"Nayla!"
Nayla dan Naufal pusing ke belakang. Kelihatan seorang lelaki melangkah ke arahnya. Senyuman manis menghiasi bibir lelaki itu.
Topi hitam, kening lebat, mata sepet, hidung mancung, bibir sedikit gelap, tinggi lampai, baju putih lusuh dan seluar t-shirt.
Skema but simple.
"Eh Zayn! Kau buat apa dekat sini?" soal Nayla. Walaupun dia tak rapat dengan Zayn ni. Biarlab kelihatan mesra diluar.
"Menari. Beli barang lah." balas Zayn. Nayla menggaru leher yang berbalut tudung bawal itu. Hehe.
"Oh ya, Abang ini Zayn kawan Nayla dekat drama baru tu. Zayn, ini suami aku Naufal." Nayla memperkenalkan Naufal dan Zayn. Mata mereka bertentang. Jabat tangan antara Naufal dan Zayn tidak dilepaskan.
Jabat tangan dia orang itu pun sampai nampak urat. Tahulah kuat. Tapi jangan tunjuk urat. Insecure kiter!
.
.
.
Naufal masuk ke dalam apartment dengan wajah cemberut. Nayla hanya memandang wajah Naufal dengan sengihan. Tahu pula dia merajuk.
"Abang ni nak merajuk sangat kenapa?" soal Nayla. Beg tangan diletakkan diatas meja kecil di sebelah katil.
"Abang rasakan Zayn tu suka dekat Love." balas Naufal membuatkan Nayla lagi ketawa. Zayn? Suka dekat Nayla?
"Abang merepek apa ni? Tak mungkinlah"
"Abang nampak masa dia tatap Love. Bila Love perkenalkan abang dekat dia, terus wajah dia berubah." Naufal kata sambil wajahnya membeku. Dia tahu sangat tatapan itu. Nayla yang melihat sudah risau.
"Okay dah jom kita ketepi kan dulu pasal radio Zayan tu. Kita mula berlakon macam tiada apa-apa jadi." kata Nayla. Nanti terus bercakap pasal Zayn tu makin merajuk. Naufal terus angguk lalu memulakan lakonannya. Menyampah juga bila cakap pasal Zayn tu je.
"Love ni! Abang tengah merajuk pujuklah! Ini tersengih-sengih macam kerang." kata Naufal dengan kaki dihentak ke lantai. Nayla gelak kecik. Aduhai, comelnya lah suaminya ini.
"Ala, kesian dia ya. Merajuk ya? Alaa maaflah, Nayla mana tahu Zayn ada dekat situ." ujar Nayla. Tangan Naufal yang menggengam tangannya diusap perlahan-lahan. Tangan kanannya dibawa ke pipi kanan Naufal lalu diusap.
Naufal yang tadi cemberut terus sahaja senyum kemenangan. Yaey! Bini kita pujuk kita. Awak ada? Tak ada hm lemah!
"Dah jom kita kemas baju masuk dalam bagasi." arah Naufal. Tercengang Nayla dibuat. Kenapa kena kemas baju? Dia nak halau aku ke?
"Kita kan nak pergi bulan madu kat Korea tu. Terbangnya esok."
Lagi Nayla tercengang. Ha? Cer ulang balik. Otaknya sudah lembap.
Bulan madu? Korea? Oh! Dah dapat.
"Kenapa abang tak bagi tahu awal-awal?"soal Nayla. Wajahnya pula cemberut. Ha macam ni jelah. Gilir-gilir merajuknya.
"Saja kejutan! Terkejut tak?" soal Naufal kembali. Nayla dengan riak wajah yang cuba diterkejutkan dan tangan naik menutup mulut.
"Waa! Terkejutnya!" balas Nayla. Buat apa nak terkejut. Dia ni dah lah perlahan otaknya.
Naufal menjeling Nayla. Nampak sangat tu bohong terkejut. Ish, tak patut.
"Selekeh karang."
"Tidur luar kang,"
Terus pucat muka Naufal mendengar perkataan 'Tidur Luar'. Tak nak! Tak nak tidur luar. Luar ditemani nyamuk bukan isteri.
