"Aara Nayla binti Nariq, sudikah kau jadi isteri aku dan peneman hidup aku sepanjang hayat?" suara itu menanyakan. Nayla terkejut. Senyum makin melebar.
Senyuman itu hilang. Nayla memeluk tubuh. Naufal yang masih pandang dia dengan keadaan melutut itu di jeling. Naufal mengerut dahi.
"Tak." balas Nayla. Bunyi piano masih berlangsung. Naufal terus berdiri mendengar itu. Kening di jongket sebelah menanyakan kenapa?
"Siapa suruh awak tolak saya dulu. Kalau tak, sekarang kita dah beranak pinak tahu tak." kata Nayla. Naufal masih blur. Nayla sembunyikan senyuman.
Kenapa dia ni lambat tangkap?
"Maksudnya, kau terima?" soal Naufal sekali lagi. Nayla menjatuhkan kepala. Tangan dihulurkan. Naufal menyarungkan cincin itu di jari manis.
Nayla meneliti cincin yang tersarung kemas. Bibir menguntum senyuman yang sangat indah. Naufal yang melihat pun senyum juga.
.
.
.
"Serius la dia melamar kau?" tanya Haura. Bahu Nayla di tolak. Tidak percaya, lelaki yang atu Malaysia anggap sombong, menyeramkan dan menyakitkan itu akhirnya melamar seorang gadis.
Gadis itu pula kawannya!!
"Ya." balas Nayla. Air teh ais di hirup. Sedap.
Haura menutup mulut. Sekali lagi tidak percaya. Rasanya, dia ingin melihat scene di lamar itu. Kenapa Naufal tidak membenarkan orang awam datang. Mesti viral.
"Lagi teruk kau tahu tak apa?" tanya Nayla. Haura angkat kepala. Keropok pisang di suap ke dalam mulut.
Telinga bersedia mendengar.
"Pada hari dia lamar aku tu, keluarga dia masuk meminang aku." balas Nayla. Haura terus tepuk tangan. Tak sangka, ada lelaki gentleman lagi macam ni.
"Beruntung kau dapat Naufal tu tahu tak." kata Haura. Mereka melangkah ke arah kaunter. Ingin bayar makanan.
"Tapi tulah, majlis tu dorang nak cepat dan cepat yang dorang nak tu hujung bulan depan." kata Nayla. Selepas bayar, mereka masuk ke dalam perut kereta. Haura terus memeluk tubuh Nayla.
Nayla tersentak. Tangan yang memeluk tubuhnya di tepuk secara perlahan. Menyuruh melepaskan pelukan itu.
Dah kenapa peluk aku?
"Nanti mesti aku jarang jumpa kau." kata suara itu sayu. Nayla ketawa. Comel je Haura ni.
"Nanti aku minta izin dekat Naufal jalan-jalan dengan kau." kata Nayla. Haura melepaskan pelukan itu. Bibir sudah muncung kehadapan.
.
.
.
Nayla meletakkan penuh berhati-hati jam tangan pada dulang hantaran. Setelah itu, di tutup dengan kotak plastik yang jenis telus. Dulang itu di letak di tepi.
Dulang yang lain di ambil. Di isi pula dengan perfume lelaki. Sempat Nayla sembur sedikit perfume yang dia punya pada dulang itu.
"Woi, tu bakal lelaki kau datang." kata Ameer sebelum melangkah masuk ke dalam dapur. Nayla yang mendengar hanya angkat bahu. Lantaklah dia nak datang.
Sedang leka Nayla menghias dulang itu. Seseorang melabuhkan punggung di hadapannya. Nayla masih mendiamkan diri.
"Kau buat apa ni?" tanya seseorang di hadapannya. Tangan menongkat dagu. Matanya memerhati tingkah laku Nayla.
"Hias hantaran la." balas Nayla. Muka masih tidak angkat. Ingin fokus kepada dulang ini.
"Eh, ni siapa?" tanya seseorang perempuan yang lalu di situ. Nayla angkat kepala ingin memandang perempuan itu. Mata di julingkan ke atas.
"Bakal lelaki kau eh?" tanya perempuan itu lagi. Nayla memandang sekilas wajah lelaki di hadapan ini. Nampak macam tak selesa.
"Yelah, takkan bakal lelaki kau pula." bidas Nayla. Perempuan itu melabuhkan punggung di sebelah Nayla.
"Hai! Nama awak apa? Saya Ainul." kata Ainul. Senyum manis di lemparkan.
"Naufal Afkar." balas Naufal. Mata tidak di angkat memandang Ainul. Ainul menjeling. Jual mahal.
"Awak dah lama ke kenal Nayla ni?" tanya Ainul lagi. Masih cuba mengenal Naufal.
"Dua tahun." balas Naufal. Nayla senyum sinis mendengar suara rengusan dari bibir Ainul. Mesti tak puas hati sebab Naufal tak layan.
"Eh kau ni... Sedap mak nenek kau je nak duduk sini kan? Pergi sana! Mak long terjerit-jerit panggil kau. Kau lepak sini." sampuk seseorang lelaki. Beberapa orang di belakang sudah menjeling Ainul. Kenal sangat Ainul ni. Menggatal!
Ainul mendengus. Kaki dihentak ke atas lantai sambil berjalan. Yang lain hanya menggeleng.
Naufal pandang Nayla. Nayla menggerakkan bibir tanpa bunyi. Yang Naufal tahu, Nayla cakap 'maaf, tak bagi tahu yang ada sepupu saya'.
"Sinilah aku tolong." pelawa beberapa orang di situ. Nayla bergerak ke tepi sedikit memberi ruang untuk duduk. Naufal duduk di sebelah Nayla.
"Kau comel." bisik Naufal di telinga Nayla. Nayla terpaku. Pipinya membahang.
"Ehem, kami sini nak tolong buat hantaran. Bukan nak tengok semut beratur." tegur seorang lelaki. Nayla mendiamkan diri. Naufal mencapai dulang perfume lalu dihidu.
"Kau sembur perfume kau eh?" soal Naufal. Nayla menjatuhkan kepala. Naufal menghidu lagi sekali.
"Wangi macam kau." kata Naufal. Nayla membuat batuk-batuk sedikit. Menghilangkan rasa malunya.
Ya Allah, menyesal aku sembur perfume aku tadi.
"Dah la baik aku tolong orang pasang khemah dari tolong kau ni." kata seorang lelaki. Lalu dia bangun dari duduknya dan beredar. Nayla tersengih seperti kerang busuk. Siapa suruh tolong kan?
"Mama awak mana?" tanya Nayla. Dari tadi tak nampak pun Datin Nurul dan Dato Farez. Takkan Naufal datang seorang. Masing-masing dah la darah manis.
"Ada, pergi belakang kut." kata Naufal dengan ragu-ragunya. Nayla menjatuhkan kepala. Mungkin ingin berkenalan dengan makcik-makciknya.
Nayla bangun dari duduknya. Ingin meminum air. Naufal ditinggalkan disitu.
Lantak dia la. Siapa suruh dia datang sini. Katanya nak tengok dia hias hantaran.
Sedang leka Nayla meneguk air kosong itu. Seseorang menghampirinya dn berdiri di hadapannya. Nak terkejut Nayla tengok seseorang di hadapannya. Air mata bertakung.
Rindunya dia terhadap orang ini. Sudah hampir dua belas tahun dia tidak berjumpa dengan orang ini. Dia...
sudah banyak berubah dari penampilan. Tubuh itu di peluk erat.
"Daus!"
Bersambung.
Maaf yer, boring sikit bab ni.
YOU ARE READING
My Love©
RomanceON GOING 2023 [tak minta banyak hanya vote dan comment] Naufal Afkar, seorang jejaka yang menyeramkan. Dingin. Matanya bagaikan pisau belati sama dengan mulut nya. "Kau ni pakai baju tak cukup kain ni sebab salah hantar kedai jahit ke apa?" - Naufal...