"Naufal? Aneeta..." Nayla merenung dua orang itu. Hatinya mula di kelilingi dengan perasaan sesuatu. Dia masih ada perasaan ke?
"Hai akak!! Kita berjumpa lagi." ceria suara itu menyapa gegendangan telinganya. Nayla pamerkan senyuman manis. Walaupun, itu terpaksa.
"Kau okay?" soal Naufal. Kepalanya di jenggulkan ke dalam bilik itu. Memastikan tiada yang membuat Nayla kurang selesa.
"Okay. Ha saya dekat mana ni? Ini... Bukan bilik saya, bukan hospital. Jadi dekat mana?" soal Nayla. Naufal menjongketkan satu kening. Nayla mengerut dahi.
"Tak nak jemput masuk dulu ke?" soal Naufal kembali. Aneeta yang berada di tengah terus mengecilkan diri. Rasa kecil pula diri ini.
"Oh, lupa. Jemput la." kata Nayla memberi ruang ke arah mereka berdua itu masuk ke dalam bilik. Naufal dan Aneeta melangkah masuk. Mata Nayla terpaku melihat kedudukan dua orang itu yang sangat dekat.
Stop it Nayla!
Dorang mesti dah kahwin.
"Kau ada dekat apartment aku." balas Naufal. Wajahnya kembali biasa. Semestinya kena on Anti-The girl.
Telefon bimbit Naufal berdering. Naufal meminta izin untuk mengangkat panggilan. Suasana kembali senyap.
"Jadi macam mana kehidupan awak dengan Naufal?" soal Nayla. Aneeta angkat kepala. Senyum lebar.
"Awak percaya?" soal Aneeta. Soalan Nayla di biarkan. Berkerut dahi Nayla.
"Sebenarnya, saya ni adik Naufal. Saya ni selalu di jadikan sebagai girlfriend jadian. Masa kita berjumpa, saya mula-mula terkejut. Tapi, dah biasa kan jadi saya lakonkan sahaja." jelas Aneeta. Nayla sedikit tergamam sebelum bibir di tarik panjang lebar. Maknanya, dia boleh masuk.
"Tapi kenapa?" soal Nayla. Bukan ke orang kata Naufal menakutkan. Kenapa diorang kejar?
"Mama saya tu selalu adakan dating gitu. Jodoh kan abang dengan perempuan yang dia kenal. Jadi saya selalu jadi la." bisik Aneeta. Nayla angguk. Sebelum Naufal melangkah masuk.
"Korang berbual apa?" soal Naufal apabila melihat senyumna di bibir Nayla. Aneeta mengenyitkan mata sebelah. Naufal angguk.
"Tak ada apa-apa la."
.
.
.
"Jadi awak single la ni?" soal Nayla secara tiba-tiba. Naufal yang sedang memandu kenderaan itu tersentak. Kepala di jatuhkan
"Kenapa nak masuk meminang ke?" gurau Naufal. Mata masih fokus kepada pemanduan. Nayla berfikir sebentar.
"Jadi boleh la ni saya masuk meminang?" soal Nayla kembali. Tersedak Naufal. Pipi berubah tona. Tangan belab kiri di bawa mengusap telinga.
Nayla tersenyum melihat balasan Naufal.
.
.
.
"Terima kasih sebab tolong saya selesaikan kes kematian Mummy." kata Nayla. Nayla bongkokkan sedikit badannya tanda hormat. Naufal senyum nipis.
"Sama-sama." balas Naufal. Nayla terpana. Dia balas?
"What? Fikir aku tak reti balas ke?" sinis Naufal. Nayla tersengih kerang busuk.
"Dah la, awak pergi la. Nanti ada orang nampak." halau Nayla. Tiba-tiba rasa tidak sedap hati. Keadaan sekeliling di pandang.
"Oh ya, kau tak perlu risau tentang keadaan ni. Sebab aku dah suruh aku buah aku pasang CCTV berdekatan sini." pesan Naufal. Nayla angguk. Naufal meminta diri untuk pulang.
