37

142 4 0
                                    

"Argh!"

Bang!

Bunyi jeritan dan pistol itu menyatu. Mata di buka apabila merasakan seperti tiada peluru menebusi tubuh badannya. Matanya terkaku melihat satu tubuh asing berdiri di hadapannya.

"Kau?" soal Zayn. Tubuh itu jatuh ke bawah. Nayla terkaku.

Kenapa? Kenapa lelaki ini menyelamatkannya?

Bang!

Bang!

Bang!

Tiga peluru menebusi badan lelaki itu. Tubuh tadi yang bernyawa kini tidak. Darah terpercik di mukanya.

"Itu akibatnya ganggu rancangan aku," ujarnya. Nayla sudah kaku tahap kriminal. Melihat seseorang ditembak, darah di badannya dan orang itu meninggal dunia kerana dia...

"Zayn! Kau memang gila! Psycho! Kau sepatutnya tak perlu hidup atas muka bumi ni! Kenapa kau bunuh dia? Kau sepatutnya bunuh aku jelah!" jerit Nayla. Rasa bersalah muncul di hatinya. Segala cacian di bagi pada Zayn.

Pang!

Satu tamparan melekat di pipinya. Zayn mendekatkan wajahnya pada muka Nayla. Darah yang terkena pada wajah itu di lap menggunakan tangannya.

Usap yang tadinya lembut berubah kasar. Rambut Nayla di tarik ke belakang. Kepala Nayla mendongak.

"Kau diam! Benda ni takkan jadi kalau kau tak kahwin dengan jantan tu!" jerkah Zayn. Nayla menahan kesakitan.

"Kau penakut Zayn ... Penakut! Berlindung di sebalik batu! Pengecut! Pura-pura! Kau tu sebenarnya lemah!" balas Nayla. Zayn semakin menarik rambutnya ke belakang.

"Kau lepaskan dia!" satu suara yang tidak asing menyerbu bilik itu. Cengkaman di rambut tadi perlahan dileraikan. Semua anak buah Zayn menghalakan senjata api pada orang tersebut.

Zayn perlahan-lahan memusing ke belakang. Ternganga mulutnya apabila melihat seorang jejaka yang tidak asing iaitu Naufal Afkar. 

"Abang ...." panggil lembut Nayla. Saat itu air matanya bertakung. Naufal melihat wajah Nayla dengan dingin. Namun,dalam hatinya ... Tuhan sahaja yang tahu bertapa takut dan rindunya dia pada isterinya.

"Jangan sentuh bini aku," ujar Naufal. Pistol dihalakan pada Zayn. Langsung tiada perasaan gemang. Mata memerhatikan keadaan Nayla.

"Wow! Awal betul kau jumpa dengan bini kau ya," bunyi tepukan dari Zayn memenuhi bilik itu. Semua memandangnya dengan bingung. Nayla masih berusaha melepaskan tangannya.

"Love ada luka ke?" soal Naufal dari jauh. Nayla mengangguk. 

Bang!

Satu peluru yang entah dari mana menebusi tubuh seorang lelaki yang menghalakan pistolnya. Semua orang  sudah menggelabah. Dalam keadaan yang hanya di temani empat sahaja lampu cemprong susah untuk menyakinkan di mana keberadaan musuh.

"Woi! It's not fair to play hide-and-seek!" jerit Zayn. Naufal senyum sumbing. Adil tak adil ... kau dah curi hak milik aku.

Zayn pandang semula Naufal. Terkejut mukanya tidak dapat dikawal. Apabila melihat semua anak buahnya tumbang dan mungkin ada yang tidak bernyawa.

"How?" 

"Bila kau ada otak, semua berjalan dengan lancar," ujar Naufal sebelum menghayunkan satu tumbukan pada pipi kiri Zayn. Akibat serangan yang tiba-tiba itu membuatkan tubuh Zayn melayang ke tepi. Darah merah mengalir pada hujung bibir.

Nayla sudah ternganga melihat aksi itu. Apalagi Naufal melayangkan tumbukan pada bahagian kanan. Zayn terundur ke belakang.

"Sakitlah sial!" carut Zayn. Naufal senyum misterius dengan mata sepet dan bibir yang terbuka sedikit. Dengan sekelip mata, kaki kanannya melekat pada perut Zayn. Terbatuk-batuk Zayn.

