Bab 7

756 40 3
                                    

"Sadaqallahulazim, "

Al-Quran di tutup lalu tangan menadah untuk berdo'a. . Nayla mencium Al-Quran.

Tok...

Tok...

Tok...

Klak...

Ameer memasuki pintu bilik. Nayla duduk di atas katil. Nasib baik dia tak buka lagi telekung.

"Kau tahu tak pasal berita baru," soal Ameer. Dia duduk di sebelah Nayla. Tangan sibuk mengetik sesuatu di handphone.

"Waalaikumussalam, berita apa tu? Maaflah, aku tak buka handphone hari ni," balas Nayla sempat diselitkan sindiran. Ameer terdiam sebelum tersengih.

"Assalamualaikum WBT Ustazah Nayla. Ini ada berita mengenai Ustazah yang Ustazah keluar pakai tudung. Ada berita mengatakan Ustazah pakai tudung kerana ingin berubah. Ada juga yang mengatakan yang Ustazah ingin bersara dan sesetengah netizen mengatakan Ustazah ingin mempamerkan sahaja bukan niat berubah, " jelas dan terang Ameer mengatakan. Nayla terangguk-angguk. Jadi masih ada yang tidak puas hati.

"Jadual kau pun padat minggu ni sebab benda tulah dan ada yang ambil gambar kau dekat office dan ace coffee dengan CEO terkenal tu apa nama dia... " kata Ameer. Nayla mendiamkan diri.

"Nama dia Naufal Afkar," kata Nayla. Bila Ameer tidak dapat tangkap namanya. Sudah lama dia tak jenguk lelaki itu selepas mereka bergaduh.

"Ha ya! Naufal ....Tapi an banyak juga mata-mata yang saksi semua tu. Kau dengan dia ada apa-apa ke?" soal Ameer musykil dengan Nayla yang selalu berjumpa dengan Naufal itu.

"Tak ada lah. Kitorang just kawan je. Aku kenal dia pun sebab dia tolong aku time aku kena serang dengan wartawan tu," kata Nayla. Dia tidak mahu Ameer tahu.

"Hmm oke. Kau tu jangan lama sangat dalam bilik. Aku keluar dulu," izin Ameer. Lalu dia melangkah keluar dari bilik itu. Nayla menghantar Ameer keluar dengan pandangan mata.

Ting!

011 789 553

Baby, I tak ingatkan you ke about yang jangan dekat dengan Naufal Afkar. See apa yang you dapat? Jantan tu tak nak you. Cuma I je yang nak you. So Better you jauhkan diri dari jantan tu. Before your family die.

Teks itu di baca dengan tangan yang menggeletar. Semenjak dua menjak ini dia selalu dapat notis dari nombor ini. Dia tidak boleh buat apa-apa. Takut.

.

.

.

"Argh! Semua sebab perempuan tu! Kau tengok apa yang jadi dekat company kita? Semua client reject kita" marah Naufal. Meja kayu itu di bentak. Semua salah perempuan tu. Aara Nayla.

"Bro, kau tak boleh juga tau nak salahkan dia macm tu je. Lagipun mungkin client kau tu tak nak sebab ada yang lain ke. Kita mana tahu," balas Arfan. Geram tengok Naufal yang salahkan Nayla kerana hampir semua pelanggan tolak tawaran pejabat Naufal. Fikir Naufal kerana dia selalu jumpa Nayla.

"Yang kau back up sangat perempuan tu asal? Eh entah-entah dia dah tidur dengan banyak jantan kat luar sana, " tuduh Naufal. Kemarahan sudahh melanda dirinya.

"Astaghfirullah Naufal! Istighfar Naufal. Tak baik tuduh orang macam tu." marah Arfan. Sampai macam tu sekali pemikiran Naufal. Astaghfirullah.

"Ni kau balik awal malam ni. Pukul 11 malam nak ke Jerman kan?" kata Arfan. Penerbangan ke Jerman itu di ambil awal kerana arahan Dato Abbas. Naufal angguk.

My Love©Where stories live. Discover now