Nayla merenung langit yang dihiasi bintang. Termenung. Air mata yang mengalir dibiarkan tanpa diseka.
Datin Aisyah masuk ke dalam bilik anak tirinya. Nayla tak sedar kehadiran Datin Aisyah.
"Nay, " panggil Datin Aisyah. Nayla menoleh ke tepi. Kelihatan Datin Aisyah sedang senyum terhadapnya.
"Eh Umi, tak tidur lagi ke?" tanya Nayla. Air mata diseka menggunakan jari telunjuk.
"Tak, kamu tu kenapa tak tidur lagi?" balas dan soal Datin Aisyah. Rambut Nayla diusap dengan lembut.
"Tak rasa ngantuk lagi," balas Nayla. Datin Aisyah memeluk bahu Nayla. Dia tahu bahawa Nayla sedang dalam kesedihan.
"Tak nak cerita ke? Umi tahu Nayla menangis tadi. Ceritalah, kenapa ni?" soal Datin Aisyah. Nayla mengenggam tangan kanan Datin Aisyah. Kepala di sandarkan di bahu Datin Aisyah.
"Hina sangat ke Nayla ni Umi? Salah ke Nayla nak pakai baju terdedah? Orang yang pakai baju terdedah ni tak layak rasa cinta ke Umi? Nayla dah cuba yang bagus. Tapi kenapa dia tetap pandang rendah dekat Nayla?" luah Nayla. Air mata yang tadi berhenti kini mengalir kembali. Datin Aisyah hanya mendengar sahaja luahan itu.
"Nayla sakit. Dia boleh sesenang macam tu sahaja rendahkan Nayla. Barang yang Nayla bagi dekat dia. Macam tu je dia buang, " luah Nayla lagi. Datin Aisyah mengusap tangan Nayla yang memegang tangan dia.
"Pada pendapat Umi, Nayla tidak hina. Tiada manusia yang hina di pandangan Allah. Pakaian itu bebas nak pakai apa. Tapi asalkan menutup aurat. Manusia semua layak dicintai dan layak dikasihi. Manusia tidak berhak untuk pandang hina atau rendah pada yang lain. Pasal barang tu, Nayla tidak usahlah ambik hati," Datin Aisyah memberi pendapat. Nayla mengangkat kepala. Wajah Datin Aisyah dipandang.
"Nayla kena berubah ke? " soal Nayla. Datin Aisyah senyum. Pipi Nayla di cekup.
"Umi cadangkan Nayla berubahlah. Tapi berubah kerana Allah. Bukan kerana orang, benda, haiwan atau tumbuhan. Tapi Nayla ambillah masa. Umi tak paksa, " kata Datin Aisyah. Nayla menunduk. Sesuatu lintas di kepalanya.
"Nayla tidur dahulu. Tak nak nangis dah. Awak tu besar. Bukan kecil. No more nangis! Kita wanita kuat!" tegas Datin Aisyah berkata. Mereka berdua jalan ke katil. Datin Aisyah menyelimuti Nayla.
"Good night Umi. I love you Umi," kata Nayla sebelum melelapkan mata. Datin Aisyah menyelak rambut yang menutup wajah Nayla.
"I love you too,"
.
.
.
Nayla turun ke bawah dengan senyuman. Semua mata terpana padanya. Ameer yang sedang menyuap karipap pada mulut pun berhenti.
"Nayla? This is Nayla? Mummy's son? " soal Datin Maria tidak percaya. Tangan di letakkan di muka Nayla. Nayla senyum nipis.
"Yes, Mummy. This is Aara Nayla, Mummy's son, " kata Nayla. Semua datang ke arahnya. Dapat badannya rasa sentuhan.
"You're so pretty dressed in a hijab, " kata Dato' Nariq. Kepala Nayla yang dibaluti dengan tudung bawal itu di usap. Cantik sekali.
"Oh, jadi inilah sebabnya kakak tak nak keluar dari bilik eh?" bahu Nayla disondol oleh Ameer. Nayla menjulingkan matanya. Sibuk je.
Ya, Nayla tidak keluar dari bilik selama seminggu. Tiada orang yang benar masuk ke dalam bilik itu. Rupanya ada udang di sebalik batu.
"Dah lah jom sarapan. Laparlah, " ajak Nayla lalu melangkah duduk. Semua juga turut duduk. Ameer membaca do'a makan.
.
.
.
