Bab 4

608 32 0
                                    

Bekal makanan yang berisi kek coklat itu di tutup. Satu kertas kecil di ambil lalu menuliskan sesuatu. Emoji di letakkan sedikit. Lalu tampal pada bekas makanan itu.

Nayla membawa bekal makanan itu dengan berhati-hati. Abbey membuka pintu kereta agar majikan boleh masuk terus. Abbey terus masuk ke tempat duduk pemandu.

Enjin kereta dihidupkan. Gear di tukar kepada D. Kereta itu meluncur ke jalan raya.

.

.

.

"Siapa bagi ni?" soal Naufal saat melihat satu bekal makanan yang berisi kek coklat. Pekerjanya tunduk. Naufal mengeluh.

Satu kertas kecil di ambil. Berkerut dahi Naufal membacanya.

Saya maafkan awak pasal semalam. Oh ya, makan lah kek coklat ni. Saya buat. Sedap tau! - AN :)

Kertas kecil itu digenggam lalu dibuang. Bekal makanan yang berisi kek coklat di pandang.

"Get out," arahan Naufal kepada pekerjanya. Selepas itu, Naufal melabuhkan punggung di kerusi. Bekal makanan itu di capai lalu di buang ke tong sampah.

Dengan rasa tidak bersalah, Naufal menyambung kerjanya yang tergelanda tadi.

.

.

.

"Mari kita menjemput Aara Nayla untuk ke pentas," MC konsert itu mempelawa Nayla untuk naik ke atas pentas yang penuh dengan manusia di bawah. Nayla melangkah naik ke atas itu dengan tangan mengangkat sedikit gaun yang dia pakai. Senyuman di lemparkan kepada peminatnya.

"Assalamualaikum Aara Nayla, " MC itu memberi salam kepada Nayla.

"Waalaikumussalam, panggil Nayla je," Nayla membalas salam. Mic di tangan di betulkan sambil duduk di sofa. Gementar.

"Okay, kita semua tahu yang Nayla ni seorang penyanyi perempuan yang terbaik. Bermula jinak dengan nyanyian pada tahun 2015 hingga sekarang. Banyak dugaan yang diterima oleh Cik Nayla Ni. Apa perasaan Nayla waktu first time dapat menyanyi dekat pentas dan ditonton orang ramai? " soal MC itu. Nayla mengambil nafas sebelum menjawab.

"Berdebar sebab yelah mana tahu tiba-tiba suara berubah garau dah tak sedap, " balas Nayla. Yang lain gelak mendengarnya.

"Kita bagi soalan dulu dekat Cik Nayla. Sebelum sesi berjumpa dengan peminat. Boleh macam tu Cik Nayla?" cadang MC itu. Nayla menjatuhkan kepala tanda setuju.

"Cik Nayla, apakah tiga lagu kegemaran?" seusai soalan itu dilontarkan. Suasana sunyi. Bagaikan menunggu jawapan dari Nayla.

"Tiga lagu yang saya suka adalah Bohongi Hati dari Mahalini, Andai Itu Takdirnya dari Vannesa Reynauld dan Set Fire To The Rain dari Adele," balas Nayla.

"Next questions, duet impian Nayla siapa?" soal MC itu. Nayala mengetuk hujung bibir. Seakan memikir.

"Siti Nurhaliza!" ceria sahaja Nayla menjawab. Semua orang tergalak dengan lagat comelnya.

"Okay ni, Makanan fav Nayla,"

"Kunafa, " sambil menunjukkan cap jari jempol. MC itu menukarkan kad yang dihadapan ke belakang sekali kad.

"Nayla ada like someone?" MC itu mendekatkan kepalanya. Nayla tersipu-sipu malu.

"Ada," balas Nayla. Semuaa terkejut dengan balasan Nayla. Muka MC seperti syak wasangka.

"Mmm... Ini rahsia kita je. Siapa orang tu?" soal MC itu. Nayla geleng. Muka MC yang penuh dengan harapan masam.

"I don't want to tell anyone about people I like," kata Nayla. Mc angguk.

My Love©Where stories live. Discover now