12

536 23 3
                                    

Dua minggu kemudian,

Nayla menyediakan barang solekan. Telefon bimbit di letak atas Tripod. Aplikasi Tiktok di buka. Jari menekan tombol tambah lalu menekan tombol bulat di selepas menekan masa 10 minit.

"Assalamualaikum Korang!!So hari ni Nayla nak makeup sikit. Sebab Nayla nak pergi Event Aires yang dia keluarkan produk baru tu kan. Eventnya pukul dua petang. Jadi dah diorang ajak. Kita pergi jelah. Eventnya pula tema ala-ala tradisional. Nayla pakai baju kurung kedah. " kata Nayla. 

"Sebelum kita mulakan makeup, kita prep muka dengan serum. Sementara tu bagi dia kering dulu. Lepas serum dah kering, kita letak primer sebagai pelindung yang menghalang pelembap dan keseimbangan minyak kulit. Lepastu kita letak moisturiser, Nayla biasanya letak banyak, " kata Nayla lalu membuat. Tangannya sekejap menghentikan lalu menghidupkan kembali video itu.

"Sunscreen jangan lupa letak! Kalau tak, muka korang akan hitam! Nayla guna sunscreen WAWA. Lepas tu, keringkan. Disebabkan tema tradisional. Make up pun kena natural sikit. Foundation. Picit sikit je. Ratakan dekat seluruh wajah. Beauty blender pastikan basahkan dulu lepas tu perah dia. Bagi lembap sikt je. And blend! " seraya itu tangannya mencapai beauty blender lalu di tap tap di seluruh wajah. Lama juga dia berbuat begitu.

"Kening saya sikat je. Tak lukis ya! Lepastu ambil eyeshadow warna coklat macam tu dan letak dekat mata, "berus eyeshadow dicapai lalu mengambil sedikit waran coklat. Tidak lupa di ketuk dahulu sebelum di letak atas mata.

"Blusher tanam. Ambil lip matte warna pinky pinky. Letak dekat pipi dan dab dab dab, "

"And last sekali! Saya letak lip tin jelah. Lip tin CPG punya. Cantik sangat warnya korang! So masa pun dah nak habis bye! Nanti dekat sana saya rekod pula yer?" usai kata begitu Nayla tamatkan video dan post! Tudung di buat gaya simple sahaja.

"Kak! Cepatlah sikit!" jerit Ameer. Nayla gelabah mengambil beg silang berwarna pink. Kakinya mengorak langkah turun ke lantai bawah. Lihat Ameer sudah bercekak pinggang.

"Kau ni kan! Dah tahu nak pergi event jauh. Cepat lah sikit! Aku ni penat tau nak tunggu kau. Mentang-mentang Daddy suruh aku hantar kau. Kau boleh lambat je eh. Eh budak ni! Aku lesing karang. Nasib kau kakak aku tau, " bebel Ameer. Nayla menjuling mata ke atas. Siapa paling tua sekarang ni. Aku ke dia?

"Ya, ha cepatlah, kata Nayla sudah pasang kasut tumit di kaki. Pintu penumpang di buka. Laju sahaja dia masuk.

"Eh eh kita pula dia suruh cepat"

.

.

.

Sampai sahaja di hotel itu. Ameer menurunkan Nayla di lobi. Dia sudah pesan jika ingin balik. Telefon.

"Hello beb !! Thank you datang tau, " ujar Aires. Nayla salam tangan lalu berlaga pipi. Sebelum mereka melangkah masuk ke dalam hotel itu.

Langkah mereka terhenti saat ada sebuah kereta audi berhenti di tengah lobi. Orang di dalam kereta itu melangkah turun.

"Datin!!! Ya Allah dah lama tak jumpa! Datin apa khabar? Sihat?" soal Aires. Nayla bukan terkejut kerana seorang Datin yang datang. Tapi peneman Datin itu yang datang.

Lelaki itu berbaju melayu warna kelabu . Rambut messy, kening tebal, mata yang cantik,hidung mancung, bibirnya cantik dan dia tinggi. Sangat kacak. Mata mereka berlaga. Nafas tidak teratur.

