11

559 28 1
                                    

Naufal merenung jalan raya yang di bawahnya. Senyuman, wajah, mata, bibir, hidung, pipi, kening semuanya dia tidak dapat lupakan. Sangat manis.

Tok...

Tok...

Tok...

"Masuk!" laung Naufal. Pintu itu dikuak dari luar. Seseorang perempuan berpakaian tertutup menunduk pandangan lalu melangkah masuk.

"Tuan, saya dah cek tentang gadis itu. Gadis itu bernama Aara Nayla binti Nariq. Berumur 27 tahun. Tinggal di Kuala Lumpur dan berasal dari Melaka. Sekolah rendahnya ialah Sekolah Kebangsaan Setiawangsa. Berpindah ke Melaka kerana neneknya sakit tenat. Sekolah Menengah pula SMK Munshi Abdullah. Sambung pelajaran di Kuala Lumpur. Tentang universiti tu saya tak dapat lagi. Minat menyanyi dari kecil. Suka warna yang cair. Makanan Kegemaran ialah ayam rendang, " kata perempuan itu. Naufal tersenyum penuh makna saat mendengar yang selajutnya. Sesuatu bermain di otak.

"Okay Thanks Nawra, " ujar Naufal lalu melabuhkan punggung di atas kerusi empuk itu. Nawra ternganga sebentar. Tuan Naufal cakap apa tadi? Dia kurang dengar.

Naufal yang melihat Nawra tercengang di hadapanya di pandang.
Nawra yang perasan pandangan itu terus meminta izin. Pintu di tutup dengan perlahan.

"Wait baby"

.

.

.

Nayla menyusun pinggan mangkuk di rak. Meja makan di lap menggunakan tisu basah. Setelah selesai, Nayla melabuh punggung di sofa berwarna coklat. Telefon bimbit yang di meja kaca sebelahnya di capai.

Instagram di buka. Tangan sibuk skrol ke bawah. Tangannya berhenti di satu menghantar dari satu akaun yang Nayla follow. Gambar seorang lelaki sedang makan dengan seseorang gadis.

Instagram keluar lalu membuka google. Nama lelaki itu di cari. Artikel iyu ditekan.

"Seorang CEO pejabat AOL yang terkenal bernama Naufal Afkar. Di nyatakan keluar makan bersama seorang wanita yang menyerupai Aara Nayla penyanyi baru yang terkenal. Hanya berdua. Apakah hubungan mereka sebenarnya?"

Teks itu dibaca. Nayla menggeleng. Kenapa berita macam ini bangkit kembali? Dan kenapa orang yang mengambil gambar itu hanya mengambil saat mereka berdua? Bukan ketika Dato Nariq ada.

Ting!

011 *** ***

-Baby, Explain to me about the news coming out. You forget my warning?

Mesej itu dibaca. Kenapa masih ada lagi? Nayla menutup handphone lalu memandang ke arah pintu. Mesti, sudah ramai wartawan sibuk berkumpul di lobi.

.

.

.

Naufal kejung di tempatnya. Matanya memandang ke arah wartawan yang berluru lari datang ke arahnya. Apa pula ni?

"Apa hubungan Tuan Naufal dengan Puan Nayla?"

"Adakah gambar itu benar?"

"Kenapa Tuan Naufal keluar dengan Puan Nayla hanya berdua?"

"Tuan!"

"Tuan Naufal!"

Tubuhnya di langgar dengan sesaknya wartawan itu. Naufal masih lagi dalam tidak fokus. Otaknya tidak berfungsi.

Cahaya kamera menyilau matanya. Niatnya ingin makan tengah hari. Tapi terbantut sebab wartawan ini. Anak buahnya berdiri di hadapan untuk menghalang wartawan dari mendekat.

Setiausaha Naufal menghulurkan cermin mata gelap. Supaya mata tidak silau dengan cahaya itu. Naufal memasangkan kepada matanya.

Bibirnya mengukir senyum nipis saat sudah faham. Hanya sesaat sebelum mukanya kembali dingin. Dalam hatinya sudah gembira. Tidak tahu mengapa.

"Apakah hubungan Tuan Naufal dengan Puan Nayla?"

Saat soalan itu dilontar Naufal senyum nipis. Kamera mengambil video.

"Sebenarnyab... Saya dengan Nayla ..."

Suasana sunyi seketika, wartawan berhenti melanggar. Telinga pasang betul-betul. Mic dihulurkan dekat dengan bibir Naufal untuk merakam suara itu dengan jelas.

"Sebenarnya ... Saya dengan Nayla ..."

"Sebenarnya... Saya dengan Nayla ada hubungan"

.

.

.

Nayla menghempas telefon bimbit itu di atas meja saat melihat jawapan dari Naufal yang diedarkan melalui video di instagram. Air limau ais di hirup. What the other!

Kenapa jawapan Naufal macam tu? Sejak bila aku dengan dia ada hubungan? Haura yang di depan melihat saja kawannya yang dalam kekusutan.

"Kau dah kenapa syair on, " tanya Haura. Mereka baru sahaja sampai di Cafe. Ingin minum petang bersama.

Melihat Nayla tidak menjawab. Haura mencapai telefon lalu tengok. Mulut sudah bergumam. Patutlah dia geram semacam.

"Tapi ... Bukan ke dia tu yang kau suka dulu kan?" tanya Haura. Hanya Haura sahaja yang tau bahawa Nayla suka Naufal dahulu. Nayla menjatuhkan kepala.

Nayla angkat kepala saat melihat satu sosok yang melangkah masuk. Telefon bimbit di tekap telinga. Tenang. Bagaimana dia boleh tenang selepas mengatakan itu?

Nayla meluru ke arah sosok itu. Bila sosok itu melabuhkan punggung di kerusi. Tempat di hadapan sosok itu di ambil. Sosok itu melihat kearahnya sebeluk menutup talian.

"Hai!" sapa sosok itu. Wajah terselit sedikit senyuman. Nayla menyandarkan badan di kerusi.

"Hai? Naufal, apa yang awak fikir sampai awak cakap yang kita ni ada hubungan?" Tanya Nayla. Naufal di hadapan di pandang.

"Why? Memang betul kan kita ada hubungan?" selamba Naufal membalas. Nayla mencerun matanya.

"Sejak bila? Awak sepatutnya beritahu yang kita ni keluar ada daddy. Bukan cakap macam tu, " kata Nayla. Hatinya semakin panas. Dengan jawapan Naufal tu.

"Sejak dua tahun yang lalu," ujar Naufal. Nayla membetulkan awning tudung. Haish!

"Dua tahun yang lalu? Nak saya ingatkan awak balik ke? Awak yang tolak saya mentah-mentah. Lepas tu awak kata kita ada hubungan?" gelak kecil terbit di bibirnya. Naufal di pandang. Tak percaya.

"Wait, kau fikir apa ni?" soal Naufal. Nayla tersentap saat nada kasar itu timbul. Riak di kawal.

"Awak tu dah ada bini and mengaku saya ..." Nayla berhenti cakap. Hilang kata sudah. Mulut dan hati tidak mampu sambung ayat.

"Nayla ..." baru sahaja Naufal nak meneruskan percakapannya. Nayla sudah mengangkat punggung beredar dari situ. Haura yang dari jauh melihat terus mengikut langkah Nayla yang semakin jauh. Sempat dia meminta izin kepada Naufal untuk beredar.

Bersambung.

My Love©Where stories live. Discover now