Bab 1

3K 64 4
                                        

Seorang perempuan melangkah laju. Beg silang di bahunya dipegang erat. Anak buahnya di belakang turut memerhati sekeliling.

"Mrs, ikut sini," kata salah seorang anak buahnya. Perempuan itu terus membelok ke kiri. Kereta Vellfire berwarna hitam menjadi tujuannya.

Cepat kakinya melangkah masuk. Anak buahnya turut serta. Perempuan itu melepaskan nafas lega.

Gila.

Bagaimana wartawan boleh tahu dia ada di sini? Bagaimana mereka tahu bahawa dia akan pulang ke Malaysia? Kepalanya dipicit perlahan.

Pening.

"Mrs, okay ke?" soal anak buahnya. Perempuan itu menundukkan kepala.

"Abbey, boleh gerak ke apartmen saya," arah perempuan itu kepada pemandunya. Abbey mengangguk lalu memandu kereta Vellfire itu dengan cermat.













Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam pejabat. Bunyi yang tadinya riuh kembali sunyi. Seperti di tanah perkuburan.

Lelaki itu menghampiri sebuah meja. Wajahnya tiada hiasan senyuman.

"Tina, aku ada apa hari ni?" soalnya. Matanya tajam memandang Tina.

"Tuan ada mesyuarat dengan Dato' Abbas mengenai projek tanah di Jerman," jelas Tina. Tangannya lincah memeriksa jadual lelaki itu dengan iPad di tangan.

"Itu sahaja?"

"Ya, Tuan," kata Tina.

Lelaki itu mengangguk lalu melangkah masuk ke bilik pejabatnya tanpa sepatah kata terima kasih.

Laci diselak, fail berwarna biru dicapai. Pen yang terletak di sebelah bingkai gambar diambil sebelum dia memulakan kerja.

"Baiklah, saya akan bincang dengan pihak lain," kata lelaki itu. Mereka berjabat tangan. Lelaki itu mengiringi lelaki tua tersebut ke luar.

"Terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan kami," katanya. Lelaki tua itu hanya tersenyum.

"Oh ya, satu lagi, Naufal. Saya nak tengok perkembangan projek bulan depan. Saya bercadang ke Jerman. Kalau awak nak ikut, marilah," ajak lelaki tua itu.

Naufal mengangguk. Anak buahnya membuka pintu untuk lelaki tua itu.

"Terima kasih sekali lagi, Dato' Abbas," kata Naufal sebaik sahaja pintu kereta Range Rover berwarna hitam ditutup. Wajah yang tadi tersenyum kembali ketat.

Naufal memanggil anak buahnya.

"Siapkan kereta," arahnya lalu beredar ke pejabat untuk mengambil barang. Anak buahnya mengangguk.













Naufal menikmati Spaghetti Carbonara. Hot dog dicucuk dengan garfu lalu disuapkan ke mulut. Dia hanya buat tidak tahu apabila semua mata perempuan memandangnya.

Sudah biasa.

"Pelayan!" jerit Naufal sedikit kuat. Seorang perempuan berbaju hitam putih datang kepadanya. Resit dihulurkan.

Butang baju dua teratas dibuka, lalu ditarik ke tepi, mendedahkan sedikit bahagian dadanya. Naufal memandang sekilas.

Bibirnya mengukir senyuman sinis. Dia mengeluarkan wang kertas RM100 dan meletakkannya di atas meja.

Pelayan itu terkejut dengan bayaran tersebut.

Tahulah kaya, tapi tak perlu tunjuk sangat. Makanan dengan minuman cuma RM25.80, tapi dia bayar RM100.

"Baki tu boleh beli butang baju. Buruk sangat sampai butang pun tak ada," sindir Naufal sebelum berlalu pergi.

Pelayan itu tergamam, lalu menundukkan muka, malu kerana diperhatikan orang di situ.

Naufal membuka pintu dan berjalan ke arah keretanya. Baru sahaja ingin membuka pintu, terdengar suara riuh.

Dia menoleh ke belakang.

Di satu sudut, ramai wartawan sedang berkumpul dengan kamera. Ada seorang gadis yang dikelilingi beberapa lelaki berbaju hitam, melindunginya.

