Bab 5

603 33 2
                                    

"Aara Nayla binti Nariq! " jerit Datin Maria. Tangan bercekak pinggang. Wajah anak daranya yang sedang tidur pulas itu dipandang. Nayla memusingkan tubuhnya.

Seakan tidak terjadi apa-apa, Nayla sambung tidur. Datin Maria mencerun tubuh itu. Baldi yang berisi air itu di ambil lalu dicurahkan ke tubuh yang nyenyak tidur.

"Argh! Banjir! Banjir! Tolong... Mummy! Tak baik lah... " gelabah Nayla bangun dari tidurnya. Wajah yang sudah basah itu diusap. Baju tidurnya sudah bashaha juga.

"Haha tu lah, orang kejut betul-betul tak nak bangun. Kan dah kena 'banjir'" gelak Datin Maria lalu keluar bilik bila dapat kejut Kan anak daranya. Nayla masam sahaja wajahnya. Hendak di marah, tapi ibu kesayangan.

Tanpa membuang masa, Nayla melangkah turun dari tilam lalu ke tandas. Membersihkan tubuh dengan air.

.

.

.

Nayla langkah turun anak tangga. Mesej di dalam notifikasi ditekan. Datin Aisyah melihat anak tirinya yang berjalan di tangga sambil mata fokus pada gadget.

"Nayla... Jangan main handphone waktu tengah turun tangga. Nanti jatuh tangga siapa nak sambut?" bebel Datin Aisyah sudah bercekak pinggang. Nayla tersengih lalu menutup gadget. Pandangan ibu tirinya di pandang.

"Okay! Nayla janji takkan main waktu turun atau naik tangga!" kata Nayla lalu bertabik hormat pada ibu tirinya. Datin Aisyah menggeleng sahaja. Anak bujangnya yang sedang membaca buku itu di panggil.

"Ameer makan dulu. Nanti baru sambung study, " ujar Datin Maria lalu mengusap kepala anaknya setelah anaknya melepaskan suapan pertama. Nayla duduk di hadapan Ameer.

"Dik, Daddy mana?" tanya Nayla. Ameer memangungkan muka bingung.

"Minum kopi kat luar kot," balas Ameer lalu menunjukkan arah meja kopi yang iluar dengan mulutnya. Nayla melihat ke arah sana. Ya, Dato Nariq sedang berbual dengan seseorang di talian.

"Biar aje Daddy kamu tu. Tak nak sarapan la tu," ujar Datin Maria lalu duduk di sebalah kiri Nayla. Datin Maria pula duduk di sebelah Ameer. Sama juga sebelah kiri.

"Amboi! Sarapan tak ajak saya" kata Dato Nariq. Tempat duduknya di ambil. Datin Aisyah memuncung hibirnya.

"Awak tu yang berborak tak ingat dunia, " kata Datin Aisyah. Mereka menyambung makan sarapan dengan gelak tawa.

.

.

.

"Again?" soal Naufal bila melihat sekuntum bunga Ros di tangan seseorang. Wajahnya berkerut dahi.

"Maaf, saya hanya menghantar sahaja," kata seorang perempuan itu. Kepala menunduk. Gerun dengan mata hitam melekat itu memandangnya dengan tatapan tajam.

"Just throw away the flower, " arah Naufal pada pekerjanya. Pekerjanya mengambil bunga itu lalu membuangkan di tong sampah berdekatan dengan kaunter. Perempuan itu melihat dengan tatapan sayu. Naufal memandang perempuan itu.

"Anything else? "soal Naufal menyentakkan pandangan perempuan itu pada bunga ros. Perempuan itu tunduk lalu meminta izin. Naufal mula masuk ke dalam bilik meeting.

"Good morning Sir! " serentak kata pekerja di dalam bilik meeting itu. Naufal terus mengambil tempat duduknya. Mereka memulakan meeting dengan surah Al-Fatihah lalu sambung mesyuarat.

