39

462 12 0
                                    

"Love, tolong ambikkan ubat dekat atas meja tu," Naufal meminta pertolongan kepada Nayla. Lantas Nayla mengambil ubat pil. Diserahkan pada Naufal bersama air dalam cawan.

Naufal mengambil huluran itu. Ubat pil dimasukkan dalam mulut. Ditelan sebelum minum air.

Nayla yang melihat menelan air liur. Tak pahit ke? Dia tidak suka ubat pil. Eh, tidak! Dia tidak suka ubat pil dan cecair.

Naufal yang melihat Nayla pandangnya tidak lepas mengukir senyum. Dia tahu Nayla tidak suka makan ubat.

"Abang tahulah Abang hensem. Tak perlu tenung lama-lama," ujar Naufal. Terbatuk Nayla apabila mendengar. Err cam perasan je suaminya ni.

"Eee, perasan," ujar Nayla sambil mengerakkan badan seakan-akan geli dengan ujaran Naufal. Padahal memang hensem. Kalau tak, tak adanya dia berkahwin dengan Naufal.

"Oh, jadi Love kahwin dengan abang sebab apa?"soal Naufal. Dia pandang Nayla dengan pandangan nakalnya. Kening diangkat menanyakan.

"Love kahwin dengan abang sebab ... Love cintakan abang tanpa tengok ketampanan dan kehartaan abang," balas Nayla. Pipi Naufal berubah tona. Dia yang nak buat Nayla blushing,tapi jadi sebaliknya.

"Really? Tak ada bukti pun," balas Naufal. Tangan Nayla ditarik agar duduk di atas pahanya.

"Abang nak lah Love bantai duit abang semuanya?"soal Nayla. Matanya pandang tajam ke arah Naufal. Senyuman smirk menghiasi bibir Naufal.

"Ya, kalau orangnya bukan Love... abang takkan bagi," balas Naufal. Serta merta, pipinya berubah tona. Kedua tapak tangan menekup pipinya.

Argh! Blushing!

Naufal memerhati tingkah Nayla. Comel.

"Dahlah nak turun. Kesian mama sorang-sorang kat bawah tu," ujar Nayla. Seraya itu dia mengangkat punggung. Sebenarnya, dia cuba cari alasan untuk keluar dari bilik.

Kalau duduk lama-lama boleh jadi gila. Gila dengan Naufal.

Baru sahaja dia ingin berjalan, ada satu tangan menahan nya. Wajah dipalingkan menghadap si empunya tangan. Orangnya tersenyum.

"I love you. Take care turun,"pesan Naufal. Kemudian, dia terus menolak perlahan tubuh Nayla keluar dari bilik. Dia pun boleh jadi gila kalau macam ni.

"Bye!"serentak itu, pintu bilik ditutup. Nayla menahan blushing. Kalau tiada nyawa dalam perutnya,sudah tentu dia terlompat-lompat di sini.

"I love you too, Abang!"balas Nayla dengan nada jerit. Dia dengar bunyi lompatan dalam bilik. Hai, tak kenang umur betul suaminya.

Nayla melangkah turun. Wajah nya memandang ke arah dapur. Erk ..

Semua orang memandang dengan perasaan terkejut. Dia orang dengar ke tadi?

Senyuman hambar ditayangkan. Rasa janggal sebentar. Dato Farez sembunyikan senyuman. Siapa je tak dengar balasan Nayla tu? Kuat nya sampai seisi rumah dengar.

Hai, teringat dia dengan bininya tu. Air kopi yang masih panas itu dihirup. Sunah Nabi tidak boleh ditiup. Tidak beradab.

"Tarikh bersalin tu bila?" soal Datin Nurul memecahkan suasana janggalnya itu. Dahi berkerut cuba ingat kembali tarikh yang diberikan oleh doktor.

"Lagi tiga hari," balas Nayla. Terangguk-angguk Datin Nurul. Tangannya sibuk mengacau makanan dalam kuali.

"Mama nak Nay tolong ke?" pelawa Nayla. Dia berjalan mendekati Datin Nurul. Bau nya sedap.

"Nay tolong buatkan air orange je," ujar Datin Nurul. Apabila dapat arahan, terus sahaja Nayla buat air orange. Jug kaca dicapai lalu meletakkan gula dan sedikit air panas. Sambil menungggu air gula itu larut, Nayla berbual dengan Datin Nurul.

Apabila ia sudah selesai, air sejuk dan cecair berperisa orange dituang. Kacau sampai ia sebati. Tidak lama kemudian, dia letakkan ais yang baru sahaja keluar dari peti sejuk.

"Tadaa dah siap," tayang Nayla pada Datin Nurul. Tersenyum Datin Nurul mendengarnya. Comel betul menantunya ini. Patutlah Naufal suka.

"Letak dekat depan,"arah Dati Nurul. Kaki terus sahaja melangkah ke meja makan. Jug berisi air orange diletak sebelum patah balik ke dapur. Cawan kaca di ambil lalu di bawa ke hadapan.

"Dah panggil Naufal tu," arah Dato Farez. Wajah sudah cemberut. Tadi baru sahaja dia damai dari kemanisan Naufal. Macam mana kalau nanti dia naik, lepas tu Naufal bagi lagi kemanisan? Tak nak ...

Tapi nak buat macam mana? Tanggungjawab seorang isteri harus ditunaikan. Tidak sedar bila, tapi dia sudah berdiri di hadapan bilik tidur.

Tuk...

Tuk...

"Masuk!" jerit Naufal dari dalam. Sempat Nayla mengejek jerit Naufal tadi. Dia fikir dekat bilik kerja ke? Yang perlu ucap perkataan 'masuk'.

Nayla berjalan masuk. Dia pandang Naufal yang sedang baring sambil tangan menari-nari atas papan kekunci. Mesti tengah menyelesaikan kerja pejabat.

"Mama ajak makan," ujar Nayla. Setelah mengatakan itu dia berjalan keluar.

"Wait,"ujar Naufal memerhati ke arah skrin tab. Nayla pusing ke belakang. Aduh, cepatlah sikit. Aku dahlah letih bawa nyawa dalam ni.

"Let's go," ujar Naufal. Tab ditutup. Kaki mengorak langkah ke arah Nayla. Tangan Nayla masuk ke dalam genggaman tangannya.

"Sorry, sebab suruh Love tunggu abang dengan bawa budak kecil ni," ujar Naufal. Tangan sebelahnya mengusap perut Nayla. Comellah perut.

"Takpe, dah jom turun. Baby dah lapar," balas Nayla. Mereka berjalan keluar. Naufal ketawa kecil.

"Baby lapar ke maknya yang lapar?" gurau Naufal. Macam dia tak Nayla pun lapar juga.

"Dua-dua lapar," balas Nayla. Mata menjeling ke arah Naufal. Geram.

.

.

.

Suasana yang tenang itu dipandang. Penuh dengan bunga dandelion. Bunga-bunga kuningnya yang berubah menjadi biji berbulu halus yang mudah tersebar angin.

Tenang. Tangan dihalakan ke arah bunga itu lalu berlari. Pusing sahaja, bunga-bunga itu sudah terbang.

"Love! sini!" jerit Naufal di belakangnya. Nayla berjalan mendekatinya. Naufal mendukung seorang bayi perempuan. Comel.

Laju sahaja tangan ini mengusap pipi bayi itu yang merah-merah. Bayi itu menggeliat sekejap sebelum kembali terlena.

"Ni siapa?" soal Nayla. Mata masih memaku pada bayi itu. Keningnya tebal,hidungmancung,pipi pau dan bibir warna pink.

"Ni anak kita," balas Naufal. Terus sahaja Nayla angkat kepala. Anak? Bibir menguntum senyuman.

"Love, jangan tinggalkan abang tau. Abang sayang Love. Abang cintakan Love walaupun ... Zack kata Love kahwin dengan abang sebab abang tolak Love mentah-mentah," ujar Naufal. Air mata mengalir. Mereka berpelukan.

"Auch!" adu Nayla membuatkan dia terbangun. Lah, mimpi ke? Nayla rasa basah di seluarnya. Posisi baring ditukar duduk.

Cadar yang warna asalnya putih kini ada warna merah. Perutnya rasa dicengkam. Sakit.

"Abang! Sakit!"jerit Nayla.  Tangan menepuk-nepuk Naufal yang tidur lena. Naufal membuka mata saat mendengar erangan dari Nayla.

"Bang! Call Ambulance!" ujar Nayla. Sungguh sakitnya tidak pernah rasa. Dia rasa dia akan bersalin sekarang.

Tudung sarung dipasang pada kepala Nayla.Naufal terus sahaja mencempung tubuh Nayla di bawa turun. Datin Nurul dan Dato Farez yang baru sahaja habis minum air memandang.

"Kenapa tu?" soal Dato Farez. Melihat peluh merenik di dahi Nayla yang berkerut itu mencemaskan mereka. Nak tunggu ambulance sampai lambat sangat.

"Nak bawa ke hospital."

Bersambung.

My Love©Where stories live. Discover now