Nayla membuka matanya. Pandangan yang tadi gelap kini sedikit demi sedikit terang. Baru sahaja tangannya ingin menggosok matanya, dia memandang ke arah belakang dan melihat tangannya terikat sempurna di belakang badan. Nayla memerhati sekeliling.
Dinding kayu, bumbung ada yang sudah berlubang, berhabuk, gelap dan sunyi. Kalau nak culik dia pun janganlah letak dia dekat tempat macam ni. Cuba bagi kawasan yang luas. Macam bilik hotel lima bintang ke? Ini bagi bilik kosong bintang.
Tiba-tiba rasa takut datang. Nayla cuba bangun dari duduknya. Ya Allah, muncullah orang yang culik dia ni.
Klik!
Bunyi tombol pintu di tolak menari perhatian Nayla. Noh, orangnya dah sampai.
"Lepaskanlah aku syaitan!" jerit Nayla. Tangan mencuba untuk lepas dari ikatan. Seorang lelaki berjalan mengambil kerusi dan diletakkan di hadapannya. Lelaki itu senyum bagai senyuman lagaknya seorang psycho.
Makin meremang Nayla melihat itu. Kaulah ni pergi doa muncul orangnya. Ni ha, dah muncul pun.
"Lepaskan aku Zayn," rayu Nayla. Perutnya rasa mencucuk. Zayn melihat keadaan dengan wajah simpati.
"Alolo, kesian dia ya," balas Zayn. Satu tangan menongkat dagunya. Mata meneliti wajah cantik milik Nayla.
"Zayn, kenapa kau buat aku macam ni?" soal Nayla. Kadang-kadang mulutnya berdesis kesakitan saat rasa pergelangan tangannya pedih. Wajah Zayn dipandang meminta simpati.
Namun, apa yang menghias wajah itu hanyalah wajah psycho. Wajah yang ingin kebahagiaan untuk diri sendiri. Wajah yang tiada rasa simpati langsung.
"Kenapa you tanya I? You, dah janji nak kahwin dengan I! Tapi ... you pergi kahwin dengan orang lain bila you dah jadi artis. I yang support you untuk jadi tapi dia! dia yang dapat you," luah Zayn. Berkerut dahi Nayla. Sejak bila pula?
"Aku tak faham," balas Nayla. Zayn mengeluh seketika. Zayn menghela nafas sedalam-dalamnya.
"Muhammad Zaynid Ikram," kata Zayn. Pelik Nayla seketika. Kenapa dia bagitahu ....
"Nid?" panggil Nayla. Zayn yang mendengar namanya dipanggil angkat kepala dengan senyum sinis. Akhirnya, kau ingat juga tentang aku.
"Yeah honey, that's me," balas Zayn suara yang gemersik. Nayla lagi tercengang.
"Kau pergi mana? Puas aku cari kau tau," soal Nayla. Zayn ketawa sinis mendengar soalan Nayla. Cari? Dia yang cari Nayla adalah.
"Oklah, aku rasa kau mesti penat kan? Jadi rehatlah ya. Oh ya, jangan lari sayang," usai Zayn berkata begitu. Dia terus langkah keluar dari bilik itu. Nayla mencuba ingin melepaskan dirinya.
Jari cuba dikecilkan lalu keluarkan dari tali. Hampir 15 minit juga dia melakukan percubaan lari. Alhamdullilah, dia dapat lepaskan diri. Pergelangan tangan dilihat. Ada kesan merah. Hm aku akan pastikan Zayn dapat akibat dia. Suka hati dia je nak ikat ketat-ketat.
Tak bijak juga ya penculik ni. Ikat yang boleh lepaskan diri. Nayla cek beg tangannya. Mencari telefon. Tiada.
Macam mana dia nak hubungi Naufal meminta tolong ni? Nayla mencuba membuka pintu. Namun, tidak dapat dibuka. Kunci pula. Bumbung yang berlubang itu di pandang sebelum dia menjatuhkan pandangan pada perutnya. Anak Bonda kuat ya.
Mata diliarkan mencari sesuatu yang boleh di panjat. Tiba-tiba otaknya berfikir untuk tidak perlu naik bumbung. Pintu tu kayu je boleh rempuh.
Beg tangan di capai. Badan menghadap pintu kayu itu. Nafas di tarik sedalam mungkin sebelum menghembus nafas itu kembali.
Dengan lafas basmallah, Nayla merempuh pintu kayu dengan sekuatnya. Perutnya di pegang erat. Mata yang tadi pejam saat rempuh kini terbuka.
Sekeliling di pandang. Rasanya bunyi rempuhan tadi kuat saja tapi kenapa dia orang tidak dengar? Pekaklah tu.
