Bab 21

396 16 0
                                    

"Daus!" baru sahaja Nayla ingin peluk tubuh itu. Di halang dengan kedua tangan.

"Hang lupa ke? Hang tu dah nak kahwin. Tak payah peluk aku. Eiii geli." kata Daus. Badannya menggeletar seakan geli dengan sentuhan itu. Nayla tersengih seperti kerang busuk.

Lupa pula.

Hehe.

"Bila kau balik sini? Ingatkan nak duduk sampai mati dekat London sana." sindir Nayla. Daus menelan air liur. Kasar jugak perempuan ni.

"Eh bakal lelaki kau mana?" soal Daus. Risau juga kalau bakal lelaki Nyala nampak tadi. Mahunya batal pernikahan.

"Oh, ada dekat depan tu. Dia borak dengan yang lain." jawab Nayla. Jari telunjuk di tunjuk ke arah ruang tamu. Daus melangkah ke arah ruang tamu.

Terkejut Nayla melihat Ainul duduk begitu rapat dengan Naufal. Naufal hanya layankan sahaja. Walaupun nampak muka paksa Naufal. Hatinya bagai tergores. Sebelum memeluk tubuh dengan senyuman sinis.

"Ehem ehem!" dehem Nayla. Ainul masih lagi berborak dengan Naufal. Malahan, deheman Nayla bagai tidak wujud. Yang lain sudah tidak sedap otak.

Sakitnya hati. Melihat Ainul makin mendekat dengan Naufal.

"Ainul... Ainul..."

"Ainul..."

Panggilan itu tidak di jawab. Naufal memandang Nayla. Bagai minta pertolongan.

"Ainul." panggil Nayla dengan nada tertahan. Kang aku menjerit dekat sini. Mampus semua orang.

Ainul menoleh. Senyuman mengejek di pamerkan.

"Ya, Nayla nak apa?" soal Ainul bagai tiada kesalahan. Nayla mendekati Ainul. Ainul mula berdiri.

"Saja lah panggil kau. Nak pasti kan yang kau ni tak pekak, tak buta dan tak bodoh." sengaja Nayla menekan perkataan 'bodoh' itu. Bagai ingin menaikan amarah Ainul. Sebab sekarang ni... Nayla rasa nak tarik rambut Ainul tu.

"Kau nak cakap aku ni bodoh ke?" soal Ainul. Darah nya sudah menggelegak. Nayla senyum sinis.

"Aku cakap nak pastikan. Tapi kalau kau dah cakap macam tu. Baguslah sedar diri."

Savage!

Nayla mencurah sedikit minyak pada kuali yang sudah panas itu. Makin bahang Ainul.

"Kau kan..."

"What? Aku betul la. First aku cek kau untuk tak pekak sebab dari tadi aku panggil kau. Second, aku cek kau untuk tak buta sebab kau duduk rapat dengan bakal lelaki orang. Third, aku cek kau untuk tak bodoh sebab kau tak belajar eh duduk rapat dengan lelaki bukan mahram? " bidas Nayla bertubi-tubi. Naufal yang sedang duduk hanya tersenyum puas. Bangga pulak Nayla tolong dia.

"Bakal lelaki je kan? Bukannya suami!" bentak Ainul. Rambutnya di flip ke belakang. Nayla menahan amarahnya apabila Naufal menarik dia ke belakang.

"Dah. Jangan gaduh dekat sini okay? Nanti aku sediakan satu gelanggang besar untuk kau lawan dengan perempuan tu okay? Hm?" bisik Naufal di telinga Nayla. Nayla terkejut. Ini yang kita mahukan.

"Okay! Accept!" kata Nayla. Lalu dia beredar dengan Naufal dari situ. Sempat jelingan tajam di hadiahkan kepada Ainul.

Dapat dia dengar hentak kaki Ainul. Pftt

Padan muka! Gatal sangat kan. Mampos!

.

.

.

Rindunya! Rindu dengan Naufal! Lagi dua minggu mereka akan di halalkan.

Dan dua minggu itu juga mereka tidak dapat untuk berjumpa. Kata orang tua kita ni darah manis. Tak elok keluar.

Tapi betul juga. Sebab cari dekat google pun. Ada sahaja orang yang darah manis mengalami kemalangan.

Kesian mereka.

Jadi untuk elak berlaku begitu. Dia duduk sahaja di rumah. Memastikan semuanya berlaku seperti yang di rancangkan.

Alhamdulillah, rumahnya awal sebulan dari pekahwinan itu sudah ada yang datang. Bukan apa, semua keluarganya yang ibu ataupun ayah kebanyakkannya bukan dari negeri yang sama.

Ada yang dari Perak, Sabah, Melaka, Johor dan Kelantan. Ada juga yang luar negara. Maklumlah, semua keluarga yang ternama.

"Woi!" sergah seorang gadis yang manis bertudung. Nayla yang sedang termenung, terkejut. Dadanya di urut.

Tanjat gegirl.

"Kau ni dah kenapa?" tanya gadis itu. Nayla membetulkan duduknya. Gadis itu pula memasang telinga dengan betul.

"Aku rindu dia." balas Nayla. Wajah berubah mendung. Gadis itu terus menggaru kepala.

Dia tak pernah bercinta. Jadi tidak faham. Tapi membe ni jujur sangat.

"Ala, rilek lah. Dua minggu lagi korang kahwin. Kau boleh peluk dia puas-puas." kata gadis itu. Nayla masih lagi muncungkan bibirnya. Tidka puas hati dengan jawapan itu.

.

.

.

Naufal hanya pandang sahaja pelan di hadapannya ini. Tiada niat untuk menyentuh pun. Termenung.

"Pewittt! Hoi! Kau ni kan nak kahwin ke tak? Asal masam bebenor?" tanya seorang jejaka yang kacak. Naufal merengus kasar. Dia tak tahu.

Dia tak tenang.

"Mana ada aku masam." balas Naufal. Mata menjeling jejaka di hadapannya ini. Sibuk je.

"Eh aku tengok orang lain nak kahwin kan. Dia orang membuat persediaan. Macam pergi spa ke. Baiki diri. Mu ni sibuk tercongok kat situ dah kenapa?" kata jejaka itu. Takkan rindu kot. Janganlah cakap yang dia rindu.

Aku ni dahlah single.

"Aku tak payah pergi spa pun dah elok eh." puji Naufal kepada diri ya. Amboi, angkat bakul sendiri nampak. Jejaka itu menjeling Naufal.

Eii perasan!

.

.

.

"Miss me?" soal Naufal pada skrin telefon. Nayla yang mendengar itu tersenyum. Kepala di jatuhkan.

"I miss you too much." balas Nayla dengan muka comelnya. Naufal ketawa kecil. Comel.

"And I miss you more than you do. " balas Naufal dengan kepalanya di tarik dari atas hingga ke bawah. Nayla juga ketawa kecil. Tuala di atas kepala di perketatkan lagi. Menutup rambutnya.

"Awak tahu tak? Tadi kan saya bagi tahu kawan saya yang saya rindu awak. Lepas tu, dia suruh saya rilek dan dia cakap yang lagi dua minggu saya dapat peluk awak. Boleh eh saya peluk awak puas-puas selepas kita kahwin?" cerita dan soal Nayla. Naufal mendengar dengan gembira.

"Boleh sayang. Nanti awak nak peluk saya masa memasak pun boleh." balas Naufal. Nayla mempamerkan senyum yang indah.

Beginilah rutin mereka selama sebulan ini. Seminggu sekali menghubungi dan menceritakan tentang kehidupan. Semuanya menggembirakan.

Bersambung.

My Love©Where stories live. Discover now