.

.

.

"Kau nak tahu tak barbie ada keluar movie!" menjerit keriangan Ameer. Nayla memandang adik tirinya pelik. Dia ni dewasa ke budak-budak.

"Ini ke adik aku? Adik aku minat Barbie? Aku kena bawa jumpa Ustaz ni," ujar Nayla. Belakang tapak tangan di letakkan dahi. Tak panas.

Tangan Nayla di tepis. Masam wajahnya. "Biarlah, " ujar Ameer. Salah ke minat barbie?

Nayla menggeleng kepala. Malas melayan perangai Ameer. Ameer menumpukan perhatian pda television.

"Kau tak study ke?" soal Nayla. Sudah pukul 14:30 petang. Biasanya Ameer akan ulang kaji untuk SPM.

"Nantilah. Nak rest jap," balas Ameer.

Ting!

Bunyi notifikasi telefon bimbit Nayla . Nayla mencapai telefon bimbit itu. Muka dari masam terus ceria bila satu contact menyerpa pandangannya.

Naufal 😜

Kau tengah buat apa?

Tak ada apa-apa pun. Tengok TV je.

Jumpa aku dekat ace cafe...

Kenapa?

Datang jelah.

Okay!Wait,lagi 45 minit macam tu saya sampai.

Telefon bimbit ditutup. Nayla bangun dari duduknya dengan wajah yang ceria melakang ke bilik. Ameer memandang kakak tirinya pelik.

.

.

.

"Hai! Maaf kalau awak tunggu lama," kata Nayla lalu duduk di hadapan Naufal. Naufal beku wajahnya. Nayla di perhatikan dari atas hingga bawah.

"Er... Apa kata kita oder dulu?" soal Nayla lalu memanggil pelayan untuk mengambil oder. Naufal tidak sempat menahan agar tidak oder.

"Jadi apa yang awak nak cakap?" setelah pelayan itu beredar, Nayla teruskan tujuan mereka berjumpa.

"Stop sending anything near me," kata Naufal. Nayla tersentak. Senyum di ukirkan juga.

"Why? Tak boleh ke saya nak hantar kat awak? Bukannya awak ada teman wanita pun, " ujar Nayla. Naufal di hadapan di pandang.

"Stop sending flowers, cakes, shoes, clocks and others. Aku tak perlukan semua tu," tegas Naufal berkata. Nayla terpaku. Sekeliling di pandang.

"I do not care. I still want to send it too, "kata Nayla. Tangan memeluk tubuh. Mata Naufal dilawan.

"Aku rimas dengan kau! Aku tak suka kau. Kalau kau cuba banyak kali untuk tarik perhatian aku pun... Aku tetap tak tertarik. Aku tak suka perempuan berpakaian macam kau, " bidas Naufal. Pandangn terahadap Naufal berubah. Sayu.

"Hina sangat ke saya ni? Hina sangat ke orang berpakaian macam ni?" tanya Nayla. Lebih tepat tanya pada diri sendiri.

"Ya, jijik aku tengok. Aku rasa macam kau tu sampah yang melekat dekat baju aku," sindir Naufal. Nayla menunduk. Okay...

"Saya boleh berubah!" kata Nayla. Naufal mengetawakan Nayla. Kelakar ke?

"Berubah? Kau tengok pakaian kau, muka kau dan cermin betul-betul diri kau tu. Layak ke untuk aku? Iman kau dah cukup tinggi?" lagi sindir. Nayla mengalirkan air mata.

"Habis tu awak? Iman awak tinggi sangat ke?" bidas Nayla tanpa sedar. Naufal terdiam. Nayla mengemam bibir apabila sedar katanya.

"Saya minta diri dulu," izin Nayla lalu mengangkat punggung beredar. Naufal pandang dengan pandangan yanh tiada maksud. Bersalah? Tiada dalam kamus hidup seorang Naufal Afkar.

Bersambung

My Love©Where stories live. Discover now