Mata Naufal terpana pada perempuan di hadapannya. Siapa lagi kalau bukan Aara Nayla. Cantik. Astaghfirullah
"Kau buat apa datang sini?" soal Naufal. Mata nya tidak pandang pada Nayla. Ingat Allah. Naufal!
"Saja nak jumpa awak. By the way cantik tak saya?" ujar Nayla. Dress labuh yang di kenakan di goyangkan. Naufal memicitkan kepala.
Dia akui bahawa Nayla semakin cantik. Eh, naufal... Astaghfirullahalazim. Jangan...
"Tak, biasa je," balas Naufal. Patutlah Nayla tak datang kacau dia seminggu ni. Rupanya...
Wajah Nayla berubah. Kita dah berubah macam ni pun dia tak pandang. Hmm
"Cuba puji sikit je. Mulut awak tu memang berat eh nak puji?" sindir Nayla. Punggung dilabuhkan pada Kerusi.
"Buat apa aku puji untuk orang yang berubah demi makhluk bukan tuhannya," bidas balik Naufal. Nayla tersentak. Naufal nak cakap yang dia berubah demi orang bukan Allah?
"Naufal..."
"What? Betul apa. Kau memang berubah demi orang yang kau suka. Bukan sebab Allah," kata Naufal. Kebetulan pintu bilik office itu terbuka... Pekerja yang lain curi - curi dengar.
Nayla yang perasan ada orang curi dengar itu melangkah ke pintu lalu tutup. Wajah Naufal di pandang, diteliti dengan betul. Tiada rasa maaf ke?
"Boleh tak awak berhenti malukan saya depan orang ramai?"
"Malu apa ya? Kau yang membuat malu dekat diri kau sendiri. Orang tak nak tak payah paksa, " bidas Naufal kata. Hatinya rasa ditusuk.
"Saya tahu yang awak tak suka saya. But, tak boleh ke awak cuba buka hati untuk saya? Susah sangat ke? Ada orang lain ke?" luah Nayla. Air mata laju menuruni mata. Naufal layan dia bagaikan tiada maruah.
"Nayla keluar, " arah Naufal. Melihat Nayla yang berdiri diam dengan pipi, hidung merah dan bibir yang tersebik-sebik. Naufal melangkah keluar sendiri.
Nayla mengejar langkah Naufal sehingga di luar bangunan itu. Seorang perempuan melambai tangan ke arah Naufal. Naufal menebarkan senyum yang lebar.
Siapa perempuan itu? Kenapa Naufal begitu gembira tengok perempuan itu? Perempuan itu merangkul tangan Naufal.
"Ini bekal," kata perempuan itu. Sebuah bekal makanan di hulurkan kepada Naufal. Naufal terima.
"Naufal, siapa dia?" tanya Nayla menhentikan perbualan mereka. Perempuan itu sangat manis. Bertudung, senyumannya manis dan pendek tapi comel.
"Saya ..."
"Dia bakal isteri aku," kata Naufal. Perempuan itu memandang wajah Naufal lalu senyum. Senyuman yang membuatkan matanya rasa bahang.
"Hai, nama saya Aneeta Saffiya. Saya bakal isteri Naufal," kata Aneeta itu menghulurkan tangan. Nayla tersenyum. Walaupun hati sudah di korek dengan pisau.
"Saya Aara Nayla, " balas Nayla. Tangan perempuan itu di sambut. Senyuman terpaksa di hulurkan.
"Awak penyanyi tu kan? I really like your song! " jerit Aneeta itu. Tubuh Nayla di peluk. Sangat gembira.
"Yes, saya yang penyanyi tu," kata Nayla.
"Boleh tak saya nak ambil gambar dengan awak?" soal Aneeta. Nayla menjatuhkan kepala. Aneeta mengambil telefon bimbit yang di dalam begnya untuk bergambar.
"Err, saya nak pergi dah. Ada hal. Bye, see you next time, " kata Nayla lalu beredar. Aneeta melihat dengan senyuman kecuali Naufal. Tiada reaksi muncul.
Bersambung
YOU ARE READING
My Love©
RomanceON GOING 2023 [tak minta banyak hanya vote dan comment] Naufal Afkar, seorang jejaka yang menyeramkan. Dingin. Matanya bagaikan pisau belati sama dengan mulut nya. "Kau ni pakai baju tak cukup kain ni sebab salah hantar kedai jahit ke apa?" - Naufal...