Bab 3

409 26 0
                                    

"Hai awak!" jerit ceria Nayla. Tangan melambai ke arah Naufal yang sedang tekun memandang kertas. Terselit juga pencil 2B di telinga sebelah kanan.

Tali leher sudah hilang begitu juga dengan blazer. Rambut kusut masai. Cermin mata di kena kan.

Uish!

Kacak betul.

"Kau nak apa? Kalau nak borak je baik kau berambus dari sini. Aku ada benda lagi penting dari kau," kata Naufal. Pandangan tidak teralih sedikit pun. Nayla melangkah masuk ke hadapan.

"Kalau macam tu jadikanlah saya benda yang penting dalam hidup awak," selamba anak tekak Nayla berkata. Naufal yang baru ingin melakarkan seseuatu di kertas terhenti. Matanya perlahan melirik ke arah Nayla.

Jantung berdengup kencang. Nayla sudah dilanda malu. Jarang dia berbuat begini.

Kemudian, Naufal terus menyambung kerjanya. Nayla bangun lalu jalan sekeliling bilik itu. Cantik lah. Ada almari penuh dengan piala. Drawers bercorak kayu itu di pandang.

Ada gambar seorang lelaki pastinya Nuafal dan seorang perempuan yang cantik. Bertudung, kulit putih melepak,bulu mata lentik, bibir merah, pakai drees putih.

Dia ingin tahu siapa perempuan ini. Namun setelah pandang wajah Naufal, tidak jadi. Takut menganggu pula.

"Kau ni pakai baju tak cukup kain sebab salah hantar kedai kain ke apa?" sindir Naufal. Pakaian Nayla nampak terbuka. Drees hitam, ketat, bahagian dada terdedah, drees nya pendek dan lengan yang jarang.

"Hey! Mulut tu jaga sikit eh!" kata Nayla sambil menghentakkan kaki. Tak suka orang pertikaikan pakaiannya.

"What? Betul apa. Kau tu dah la datang sini pakai drees ketat,terdedah lepas itu jumpa aku. Duduk dalam bilik office aku ni berdua lah. Kau memang sengaja eh," bisik Naufal seraya itu kaki melangkah ke arah Nayla yang masih di drawers. Nayla hanya terdiam. Tidak bergerak pun. Bagai terpukau.

"Sengaja apa? Dah memang macam ni cara saya pakai," balas Nayla. Dia sudah kembali dunia nyata. Pipi merona saat Naufal mendekatkan muka.

Helaan nafas antara satu sama lain dapat rasa. Terbit senyum sinis di bibir Nayla. Mata mereka bertentangan.

"Jadi... Awak dah tergoda dengan saya?" soal Nayla Sengaja di usik. Buat-buat polos aje. Naufal menjatuhkan kepala seketika kemudian geleng.

"Bukan aku yang tergoda tapi syaitan. Sebab tu syaitan bisik dekat telinga manusia suruh kita buat benda tu," ujar Naufal. Nayla sudah tersentap. Tangan naik menyentuh dada.

"Whatever! Oh ya, saya datang sini nak belanja awak makan. Sebab hari tu kan awak tolong saya. Atau awak nak yang lain?" pelawa Nayla. Memang itu hajatnya. Lain pula jadinya.

Astaghfirullah.

"Hmm not bad kau ada hati perut juga. Tapi aku punya permintaan ni mahal sikit au," separuh sindir je. Ini Naufal Afkar! Tak sah kalau tak sindir.

"Of course, lah saya ada hati dan perut. Kalau tak ada macam mana boleh hidup?" usik Nayla. Kedudukan medeka sudah berubah. Naufal sudah duduk di sofa.

Buku di sebelab di capai.

Pak!

Buku itu di baling ke Nayla. Nayla menutup kepalanya. Muka mencebik.

"Awak ni kenapa! Baling buku dekat saya! Fikir tak sakit ke? "jerit Nayla sambil tangan membetulkan rambutnya. Sakit yang amat!

"Ops! Sorry! Aku nak baling dekat meja tu. Tapi terkena dekat kau " kata Naufal. Muka tidak rasa bersalah. Hanya riak wajah seakan terkejut.

Nayla keluar dari bilik ofis itu. Tubuh pusing menghadap Naufal yang didalam bilik itu. Muka masam sahaja

"I hate you Naufal Afkar!" jerit Nayla lalu keluar dari bangunan itu. Kaki dihentak saat berjalan. Pengawal peribadi di bangunan itu memandang dia pelik kerana menjerit-jerit. Biarlah, apa orang nak fikir.

Kita datang niat baik kena halau. Susuk tubuh tinggi lampai merentasi tubuh Nayla. Lelaki itu sedang bermain handphone.

"Cepatlah, kejap lagi aku ada hal. Nak makan dekat mana?" tanya lelaki itu seraya berpusing menghadap Nayla. Terkejut Nayla . Tadi kata tak nak kita ajak makan. Tup tup ada dekat depan.

"Anything, kalau makan tengah jalan pun boleh," tersenyum lebar Nayla. Rasa macam menyesal cakap benci tadi. Mata dikedipkan. Naufal menjeling. Ada yang kena jolok mata tu kang.

Ada kereta Honda Civic berwarna silver berhenti di hadapannya. Rev keluar dari tempat duduk pemandu lalu membukakan pintu untuk majikannya.

Tanpa banyak cakap, Naufal dan Nayla masuk ke dalam kereta. Rev kembali duduk di tempat pemandu. Gear tukar kepada D lalu pedal minyak di tekan. Kereta itu laju meluncur keluar dari situ.

Kereta Nayla macam mana?

Abbey bdyguard

Abbey, boleh balik je. Saya keluar makan dengan kawan.

Settel!

.


.

.

"Sedap lah, awak nak rasa?" soal Nayla. Naufal menggeleng. IPad di beg kerja dikeluarkan. Sesuatu di tekan di skrin IPad itu.

"Awak ni selalu dengan kerja je. Cubalah pandang saya yang dekat depan awak ni. Penat tahu tak saya bersolek untuk awak," kata Nayla lalu memusingkan badan ke kiri. Merajuk.

"Aku tak minta pun untuk kau bermakeup depan aku? Dan aku takkan pandang perempuan macam kau ni. Eh please lah, jangan jadi perempuan murahan sangat boleh tak?" kasar bahasa yang digunakan. Mata dijuling ke atas. Dia semakin rimas dengan Nayla.

"S... Saya perempuan murahan?" sayu kedemgaran. Naufal angguk. Hati terasa di tusuk.

"S... Saya nak ke tandas," izin Nayla lalu beredar ke tandas. Pintu dikunci. Wajahnya di pandang.

Betul. Dia sangat seksi. Baju sangat terdedah. Memang patut pun dia di panggil begitu.

Nayla keluar semula tandas. Meja yang dia duduki sudah kosong. Tiada susuk tubuh Naufal. Telefon dicapai. Nombor Naufal di dail.

"Naufal, awak dekat mana?" soal Nayla. Sekeliling dipandang.

"Kenapa kau sibuk hal aku? Dah kau lama sangat dalam tandas tadi. Aku blah la," balas Naufal. Bunyi hon kereta kedengaran di hujung talian.

"Saya ni macam mana? Saya naik dengan awakkan," kata Nayla sedikit kuat. Geram dengan Naufal.

"Itu masalah kau. Bukan aku," kata Naufal lalu meletakkan telefon.

Nayla menghela nafas kasar. Terpaksa dia telefon teksi. Tidak mungkin dia telefon Abbey. Mana tahu Abbey dah balik kerumah.

Bersambung

My Love©Where stories live. Discover now