"Okay-okay dah jom." ajak Naufal lalu melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Lama-lama bercakap kat sini nanti ada satu Pangsapuri yang hancur ni. Risau je.
.
.
.
Nayla menyalam tangan Dato Farez dan Datin Nurul. Dia ketepi sedikit untuk memberi ruang kepada mertuanya untuk masuk kedalam pangsapuri ini.
"Maaflah pa, ma. Rumah bersepah sikit. Lagipun kitaorang tengah kemas tadi." kata Nayla lalu melabuhkan punggung apabila mertuanya sudah duduk juga. Bilik tidur mereka dikerling seketika.
"Eh tak apalah. Lagipun kitaorang tadi pergi kenduri kawan papa. Alang-alang tu singgahlah sini." jelas Dato Farez. Nayla angguk kecil. Faham.
"Er, papa dengan mama tunggu sini ya. Nayla pergi buat air sekejap." kata Nayla lalu ingin bangun. Tujuannya adalah dapur kecil. Baju diperbetulkan.
"Eh tak apalah, sekejap je ni," balas Datin Nurul. Tangan memanggil Nayla untuk tidak menghidangkan air.
"Tak apalah, sikit je ni." seusai kata begitu, Naufal keluar dari bilik tidur. Ruang tamu dia pandang. Lalu berjalan ke sana.
"Lama ke sampai tadi?" soal Naufal. Datin Nurul menggeleng kepala. Dato Farez menjatuhkan kepala. Ha mana satu ni.
"Eh abang ni! Tak lama kan kita tunggu." kata Datin Nurul lalu lengan sasa Dato Farez ditampar perlahan-lahan. Dato Farez hanya gelak kecil sahaja. Nayla membawa dulang yang ada air mangga untuk dihidangkan.
Selepas meletakkan dulang di atas meja. Punggung melabuh di atas sofa. Naufal terus memegang tangan Nayla.
"Kami ni sebenarnya nak buat Semakan tempat." pucat wajah Nayla dan Naufal. Alamak, macam sekolah pula kena semakan tempat.
Dato Farez dan Datin Nurul terus bangun lalu berjalan disekeliling rumah. Naufal memandang wajah Nayla. Nayla hanya membalas tatapan itu.
"Love dah kemas ke?" soal Naufal. Nayla berfikir sejenak. Dah ke tak?
"Dah kut. Entahlah, lupa la." balas Nayla separa bisik. Naufal sudah kelam-kabut. Aduh.
"Okay, rumah bersih." ujar Datin Nurul. Nayla menghela nafas lega. Fuh, nasib baik.
"Bila nak pergi honeymoon?" tanya Dato Farez. Punggung dilabuhkan diatas sofa. Biarlah isterinya buat semakan tempat.
"Esok. Naufal dah beli tiket dia." balas Naufal. Badan disandarkan ke sofa.
"Pergi mana?" sampuk Datin Nurul. Dia mengambil tempat disebelah Dato Nurul. Nayla sudah bersemangat ingin menjawab.
"Pergi Korea!" jerit Nayla. Tak sabar nak pergi Korea! Datin Nurul mendengar terus memasang wajah cemburu.
"Alaa, tak dapatlah mama nak pergi juga. Mama pun minat BTS tu." kata Datin Nurul. Nayla yang mendengar nama kumpulan kpop itu terus bersinar-mata.
"Mama minat BTS?" soal Nayla lalu diangguk oleh Datin Nurul.
"Mama minat yang mana? RM? V? Jin? Suga? Jimin? Jungkook? Jhope?" habis semua nama ahli itu disebutnya. Naufal dan Dato Farez pandang satu sama lain. Mula la tu.
Bersambung
YOU ARE READING
My Love©
RomanceON GOING 2023 [tak minta banyak hanya vote dan comment] Naufal Afkar, seorang jejaka yang menyeramkan. Dingin. Matanya bagaikan pisau belati sama dengan mulut nya. "Kau ni pakai baju tak cukup kain ni sebab salah hantar kedai jahit ke apa?" - Naufal...