Jantung berdegup laju. Nayla rasa dia tak dapat larikan matanya. Sangat terpesonaaaa. Ini bukan cinderella yang datang, tapi pangeran yang datang.

"Korang kenal ke?" soal Aires saat melihat dua orang itu berlaga mata lama. Soalan itu menghentikan pandangan mereka. Aires seketika tepuk dahi.

"Lah, mestila korang kenal sebab korangkan pernah viral dulu tu, " kata Aires. Nayla mencubit lengan Aires. Cakap tu pandang kiri kanan dulu lah.

"Aduh!" adu Aires. Sakitnya. Padu betul jari Nayla ni.

"Kamu dah kenapa Naufal? Gelak tiba-tiba?" soal Datin Nurul saat melihat Naufal tiba-tiba gelak kecil. Manakala, Aires dan Nayla ternganga. Serius lelaki depannya gelak?

"Tak ada apa-apa lah mama, " balas Naufal. Suaranya garau. Hidung di usap.

"Jomlah masuk. Dah nak start, " kata Aires lalu melangkah masuk terlebih dahulu. Datin Nurul dan Naufal mengikuti sahaja.

"Comel" bisik Naufal saat dia melalu di tepi Nayla. Pipinya merah!!

.

.

.

"Semua jemputlah makan dulu, " kata Aires yang di atas pentas. Nayla yang sedang membuat live itu menoleh ke atas pentas sebelum kembali pada handphonenya. Komen dibaca.

"Aires! Sini lah, " ajak Nayla. Memandangkan ramai penonton ingin berjumpa dengan Aires. Maka dia ikutkan sahaja.

"Kau tak makan ke?" soal Aires sebelum pandang Datin Nurul dan Naufal yang di sebelahnya. Entah bagaimana, Nayla boleh semeja dengan Naufal! Nasib kamera dia tak bagi tunjuk di tepi. Kalau tak, makin banyak keluar lagi.

"Nantilah, " kata Nayla. Matanya mengerling Naufal yang sudah bangun dari tempat duduk. Nasib tak nampak dalam kamera. Ingin kemana tidak tahu. Ah! Buat apa kau nak ambik kisah.

"Hello guys!" sapa Aires pada penonton. Matanya membaca komen. Laju sangat ni.

"Alhamdulillah, I sihat. Produk yang akan keluar tu adalah ... Rahasia!" kata Aires. Nayla sudah dibuang ke tepi . Tiada siapa kisah.

Nayla juga ada sedikit menyapuk. Saat mereka berborak, tiba-tiba ada satu pinggan yang berisi makanan di hulurkan. Nayla menoleh ke arah sang bagi makanan itu.

"Makanlah, " sempat juga orang itu bisik di telinganya. Nayla sudah mengigil. Pipi sudah berubah tona warnanya. Dia mengalih pandangan ke kamera. Komen di baca.

"Itu Naufal ke?"

"Alag sweetnya bagi makanan, "

"Nak juga yang macam ni caring je"

"Alamak handsomenya!"

Itu komennya dia nampak dan ada komen yang beremoji love. Sah! Netizen nampak Naufal hulurkan makanan.

"N❤️N = Naufal ❤️ Nayla"

Eiw! Nayla pantas menolak pinggan itu ke Naufal. Naufal pandang pelik.

"Thank you but saya tak nak, " kata Nayla. Naufal merengus kasar lalu menolak balik pinggan tu ke Nayla. Nayla kembali tolak dan Naufal menghalang. Sehingga...

Dush!

Pinggan itu terlontar ke baju Naufal. Semua di meja itu ternganga. Nasib Datin Nurul sudah hilang tadi. Mungkin pergi ke tandas.

Ada yang berbisik 'habislah' menyebabkan Nayla semakin ketakutan melihat mata Naufal. Lauk yang sudah terkena di baju di pandang.

Aires hanya diam memandang kamera. Tidak mampu nak masuk campur. Netizen punya komen di baca.

"Sweet, "

Menyempat lagi eh. Sepatutnya ucap la takziah ke apa macam

"Salam Takziah jelah Kak Nayla, "

Ha ni baru netizen. Suasana meja itu sunyi.

"A ... Awak okay?"

Bersambung.

My Love©Where stories live. Discover now