Bab 30

209 8 0
                                    

Nayla melihat keindahan alam yang berhadapan dengannya. Rasa gembira tadi berubah takut. Apabila satu tangan melingkari ke pinggangnya. Walaupun tidak menoleh, dia tahu itu bukan Naufal. Kerana cengkaman itu sangat kuat. Hati ditenangkan dengan ayat positif.

"Eh mana Abang ni?" soal Nayla seakan membuat tidak nampak dan sedar kehadiran seseorang itu. Hatinya sudah gelisah. Mana Naufal pergi saat dia memerlukan?

Abang...

Nayla mencuba untuk berjalan dan lari namun tangan itu cepat mencengkam pinggang rampingnya. Rasa takut makin membuak-buak apabila tiada orang melintas disitu. Dari ekor matanya, Nayla nampak ada benda yang kilat pada hujungnya dan hitam pada pemegang dan dia pasti itu adalah sebilah pisau. Hati semakin tidak tenang.

Dengan itu, Nayla memijak kaki seseorang itu lalu tangan yang memegang pinggangnya itu dipulas ke kiri sebelum menolak tubuh itu jatuh ke lantai. Dapat mendengar rintih kesakitan saat tangannya dipulas.

Nayla lari dengan kelajuan dan tenaga yang dia ada. Naufal tak boleh menolong dia bahkan dia tidak tahu Naufal dimana. Bagi Nayla, dia tidak boleh bergentung kepada Naufal. Naufal pernah pesan bahawa dia tidak akan selalu berada disebelah Nayla.

Tanpa Nayla sedar, orang tiu sudah bangkit dari jatuh dan mengejar Nayla bersama sebilah pisau. tiba-tiba rasa cengkaman yang erat pada kepala. Oh no! Dia cari masalah.

"Dey tambi! Tudung aku jangan nak buat main eh!" jerit Nayla. Satu tangan mencari keberadaan tanggan yang mencengkam kepalanya. 

"Aku ni dah la penat betulkan awnung. Kau jangan diusik la!" jerit Nayla lagi. Apabila rasa tangannya sudah dapat. Laju sahaja tubuh itu dibaling teknik dasar bantingan. seketika Nayla mengeluh penat.

"Berat juga eh kau ni." seloroh Nayla. Tudung dibetulkan. Selepas itu, kaki kecilnya sepak kuat tubuh itu. Haa usik awning tudung aku lagi.

"Siapa hantar kau? Apa yang korang nak?" soal Nayla. Lutut kaki sebelah jatuh ke tanah. Tangan mencuba buka jaket yang menutupi namun dihalang.

"Eh kau ni, muka kau tu bukannya hensem mana. Suami aku lagi hensem. Buka..." saat tangannya membuka besar jaket itu semua anggota badannya terkaku. Nafas tersekat di kerongkong. 

"Kau..."

"Sayang?" panggil seseorang membuatkan Nayla terbangun dari mimpi. Tubuh Naufal dipeluk erat. Takut. Gementar. Semua yang ada dimimipinya tadi kini lenyap saat dapat melihat Naufal dihadapan. 

Naufal mengerut dahi. Sudah sebluan selepas mereka balik dari Korea. Nayla berkelakuan pelik. Dia rasa ada sesuatu yang pelik.

"Are you okay?" soal Naufal. NTangannya memegang kedua belah pipi Nayla. Menatap wajah Nayla dengan panuh rasa prihatin.

"Okay just nightmare," sambut Nayla. Dia tidak akan memberitahu sehingga dia dapat tahu semuanya. Naufal terus sambung memeluk erat Nayla sambil membacakan selawat syifa bagi tenangkan hati Nayla.

Setelah itu, Naufal menjenguk sedikit wajah Nayla. Rupanya sudah dibuai mimpi lagi. Tubuh Nayla dibaringkan sebelum dia mengambil tempat disebelah Nayla.

Lama begitu sehingga sepasang suami isteri itu terlena.

.

.

.

Naufal melangkah turun anak tangga sambil membetulkan tali leher. Bunyi sudip besi bertemu dengan kuali mengalihkan pandangan Naufal ke dapur. Dari jauh dia tahu itu adalah Aara Nayla. Isterinya.

Dia melangkah dengan penuh berhati-hati. Kedua belah tangannya memeluk erat pinggang Nayla dari belakang. Kepala direhatkan diatas bahu Nayla.

Ambil tenaga untuk berkerja. Nayla sedikit tersentak sebelum dia kembali tenang. Bekas garam itu dicapai sebelum diceduk setengah sudu garam kemudian diletakkan diatas kuali yang berisi nasi sudah di gaul dengan perencah nasi goreng.

"Love..." panggil Naufal. Mata ditutup. Nayla mengumam. Namun jawapan itu tidak mempuaskan hati Naufal.

"Love..." panggil Naufal lagi sekali. Dan lagi sekali Nayla mengumam.

"Love..." panggil Naufal buat kali ketiga dan kalini dijawab.

"Iya Abang, kenapa ni?" sahutnya. Sudip besi itu diletakkan ditepu sempat dia menutup api sebelum mengalihkan badannya menghadap belakang. Matanya dihiasi oleh wajah kacak Naufal.

"Tolong ikatkan tali leher, " pinta Naufal. Tali leher yang tergantung dilehernya ditunjukkan kepada Nayla. Nayla hanya tersenyum sebelum mengikat tali leher Naufal.

"Love okay ke? Beberapa hari ni Abang tengok Love macam selalu sangat mimpi buruk," soal Naufal. Pinggang ramping Nayla dipeluk erat. Nayla hanya senyum manis sambil ikat tali leher itu.

"Tak tahulah, nak kata stress tak adalah stress mana," balas Nayla. Selesai sahaja ikat dada bidang Naufal diusap lembut. Matanya mengerling jam dinding yang tergantung itu.

"Eh Abang dah lambat ni. Pergi cepat sarapan lepas itu pergi pejabat. Nanti Love nak pergi tempat shooting tau and kemungkinan Love balik lambat sikit," kata Nayla lalu dia pusing kembali ke arah kuali. Pinggan kaca dicapai lalu ceduk nasi goreng sebelum diletakkan diatas pinggan.

Sudu juga sempat dicapai lalu pinggan itu diberikan kepada Naufal. Tangannya menola Naufal untuk keluar dari dapur. Dah pukul lapan pagi.

Naufal hanya ikut sahaja bagai lembu dicucuk hidung. Tapi, dalam hatinya dia tahu. Nayla banyak simpan rahasia.

Tanpa buang masa, Naufal menghabiskan makanan. Nayla pula sudah siap untuk berkerja. Nayla menghulurkan tangan lalu disambut oleh Naufal.

Kepala ditundukkan sedikit untuk mencium tangan Naufal. Kaki dibawa pergi ke kenderaan berempat tayar. Naufal hanya memegang beg kerjanya sambil melihat kenderaan yang dipandu oleh Nayla keluar dari bangunan itu.

Abang harap... Love tak simpan rahasia dan luka itu seorang diri.

Bersambung.

Rasanya ada bagi hint tu. Tak tahula hint apa kan.

My Love©Where stories live. Discover now