Kaki di bawa ke arah Nayla. Jaket hitam di tanggalkan dari badan lalu di sarungkan pada kepala Nayla untuk menutupi rambutnya. Tangannya membuka ikatan pada pergelangan tangan Nayla.

"Abang!" terus sahaja Nayla memeluk leher Naufal. Naufal membalas pelukan itu. Air mata yang bertakung dari tadi akhirnya gugur di dalam pelukan suaminya.

"Kenapa lambat?" soal Nayla dengan teresak-esak. Naufal mengusap belakang Nayla. Membiarkan tangisan itu reda.

"Maaf sebab abang datang lambat," balas Naufal sebelum makin kuat tangisan Nayla. Mereka berdiri untuk beredar. Tiba-tiba ada satu parang di hadapan mereka.

"Sweetnya korang ni. Aku yang tengok ni pun jealous," ujar Zayn. Dia jalan mendekati Naufal dan Nayla. Nayla memeluk Naufal dengan erat. Wajah Zayn langsung tidak pandang. Takut.

Naufal melawan pandangan mata Zayn. Zayn menelan air liur. Tipulah kalau dia tidak takut dengan panahan mata tu.

Tapi dia harus kelihatan berani supaya mendapat Nayla.

"Kau fikir ... aku akan lepaskan kau dekat Nayla? Susah payah aku rancang benda ni. Kau pula nak ambik dia," lontar Zayn. Bibir mengukir senyuman smirk! Naufal membisikkan sesuatu pada telinga Nayla. Membuatkan Nayla ke tepi.

"Dan kau fikir aku nak lepaskan isteri aku dekat kau?" bidas Naufal. Dia melangkah mendekati Zayn. Parang yang dihalakan pada dia di tepis.

Naufal melayangkan sikunya pada muka Zayn. Hidungnya mengeluarkan darah. Naufal ketawa kecil.

"Psycho," bisik Zayn perlahan. Dia fikir itu tidak dengar oleh Naufal. Namun, sangkaannya salah. Pendengaran Naufal itu tajam.

"Aku bukan apa Naufal ... Cuma nak cakap sikit jelah..."ujar Zayn terhenti seketika. Matanya memandang Nayla yang sedang dalam ketakutan. Kemudian, dia melawan panahan anak mata Naufal.

"Jangan percaya dengan bini kau tu. Kalau kau nak tahu, bini kau tu tak cintakan kau pun. Dia cuma nak balas dendam atas perbuatan kau yang reject dia mentah-mentah," sambung Zayn. Membulat mata Nayla mendengar itu. Langkah di bawa ke arah Naufal.

"Tak, abang jangan percaya dengan percakapan dia," pintas Nayla. Naufal terdiam. Dia tidak tahu sama ada ingin percaya atau tidak.

"Dia bagi tahu aku dulu tujuan sebenar dia nak kahwin dengan kau," pintas Zayn. Nayla menjengil matanya pada Zayn.

"Kau jangan nak tuduh aku Zayn!"

"Tuduh? Aku ada bukti yang kau cakap macam tu dekat aku,"

"Kau!"

"Aku tak kisah kalau dia tak cintakan aku. Yang penting, kau jangan sakitkan dia," ujar Naufal dengan nada yang tahan amarah. Di dalam hatinya, sudah terselit rasa percaya dengan kata Zayn.

Air matanya bertakung. Tidak, itu tak betul.

"Abang, tolong lah percaya. Semua itu tak betul," yakin Nayla. Dia melihat wajah Naufal. Dia tahu, Naufal sudah sedikit mulai percaya.

"Eh perempuan! Kau diam lah! Kau jangan nak menafikan benda yang betul!" tengking Zayn. Nayla pandang Zayn. Air matanya setitis mengalir.

Tiba-tiba ada satu sepakan mendarat di bahagian pipinya. Nayla terkejut melihat aksi itu. Wajah dipalingkan menghadap Naufal. Tubuhnya di peluk oleh Naufal.

Zayn bangkit dari duduknya. Pisau yang berdekatan di ambil sebelum menuju ke arah mereka berdua. Naufal yang melihat, menukar tempat dengan Nayla.

Srap!

Bersambung.

My Love©Where stories live. Discover now