Bab 8

590 28 0
                                    

"Kau rasakan Rev apa yang aku buat dekat perempuan itu tadi salah ke?" soal Naufal secara tiba-tiba. Rev yang sedang teguk air itu terhenti. Mata melirik ke majikan yang di sebelahnya.

"Tuan sihat kan?" soalan di balas dengan soalan. Naufal mengerut dahi. Dia nak cakap aku gila ke apa?

"Mestilah aku sihat. Kalau aku tak sihat, tak adanya kita terbang ke Jerman ni ha," balas Naufal. Makin pelik aje soalannya. Rev angguk.

"Kalau macam tu cuba Tuan fikir.... Kalau tuan suka seseorang tu, tapi orang tu layan Tuan macam sampah. Semua effort yang Tuan bagi tu dia buang macam tu je. Tuan rasa macam mana?"

"Sakit?"

"Ha! Macam tu lah apa yang Cik Nayla rasa bila Tuan layan dia macam tu apalagi tadi Tuan tolak dia macam tu je," Rev berkata. Apa bendalah jadi lelaki tapi tak tahu perasaan wanita. Nasib majikan, kalau tak dia dah tolong tanamkan tujuh kaki kebawah.

Naufal termenung. Nayla sakit hati ke dengan dia? Lagipun siapa suruh luahkan perasaan dekat tengah lapangan terbang. Kan dah kena tolak.

.

.

.

"Kak... Keluarlah... Kau tak sayangkan kitaorang ke? Keluarlah. Kitaorang semua risaukan kau," suara Ameer berselang seli dengan bunyi ketukan pintu. Sudah hampir 4 hari kakaknya berkurung dalam bilik tanpa keluar atau makan.

Suasana sunyi sahaja. Tiada balasan dari yang dalam. Dato Nariq sampaikan tidak pergi ke pejabat kerana risau anak daranya.

"Nay... Keluarlah. Aku lapar ni. Aku nak ajak kau lepak mamak kat belakang rumah Pakcik Ali tu, "

Semua orang menumpu pada gadis yang baru sahaja berkata. Orang tu tengah sedih boleh pula sibuk dengan makanan. Gadis itu hanya tersengih.

Klak.

Daun pintu di tarik dari dalam. Kelihatan satu tubuh yang sangat pucat,mata bengkak, bibir pucat, rambut tidak terurus, tangan penuh dengan goresan dan badan yang sangat kurus.

"Ya Allah Kak! Kenapa jadi macam ni? Akak tak sayangkan kitaorang ke?" Datin Maria terus sahaja memeluk tubuh itu. Nayla kelihatan sangat lemah. Di dalam pelukan seorang ibu itu, Nayla menangis yang sangat kuat. Rumah itu sunyi di temani tangisan Nayla.

"M... Mumm... Mummy..." yang lain hanya tengok sahaja. Tidak berani ingin masuk campur. Biarkan.

Runtuh hati seorang ibu melihat anaknya jadi begini. Datin Maria juga terikut menangis.

.

.

.

Semua orang tengok satu sosok yang sedang makan dengan lahap. Penuh dengan senyuman. Nayla mengangkat kepala saat sedar semua orang memerhatinya.

"Kenapa semua tengok macam tu?" soal Nayla. Suapan terhenti.

"Tak ada apalah. Dah makan,"

"Meer nak pergi tuisyen,"

Semua orang beredar selain Dato Nariq dan gadis tadi.

"Nayla, Daddy rasa Nayla tak payah bekerja lah buat masa sekarang. Nayla tumpukan perhatian pada diri Nayla. Fokus kepada diri, " tegur Dato Nariq. Tangan Nayla di capai lalu di genggam. Nayla mengetap bibir.

"Betul tu! Aku sokong apa yang bapak kau cakap. Kau tengok lah diri kau sendiri tak terurus, " sampuk gadis itu. Nayla menunduk. Tidak lama Nayla angguk. Dia setuju dengan kata Dato Nariq.

"Good girl. Daddy nak pergi bilik kejap, " kata Dato Nariq sebelum beredar. Nayla menghantar Dato Nariq dengan pandangannya. Nayla pandang hadapan.

Eh

Mana pinggan aku?

Toleh sahaja ke sisi. Sudah ada yang melantak. Hmm.

"Hehe sorry ler. Aku lapar tau tak, " kata gadis itu lalu sambung suap makanan. Nayla geleng. Dia bangun mendapatkan air kosong.

.

.

.

"Herr Naufal hat also diesmal zugestimmt oder nicht? " (Jadi Tuan Naufal setuju atau tidak untuk projek kali ini?) soal salah seorang pengurus projek Jerman. Naufal membetulkan topi di atas kepala. Kertas yang ada lakaran itu di pandang dengan teliti.

"Zustimmen" (Setuju) kata Naufal. Mereka berjabat tangan. Lalu pandangan Naufal beralih kepada kawasan projek itu.

Tiba-tiba muka seseorang gadis yang selalu senyum padanya menjelma otaknya. Apalah agaknya buat dekat Malaysia tu. Dah makan ke? Rindunya dekat dia.

.

.

.

"Nah! Cendol ni aku buat. Sedap tau, " kata gadis itu lalu menyerah satu mangkuk berwarna putih yang berisi cendol kepada Nayla. Nayla yang tengok pun sudah terliur.

Tanpa buang masa, Nayla mengambil sudu lalu menyuapkan makanan itu kepada mulutnya. Terbutang besar matanya. Cendol itu ditelan juga.

"Haura Ummu... Kau nak buat cendol ke nak buat aku kencing mlanis?" tengking Nayla. Manis sangat. Haura mengerut dahi.

Haura mencapai sudu yang ada di dalam mangkuk cendol itu lalu menyuapkan makanan. Matanya besar. Bibir tersengih-sengih.

"Sorry doh Nayla. Sebenarnya ini first time aku buat. Aku rasa aku amik banyak gula kut letak," Haura meminta maaf. Nayla muncungkan bibirnya. Tiada selera nak makan.

"Ambik lah,"

Mangkuk itu ditolak ke arah Haura. Hai, rindunya dekat dia... Dia dah balik ke? Susahnya nak lupakan dia.

.

.

.

"Makanlah obat!" seorang lelaki kejar adiknya. Apa susah sangat nak telan ubat ni. Ubat ni penyembuh bukan penyakit.

"Tak nak! Aku tak nak lah!" jerit adiknya. Dah kata tak suka makan ubat pil tak nak lah!

"Naufal Afkar! Kau ni dah dewasa tau! Makan jelah!" kata lelaki itu. Naufal menggeleng. Sampai bila-bila pun dia takkan telan ubat tu.

"Aku tetap tak nak!" mereka berlawan mata. Datin Nurul menggeleng. Pelik. Dia jaga anak umur 30 tahun ke umur 3 tahun? Susah betul nak telan ubat.

"Kau tu dah la demam. Baik makan sekarang" kata lelaki itu. Dia sudah penat bermarathon dengan Naufal. Peluh di dahu di lap menggunakan lengan baju.

Naufal memeluk tubuh seakan-akan merajuk

"Aku bagi tahu perempuan tu kang. Ha mampus kau, " ugut lelaki itu. Naufal mengerut dahi. Apa ni ugut je.

"Perempuan? Siapa tu?" soal Datin Nurul. Naufal terdiam. Mampus.

"Mana ubat tadi? Aku nak makan, " Naufal tukar topik. Lelaki itu menahan gelak. Tau takut.

Bersambung

My Love©Where stories live. Discover now