Nayla menghantar kenderaaan Naufal pergi melalui lirikan mata. Tangan melambai ceria. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.
"Amboi, bergembira nampak." sapa Datin Aisyah. Nayla terkedu. Ternyata dari tadi seluruh rumah memandang ke arahnya.
"Ehem ehem, semalam pergi mana tu?" usik Ameer. Nayla menjeling. Tangan menolak kepala Ameer menjauh.
"Kau jangan fikir yang kuban-kuban ya." balas Nayla. Punggung dilabuhkan atas sofa. Beg tangan di letakkan di atas meja kaca.
"Jadi Nayla, nak kitorang tolong apa-apa?" soal Dato Nariq. Air kopi di tiup dahulu sebelum menyisip sedikit. Surat khabar di tegangkan supaya mudah di baca.
Nayla berfikir sebentar. Sebelum bibirnya mengukir senyum.
"Boleh."
.
.
.
"Serius la? Abang dah ada girlfriend?" soal Datin Nurul. Terkejut hatinya mendengar anak terunanya sudah ada buah hati. Gembira.
"Ya, tadi abang yang bawa adik jumpa dengan girlfriend dia tu." balas Aneeta. Semakin bersemangat Datin Nurul mendengarnya. Duduk di perbetulkan.
"Macam mana rupa dia? Cantik tak? Baik tak?" soal Datin Nurul lagi. Tidak sempat, Aneeta nak menjawab. Seseorang melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.
"Kenapa?" soal Naufal apabila melihat Datin Nurul sudah sengih kerang busuk. Aneeta juga.
"Apa nama girlfriend angah?" soal Datin Nurul. Naufal tersedak. Wajah Aneeta di pandang.
Kening sebelah di jongket. Lagi sengih si Aneeta. Wajah cuba di maniskan.
"Anak Dato Nariq tu."
"Uish! Yang cantik tu ke?" soal Datin Nurul. Tidak percaya, bahawa Nayla yang dia inginkan untuk menjadi menantu. Akhirnya, tercapai.
"Mama, Dato Nariq tu ada seorang je anak perempuan. Mana ada anak lain." balas Naufal. Datin Nurul menjeling. Baru nak teruja, dah kena setepek.
"Tapi, Naufal tengah cuba." kata Naufal. Berkerut dahi Datin Nurul. Cuba?
"Cuba apa?" soal Datin Nurul.
"Cuba ambil hati dia." balas Naufal. Datin Nurul mendekati anaknya. Naufal sudah risau.
Dah kenapa mak aku ni.
"Mama ada cara yang paling bagus!" bisik Datin Nurul. Aneeta berkerut dahi melihat sesuatu yang di rahasiakan.
"Boleh ke macam tu?" soal Naufal. Muka sedikit risau. Datin Nurul angguk.
Setelah itu, Datin Nuruk beredar. Naufal mencapai telefon bimbitnya. Mencari sesuatu.
Nay✨
Assalamualaikum.
Waalaikumussalam, kenapa?
Esok malam free tak?
Emm free. Kenapa?
Aku nak ajak kau keluar.
Oh.
Esok malam, kau pakai cantik-cantik tau.
Ye la.
Okay bye! Goodnight.
Goodnight too.
Jangan lupa mimpi aku tahu. Jangan mimpi orang lain.
Merepek la awak ni.
Hehe.
Senyuman Naufal makin lebar. Kot di betulkan sebelum berlari masuk kedalam bilik. Aneeta melihat Naufal berlari.
'Gila kot abang aku ni'
Bersambung.
YOU ARE READING
My Love©
RomanceON GOING 2023 [tak minta banyak hanya vote dan comment] Naufal Afkar, seorang jejaka yang menyeramkan. Dingin. Matanya bagaikan pisau belati sama dengan mulut nya. "Kau ni pakai baju tak cukup kain ni sebab salah hantar kedai jahit ke apa?" - Naufal...