Bab 22

292 17 0
                                    

"Aku terima nikahnya Aara Nayla binti Nariq dengan mas kahwinnya sebanyak tiga ratus ribu ringgit tunai!"

"Sah?"

"Sah!"

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdulillah."

Tangan di sapukan di muka bagai tanda syukur. Nayla dan Naufal di satukan dengan ikatan yang halal. Hari ini adalah hari yang bersejarah bagi mereka.

Air mata setitis mengalir. Bersyukur. Tiada yang mengganggu mereka untuk di ijab kabul.

Nayla menadah tangan saat Tok Kadi mula membaca kalimat suci. Bibirnya penuh dengan senyuman yang indah. Naufal memandang Nayla sekilas. Bibirnya juga menguntum senyuman.

Lagi sekali, tangannya di sapukan pada muka. Naufal melangkah ke arah Nayla dengan penuh sopan.

"Hei, suami kau nak bagi cincin tu. Kalau tak nak, bagi aku jelah." usik Haura di sebelah. Nayla cuit bahu Haura. Kepala di palingkan ke hadapan.

Terkaku. Pipi mula membahang. Naufal mencapai tangan tangan kiri Nayla lalu di sarungkan cincin itu di jari manis. Nayla tunduk menyalam dan cium tangan Naufal.

Saat Nayla angkat kepala satu kucupan hangat di dahinya. Tenang. Hangat.

Itu yang dia rasakan sekarang.

Terima kasih Ya Allah.

.

.

.

Nayla melabuhkan punggungnya di kerusi. Tetamunya yang sedang menjamu selera itu di pandang. Satu tangan melingkar di pinggang rampingnya.

Tersentak Nayla dibuatnya. Nayla toleh disisi nya. Ternyata si empunya suami.

"Penat ke?" tanya Naufal. Mata Nayla di pandang.

"Tipulah kalau saya cakap saya tak penat kan?" balas Nayla. Mesti penat juga. Jari di direnggangkan.

"Kalau macam tu naiklah dulu. Tetamu ni biar abang yang uruskan hm?"

Nak tercekik Nayla mendengar panggilan abang. Wajah Naufal di pandang tidak percaya. Naufal menjongket kening sebelah.

"A... Abang?"

"Ya, mama cakap dah kahwin nanti kena biasakan diri dengan panggilan macam tu. Ke sayang nak panggilan lain hm?" usik Naufal. Bibir senyum sinis. Nayla menolak muka Naufal.

Malu bertatapan dengnana Naufal.

"Kalau sayang tak penat. Jom abang perkenalkan dekat sepupu abang pula." ujar Naufal. Tangannya mengamit Nayla bangun dari duduknya. Nayla hanya menuruti kehendak Naufal.

"Weh! Tak sangka kan kau kahwin dari kitaorang dulu. Dulu bukan main 'anti-girl' sekarang melekat." kata seorang lelaki. Naufal menumbuk perlahan bahu lelaki itu. Yang lain melihat shdah tergelak.

"Oh ya, perkenalkan ini isteri aku." perkataan isteri itu di tekan. Sekali lagi mereka ketawa. Tahu bahawa Naufal ingin menyindir sebab mereka tak kahwin lagi.

"Mana kau jumpa ni?"

"Dekat syurga. Aku ternampak bidadari ni." balas Naufal. Nayla sudah memerah bahang pipi. Jari runcingnya di selit di antara jari Naufal.

"Aku tahu kau ni bangga sebab tak single. Tapi jangan lah sampai tonjolkan kau punya taken tu." kata seorang lelaki yang sedang minum. Naufal senyum senget. Tidak terasa langsung.

"Oh ya, ini Raden. Ini Xavier. Ini Edy dan ini Bailey." Naufal memperkenalkan kawannya. Nayla tunduk sedikit sebagai tanda hormat.

"Hai!" sapa empat orang lelaki itu. Nayla mempamerkan senyuman nipis.

.

.

.

Nayla melabuhkan tubuhnya di atas katil. Penatnya. Seharian dia nelayan tetamu.

Nayla angkat tubuhnya untuk duduk. Kepala melingas mencari sosok tubuh seseorang di dalam bilik ini.

Fuh.

Nasib tiada.

Nayla mengambil tuala lalu bergerak masuk ke dalam bilik mandi. Ingin membersihkan diri. Setelah itu, Nayla melangkah keluar dari bilik mandi.

Kaki di kesat pada alas kaki. Tuala di betulkan. Tangannya membuka almari lalu mencari baju untuknya.

Baju pijama bercorak teddy bear di ambil. Comel!

Uhuk!

Terkaku Nayla melihat satu susuk yang sedang memerhatinya. Pandang tak lepas.

Mummy!!!

Nak balik!!!

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" tanya Nayla. Kakinya mengundur ke belakang saat susuk ith mendekatinya. Diam tidak di balas.

"Naufal?" panggil Nayla. Badannya sudah bertemu dengan dinding. Tiada jalan keluar.

"Saja. Sayang cantik." balas Naufal. Tangannya di letakkan di sisi kepala Nayla. Wajah di dekat dengan leher Nayla.

Nayla sudah mengecilkan diri. Nafas hangat Naufal menyambar di lehernya. Terasa lekukan bibir di leher.

Makin mengeras Nayla. Ketika Naufal melabuhkann ciuman di lehernya. Naufal angkat muka.

Muka Nayla usah di cakap. Lagi merah dari Tomato. Tomato pun kalah dengan mukanya.

"A... Awak pergilah mandi sana." ujar Nayla tergagap-gagap. Tangannya memegang erat tuala di badan.

"Mandi?" tanya Naufal. Nayla menjatuhkan kepala. Pipi semakin membahang.

"Jom." tangan Nayla di tarik oleh Naufal. Nayla cepat-cepat brek kakinya. Mana dia nak bawa aku ni?

"A... Awak nak bawa pergi mana?" tanya Nayla. Gagapnya tak hilang lagi. Aduh gagap! Awat lama sangat kau nak hilang.

"Kata nak mandi. Jomlah." balas Naufal selamba. Nayla terus memukul tangan Naufal yang mengelilingi pergelangannya. Naufal melepaskan tangannya dari memegang pergelangan Nayla.

"Awak jangan mengada-ngada eh. Saya sepak telur awak tu kang. Boleh masak telur dadar." kata Nayla dengan kaki bersedia di angkat. Naufal sudah menjauhkan diri. Tangan diletakkan di dada.

"How dare you say that? " kata Naufal. Nayla sudah menggeleng kepala. Kang ada yang kesejukkan kat sini.

"Awak nak mandi ke tak? Saya nak pakai baju ni. " kata Nayla tegas. Gagap tadi sudah hilang. Naufal mencebik bibir.

Baru nak manja dengan isteri sendiri. Hm majuk lah.

"Ha merajuklah. Saya tak kisah kalau abang nak merajuk pun." kata Nayla. Langkah dibawa ke arah satu ruangan untuk ganti baju. Lengannya ditarik. 

"Abang?" 

Uhuk!

Nak terbatuk Nayla mendengar panggilan yang dia guna tadi. Eiii menyesal lah.

"Cuba panggil lagi sekali." usik Naufal. Pipi Nayla makin membahang. Nayla pandang ke arah lain. Malu.

Tangan ditarik. Kaki melangkah masuk ke dalam ruangan itu. pintu di tutup. Tangan menekup pipi.

Argh!

Mummy! Helep!

Bersambung.

My Love©Where stories live. Discover now