintu. Nayla tersipu-sipu ingin masuk.

Sempat Nayla memberitahu di whatssap Ameer bahawa tidak perlu ambil. Dia sudah pulang dengan orang lain. Tahula dia akan marah Ameer tu.

My Love©Where stories live. Discover now