16

388 13 0
                                    

Dua bulan kemudian,

"Ala, saya busy la tengah hari ni. Urusan kedai lepas tu resort lagi. Sorry tak dapat teman awak." ujar Nayla pada seseorang di talian. Terdengar sedikit keluhan di hujung talian. Nayla sudah muncung.

Mesti dia merajuk.

"Takkan la? Dah dua minggu tau. Jomlah. " ajaknya lagi. Nayla sudah mengeluh. Jam tangan di pandang.

Dia banyak lagi kerja.

"Saya betul-betul minta maaf. Tak boleh nak teman." ujar Nayla lagi. Dia memang tak boleh nak terima pelawaan.

Diam.

"N... Naufal?" soal Nayla apabila Naufal tiada balasan. Skrin telefon bimbit di pandang. Masih bersambung.

"Tak apalah, aku makan tengah hari dengan Arfan jelah." kedengaran sedikit sayu di hujung ayat. Nayla menjatuhkan kepala. Walaupun dia tahu yang Naufal sudah merajuk.

"Okayla, saya nak kena buat kerja. Bye!" kata Nayla sebelum dia menamatkan panggilan itu. Fail di hadapan yang sudah terbentang luas di pandang. Ada juga yang bertimbun di atas meja.

Terlalu banyak.

Ada fail yang dia perlu tanda tangan. Fail yang perlu di cek. Fail yang perlu dihantar. Ada juga proposal yang beratur di tepi meja.

Frame gambar yang ada Nayla, Dato Nariq dan Datin Aisyah di pandang. Jari mengusap gambar itu. Tipulah kalau dia kata dia tidak rindu pada sosok yang bergelar ibu kepadanya.

Tok.

Tok.

Tok.

"Masuk!" laung Nayla dari dalam. Tangan mencapai fail lain pula. Kepala tidak angkat.

Melihat tiada suara dari pemilik ketukan. Nayla angkat kepala. Terpana dia memandang sosok di hadapan.

Dia...

"Naufal! Kenapa awak tak bagi tahu yang awak datang sini!" jerit ceria Nayla. Badan terus bangun. Senyuman makin lebar melihat tupperware yang berisi lauk itu.

"Saja. Nah, Mama ada bagi sikit lauk." huluran itu di sambut. Nayla mengalihkan dulu fail itu sebelum tupperware itu diletak atas meja. Di buka lalu di hirup baunya.

Mesti sedap ni!

Naufal memandang ke arah Nayla yang sedang menyuap dirinya. Dia rasa bersalah ingin memberitahu sesuatu.

" Nayla." panggil Naufal. Nayla mengangkat kepala. Kening di jongkat bagai tanya kenapa.

"Beberapa hari sebelum arwah meninggal tu, masa aku datang rumah kau. Aku terdengar yang orang gaji kau cakap yang masa dia hantar ubat dekat arwah. Air yang dia hantar tu macam ada bau yang aneh." ujar Naufal. Nayla terus angkat jari. Dia baru teringat sesuatu.

"Ha! Saya pun ada juga bau macam tu masa kemas ubat arwah dekat atas meja. Bau dia entahlah. Tak tahu nak cakap apa." kata Nayla. Bau air tu bukan bau air. Tapi bau yang macam ada benda busuk ke apa.

"Kau ada simpan air tu? Untuk di uji kaji?" soal Naufal secara tiba-tiba. Nayla angguk. Dia ada simpan untuk suruh Naufal uji kaji. Hehe.

"Mana air tu?"

Nayla mengambil satu sampel lalu di keluarkan. Dalam itu ada sedikit air. Naufal terus mencapai sampel itu. Dibuka lalu dia bau. Berkerut dahinya membau.

"Ini..." Nayla memangungkan kepala. Menanti jawapan Naufal. Serius je.

"Ini Racun." ayat itu membuatkan Nayla terkaku. R... Racun? Wajah Naufal dipandang tidak percaya.

"Racun Botulinum." lagi terkaku Nayla dibuat. Racun paling bahaya. Air mata jatuh.

"Siapa yang nak racun mummy saya?" soal Nayla. Tangan sudah menekup wajah. Menahan sebak.

Ya Allah.

Air mata mengalir laju.

Tiba-tiba satu orang melintas di otak Nayla. Nayla terhenti. Telefon bimbit di keluar.

"Naufal, boleh tak awak cek nombor ni?" soal Nayla. Tangannya menghulur telefon bimbitnya. Naufal pandang nombor itu.

Telefon bimbitnya di capai lalu membuat panggilan.

"Shaa, cek nombor yang aku hantar dekat kau." dingin nada Naufal. Mata memandang tajam ke arah nombor telefon itu. Nayla juga di pandang.

"Okay Tuan!" kata Shaa. Lantas kedengaran ketikan. Naufal mematikan panggilan lalu memandang ke arah Nayla.

"Ini nombor siapa?" soal Naufal dingin. Nayla menekur ke atas lantai. Takut.

"Itu nombor..."

.

.

.

Seorang lelaki melabuhkan punggung. Paha kaki kanan di letak atas paha kaki kiri. Menyilang.

Cawan kaca di ambil. Air alkohol itu di teguk rakus. Tiada fikir dosa dan pahala.

Matanya memandang satu gambar seorang perempuan yang sedang tersenyum manis. Ada juga gambar yang perempuan itu sedang gelak tawa. Bibir mengukir senyum.

"Nayla..." pisau tajam di hunus tepat di gambar seorang wanita tua. Lalu dia meletakkan sedikit air di mata. Bagai menjadikan itu air mata.

"Kesian kau ya. Mummy kau meninggal. Tapi... Siapa suruh kau rapat dengan lelaki tu!" sekali lagi pisau itu menghunus ke arah satu gambar di mana ada seorang wanita tua yang sedang berborak dengan kawan. Bibir ukir senyum yang penuh makna. Psiko.

"Next target, is you! Baby... Just wait for me. Baby~" kata lelaki itu lalu menyanyi. Badannya di pusingkan. Puas.

.

.

.

"Nombor tu tak berfungsi." kata Naufal. Nayla tersentak. Tidak mungkin...

"Tak mungkinla. Dia hampir tiap-tiap hari wasap saya." kata Nayla. Naufal menggeleng. Bermakna betul nombor itu sudah lama tidak digunakan.

Habis. Siapa wasap aku? Siap berbaby bagai.

"Oh ya, rumah kau ada CCTV kan?" tanya Naufal. Nayla menjatuhkan kepala. Kenapa dengan cctv.

"Mungkin kita boleh tahu siapa yang letak racun tu dekat mummy kau." kata Naufal. Nayla terus angguk. Laptop yang berwarna silver dikeluarkan dari begnya.

Jari laju menari nari di atas Papan kekunci. Nayla menyengetkan sedikit laptop itu agar Naufal nampak. Satu file dibuka.

Satu video di mana pada malam Datin Maria ingin makan ubat. Terkejut Nayla melihat orang itu. Orang itu melihat kiri dan kanan sebelum menuangkan sesuatu cairan.

Nayla yakin itu Racun yang di sebut oleh Naufal. Nayla menutup laptop itu saaat sudah habis videonya. Tangan mengambil beg tangan berwarna putih.

"Saya kena tangkap orang tu cepat." kata Nayla dingin. Naufal terus bangun melihat Nayla yang sudah beredar. Kaki nya mengikuti langkah Nayla cepat agar tidak tertinggal.

Naufal masuk ke dalam perut kereta. Mulut tidak banyak cakap. Terus sahaja dia memandu kereta itu.

Bersambung.

My Love©Where stories live. Discover now