Dia terasa ingin menolong. Tapi macam… Ah, sudahlah!

Namun, entah kenapa kakinya melangkah ke arah gadis itu. Tangannya mencapai tangan gadis itu lalu menariknya menuju ke kereta. Dia memasukkan gadis itu ke dalam BMW miliknya.

Gadis itu jelas terkejut dengan tindakan Naufal. Lelaki berbaju hitam tadi menghalang wartawan daripada mengambil gambar kereta tersebut.

"Rev, gerak," kata Naufal.

Gadis itu segera memaklumkan kepada anak buahnya bahawa dia baik-baik sahaja ketika kereta BMW itu meluncur laju. Dia mengatur nafas.

Dia hanya mahu makan, bukan buat 'meet and greet' dengan wartawan.

Balik Malaysia salah, tak balik Malaysia pun salah.

"Terima kasih sebab tolong saya," kata gadis itu.

Naufal memandang wajahnya. Matanya meneliti setiap inci wajah itu.

Mata bulat berwarna hitam, dahi licin tanpa jerawat, alis tebal, hidung mancung, pipi putih mulus, dan bibir merah delima.

Sangat cantik.

Pendek kata, sempurna! Walaupun tiada manusia yang benar-benar sempurna di muka bumi ini.

"Kau... Aara Nayla, kan? Penyanyi yang menghilang lima tahun selepas ayah kau kahwin dua?" teka Naufal.

Patutlah ramai wartawan tadi. Rupanya seorang penyanyi terkenal.

"Err, ya, it's me. And who are you?" Nayla bertanya.

Naufal memandang Rev. Rev mengangguk tanda faham.

"Nama dia Naufal Afkar. 30 tahun. Meneruskan legasi perniagaan bernama AOL…" belum sempat Rev menghabiskan ayatnya, Nayla mencelah.

"Jadi, awaklah jejaka yang terkenal kacak tapi menyeramkan tu? Awak pernah jadi model untuk jenama... AE!" jerit Nayla, hampir memekakkan telinga Naufal.

Naufal menutup telinganya.

"Tak sangka dapat jumpa awak. Sebab kawan saya cakap, nak jumpa awak susah," tambah Nayla, suaranya lebih perlahan.

Naufal menggeleng.

"Okay, hentikan pujian tu. Sekarang, nak aku hantar ke mana?" soal Naufal.

Nayla berfikir sejenak. Jari telunjuknya diketuk di hujung bibir.

"Apartmen saya dekat The Residences at The St. Regis Kuala Lumpur," jawab Nayla penuh yakin.

Tanpa banyak cakap, Naufal menyuruh Rev membawa mereka ke sana.













"Terima kasih sekali lagi sebab hantar dan tolong saya," ujar Nayla dengan senyuman manis.

Naufal kaku. Bukan kerana senyuman itu, tetapi memang begitu reaksi wajahnya. Tiada balasan daripadanya.

"Err... boleh tak bagi nombor telefon? Please… Saya minat awak," Nayla mengedipkan matanya, seperti budak kecil. Comel.

Naufal diam. Rev pula sudah bersiap sedia untuk mendengar jawapan 'tidak'.

Beribu-ribu perempuan yang pernah meminta nombor telefon Naufal, tetapi dia tidak pernah memberikannya.

Namun kali ini…

"011 273 628," ujar Naufal pantas.

Terpinga-pinga Nayla ingin mencatatnya.

Rev ternganga.

Apa yang baru berlaku ni?

Sebaik sahaja Nayla melangkah masuk ke dalam bangunan, Rev meletakkan belakang tapak tangannya di atas dahi Naufal.

Naufal berkerut.

"Kau kenapa, syaitan?" soal Naufal.

"Tak panas. Tapi kenapa Tuan bagi dia nombor telefon?" selamba Rev bertanya.

Naufal ringan tangan memukul punggung Rev.

Makin lama, makin menjadi.

Tapi betul juga…

Kenapa aku bagi nombor telefon aku pada minah tu?

Bersambung

My Love©Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang