Dua tahun kemudian,
"Semua ni harga RM46 ringgit,"
Dua not berwarna orange berharga 20, satu not berwarna hijau berharga 5 dan satu not berwarna biru berharga 1 di hulurkan. Nayla menerima dengan sopan. Pelanggan itu mengambil makanan yang di pesan.
"Terima Kasih datang lagi ya," ujar Nayla setelah pelanggan itu ingin beredar. Senyuman di lemparkan. Datang seorang perempuan di sebelah Nayla.
"Puan, ada orang nak jumpa," kata perempuan itu. Nayla angguk. "Awak jaga kaunter sekejap ya," Nayla beredar.
Apron di cabut lalu melangkah pada satu meja. Terlihat di situ ada beberapa perempuan dan lelaki. Nayla senyum kepada mereka.
"Ada apa ya Cik panggil saya?" soal Nayla. Perbualan mereka terhenti. Mereka memandang ke arah Nayla.
"Maaflah, tapi saya nak tanya awak ni penyanyi kan?" soal perempuan itu. Nayla angguk. Kenapa dia tanya?
"Really? Oh! Awak tahu tak saya minat awak sangat-sangat. Semua lagu awak saya suka dengar. But ... Why awak buka kedai? Awak nak berhenti ke?" perempuan itu menjerit keriangan. Tapi bila soalan pertama di tujukan semua diam. Nayla mengaru kepala. Rasa janggal pula.
"Eh, saya tak berhenti pun. Ini saya singgah kedai je. Tolong dorang sikit-sikit. By the way thanks sebab jadi peminat saya, " kata Nayla. Pandangan Nayla berubah kepada satu kerusi kosong di situ. Kita friendly.
"Awak tunggu lagi seorang ke?" tanya Nayla. Mereka pandang ke arah kerusi kosong di situ.
"Haah, tapi orang tu sampai lambat," keluh perempuan lagi satu. Ini betul-betul melayu.
"Er Akak, kalau nak bergambar boleh?" soal seorang budak lelaki. Nayla memberi keizinan. Maka badannya di serbu oleh mereka untuk mengambil gambar. Jangan risau satu meja tu sahaja.
Setelah itu, Nayla meminta izin untuk ke belakang. Dia perlu pergi berjumpa Dato Nariq. Beg di ambil.
"Tia! Akak pergi dulu tau. Jaga kaunter, jaga diri dan yang lain dan jangan buat masalah, "pesan Nayla. Tia angguk setelah dapat mengesan pesanan itu. Nayla melangkah keluar.
.
.
.
Naufal turun dari kereta. Antara banyak-banyak kedai sini juga kawannya pilih untuk berjumpa. Kedai yang berwarna pinky pinky gitu di pandang.
Nay dessert
Tanpa buang masa, Naufal melangkah masuk ke dalam kedai. Pintu kedai itu di tolak saat ada seseorang perempuan ingin keluar dengan kelam kabut. Membantu tidak salah bukan?
"Akak pergi dulu ya, " jerit perempuan itu. Naufal terhenti sesaat. Suara itu, gaya itu dan bicaranya ... Dia rasa macam kenal.
"Fal! Sini lah, " jerit kawannya. Naufal mengalihkan pandangan ke arah kawannya. Kaki melangkah ke meja itu.
"Sorry, lambat sikit tadi ada hal, " kta Naufal lalu duduk. Kereta yang lalu di sebelah kedai itu di pandang. Seorang perempuan berpakaian tudung. Dia rasa macam kenal. Tapi tidak tahu siapa.
"Kau nak pesan apa?" soal kawannya. Naufal menggeleng bagi jawapan. Nanti dia ingin bertemu dengan pelanggan.
"Weh, tadi an aku dapat bergambar dengan penyanyi siot! Nasib dia friendly. Kalau macam yang lain tu entahlah, " kata kawannya lagi satu. Naufal memanggungkan kepala.
"Menipulah. Aku tak percaya kau," balas Naufal. Kadang-kadang kawannya bukan boleh percaya.
"Betullah!"
"Aku tak percaya lah kau ni Harrash, " kata Naufal. Dia masih tidak percaya. "Fred tunjuk gambar tu, " arah Harrash. Fred mengeluarkan handphonenya. Lalu menunjukkan gambar yang di anmbil sebentar tadi.
Naufal memandang gambar itu. Waktu berhenti seketika.
Dia...
.
.
.
Nayla menghentikan keretanya di bahu jalan. Beg silang berwarna hitam itu di capai lalu di letakkan atas bahu. Kaki melangkah keluar dari pintu kereta.
Tudung shawl di betulkan. Awning kena on point! Kalau tak, tak ada mood dia nak keluar. Setelah puas hati dengan hasil tudung itu Nayla memasuki bangunan yang megah itu.
Sapaan pekerja Dato Nariq di balas senyuman. Nanti tak balas, kata sombong. Lagi-lagi dia sudah bertudung.
Butang lif di tekan. Saat pintu lif di kuak Nayla melangkah masuk. Butang nombor 18 di tekan. Setelah memastikan tiada orang ingin masuk sekali lagi.
'Pakai tudung buat apa?'
'Tulah, saja nak tunjuk yang dia tu dah berubah konon, '
'Beria, '
Bisikkan di dalam lif itu Nayla buat tidak endah. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Apa yang pekerja Dato Nariq benci dengan dia pun Nayla tidak tahu.
"Sekurang-kurangnya aku pakai tudung. Aku ada niat nak berubah. Korang? Bila nak pakai tudung? Nak tunggu pakai kain kafan dulu baru pakai tudung?" bidas Nayla. Terdiam tiga orang perempuan itu. Nayla melangkah keluar saat sampai di lantai 18.
Satu bilik di hujung sekali menjadi tujuannya. Langkah kasut tumitnya kedengaran. Memang Dato Nariq sudah meletakkan peraturan dengan ketat tidak boleh berbicara saat berkerja. Tentang kerja Dato Nariq memang tegas.
Tok...
Tok...
Tok...
"Masuk!" jerit Dato Nariq yang di dalam. Nayla menolak daun pintu lalu melangkah masuk. "Assalamualaikum Daddy," Nayla tunduk menyalam tangan Dato Nariq.
"Waalaikumussalam, " balas Dato Nariq. Nayla duduk di hadapan Dato Nariq. Empuk juga eh kerusi ni. Maklum ler dah lama tak masuk pejabat.
"Ada apa Daddy nak jumpa Nayla?" tanya Nayla. Lebih baik kita straight to the point je. Malas nak berlengah masa.
"Daddy nak ajak Nayla lunch, " balas Dato Nariq. Nayla angguk. Otak sudah ligat ingin memikirkan makanan nak di makan.
"Kalau macam tu jom lah sekarang" ajak Nayla. Buat apa tunggu lagi?
"Daddy tunggu seseorang"
Tok...
Tok...
Tok...
"Masuk!" jerit Dato Nariq. Dato Nariq menumpukan pandangan kepada pintu itu. Manakala, Nayla tidak berhenti memusingkan kerusi tu. Best pula.
"Assalamualaikum Dato, " sosok itu memberi salam. Nayla langsung tidak perasaan kehadiran sosok itu. Dato Nariq menggeleng memandang anak daranya.
"Aara Nayla ... Berhenti pusingkan kerusi tu," tegas Dato Nariq menegur. Nayla tersengih lalu berhentikan kerusi tu. Kepala nya menoleh ke sebelah sata menyedari kehadiran seseorang.
Dang! Nafas mula sesak saat matanya berlgaa dengan lelaki itu. Waktu berhenti. Matanya terpana. Terkaku. Terdiam. Semuanya lah yang ter.
Dia...
Jejaka ...
Yang pernah bertakhta dalam hatinya.
Ataupun masih bertakhta?
Jantungnya berdegup laju.
"Ehem!" Dehem Dato Nariq menghentikan pandangan dorang. Nayla mengatur nafasnya. Pandangan mula kehadapan.
"Ini siapa Daddy?" soal Nayla. Otaknya berpura-pura tidak mengenali jejaka di hadapan ini. Tipula jika dia tjdak kenal kan?
"Ini Naufal Afkar ... Dia yang akan menyertai lunch kita hari ini," balas Dato Nariq. Naufal hanya senyum sahaja. Di dalam hatinya juga berdebar-debar.
"Hai , saya Naufal Afkar bin Dato Farez,"
"S ... Sa ... saya Aara Nayla"
Bersambung
YOU ARE READING
My Love©
RomanceON GOING 2023 [tak minta banyak hanya vote dan comment] Naufal Afkar, seorang jejaka yang menyeramkan. Dingin. Matanya bagaikan pisau belati sama dengan mulut nya. "Kau ni pakai baju tak cukup kain ni sebab salah hantar kedai jahit ke apa?" - Naufal...