Jalan di teruskan. Entah arah mana yang dia tuju dia sendiri tidak tahu. Satu cahaya dari satu bilik hujung menarik perhatiannya. Langkah perlahan-lahan di bawa ke bilik hujung itu.
Banyak pengawal. Susah untuk dia lari dengan keadaannya. Badan di sandarkan pada dinding.
"Nayla ... Nayla ... Bodohnya kau percayakan aku ya?" kedengaran suara di dalam bilik hujung itu. Matanya mengintai sedikit dalam bilik. Zayn sedang berdiri sambil memegang telefon bimbitnya.
Bibir di ketap menahan amarah. Telefon bimbitnya di pusingkan oleh Zayn.
"Hai, dulu mungkin aku lepaskan kau. Tapi sekarang ... tak Nayla .... ,"mata Nayla jatuh pada alat tajam yang Zayn sedang pegang. Jantungnya berdegup laju.
"Orang pertama yang dulu is anak kau," sambung Zayn. Makin meremang Nayla apabila perkara itu melibatkan anaknya.
Prang!
Zayn menoleh ke arah belakang atau lebih tepat ke arah pintu kayu yang terbuka sipi-sipi. Langkah di aturkan keluar dari bilik. Sekeliling di perhatikan.
Tiada orang. Pasu yang pecah tadi di pandang. Macam mana bole pecah? Ah, mungkin Oyen lalu tadi kut. Zayn kembali masuk ke dalam bilik. Alat tajam dan telefon bimbit kepunyaan Nayla di simpan sebelum dia keluar dari bilik itu.
Nayla yang bersembunyi di bilik hadapan itu menutup mulutnya. Macam mana lah pasu tu boleh ada dekat situ. Tak bijak betul designer dia ni.
Nafas di atur supaya tenang. Apabila sosok tubuh Zayn sudah melintas bilik, dia terus sahaja menyembul kepala keluar bilik. Memastikan keadaan clear.
Apabila sudah memastikan, Nayla melangkah keluar dari bilik kemudian dia memasuki bilik hujung tadi. Pintu kayu itu di kunci. Matanya memandang ke arah telefon bimbitnya.
Telefon bimbitnya di hidupkan. Sementara menunggu telefon itu hidup, Nayla mencari sesuatu yang mungkin boleh berikan dia pertunjuk. Laci meja di buka lalu di selak fail. Pergerakannya terhenti saat melihat satu fail yang berwarna hitam.
Fail itu dibuka. Tangannya terketar-ketir melihat isinya. Di dalam fail itu, terdapat gambarnya di luar negara sehingga dia kahwin bersama Naufal.
Tanpa buang masa, Nayla mencapai kembali telefon bimbitnya. Nombor Naufal di dail. Tolong angkat ...
"Love?" jawab yang disana. Suasana di sana sunyi. Tiada bunyi yang dengar dari sana.
"Love?" panggilnya dan kali ni Nayla mendengar suara Naufal dengan jelas. Namun, Nayla tidak membalas.
"Love sayang? Love dekat mana? " soal Naufal. Tolonglah balas sayang. Kenapa diam ni?
"Abang ..." panggil Nayla.
"Ya Love," sahut Naufal.
"Tolong ... Love takut," kata Nayla. Naufal yang mendengar terus keluh.
"Love dengan baby okay je kan?" soal Naufal. Nayla mengumam kecil.
"Love, share location," arah Naufal. Nayla terus menggerakkan jarinya di skrin maca telefon. Setelah selesai menghantar locationnya, dia kembali pada panggilan.
"Love tunggu Abang ya? Insya-allah dalam 45 minit lagi Abang sampai," kata Naufal. Nayla memerhati sekeliling.
"Woi perempuan! Buka pintu ni!" jerit seseorang diluar bilik. Tombol pintunya bergoyang tanda ada orang cuba untuk masuk ke dalam bilik itu.
Pak!
"Kau sini!" tengking seorang lelaki apabila mereka berjaya masuk ke dalam bilik itu. Nayla cuba melarikan diri. Namun, lelaki itu lebih cepat.
Kepala Nayla di genggam. Dagunya dicengkam sekuatnya sehingga menimbulkan kesan kuku di rahang.
"Kau takkan terlepas," sejurus itu, air matanya mengalir lebat apabila melihat telefon bimbitnya berkecai akibat di pijak oleh lelaki itu.
"Abang ..."
Bersambung.
YOU ARE READING
My Love©
RomanceON GOING 2023 [tak minta banyak hanya vote dan comment] Naufal Afkar, seorang jejaka yang menyeramkan. Dingin. Matanya bagaikan pisau belati sama dengan mulut nya. "Kau ni pakai baju tak cukup kain ni sebab salah hantar kedai jahit ke apa?" - Naufal...