38

168 6 1
                                    

Srap!

"Abang!" serta merta tubuh sasa itu melorot jatuh ke bawah. Tangannya menepuk pipi Naufal. Ketika itu, kedengaran bunyi siren polis dan ambulans. Air mata semakin deras mengalir.

"Abang, tolong bertahan. Sekejap je abang,"rayu Nayla. Hatinya tidak tenang melihat keadaan Naufal. Tangan yang di belakang badan Naufal di lihat. Darah pekat ....

"Abang nak minta maaf. Kalau abang ada buat sesuatu yang membuatkan love ... benci dekat abang," ujar Naufal. Nayla menggeleng mendengar itu.

"Abang tak salah apa-apa dengan love. Love yang salah! Love yang salah abang. Jadi tolong bertahan," rintih Nayla. Zayn melihat aksi itu dengan senyuman puas. Nayla melihat Zayn.

"Kau memang bangsat! Tak guna!" maki Nayla. Zayn hanya diam. Matanya mencari tempat untuk keluar dari situ.

Nayla melihat sekeliling. Ya Allah, dia sangat berdosa.

.

.

.

Tiga jam kemudian,

Nayla melihat pintu yang Naufal masuki sejak dua jam tadi. Hatinya tidak tenang. Kedengaran bunyi tapak kaki berlari ke arahnya.

Kepala di palingkan ke arah itu. Dato Nariq, Datin Aishah, Ameer, Dato Farez dan Datin Nurul baru sahaja tiba di situ. Tubuh Datin Aishah terus sahaja di bawa masuk ke dalam dakapan.

Tangisan di buang. Air mata tidak berhenti mengalir. Datin Aishah mengusap kepala anak tirinya.

"Ummi! Naufal cedera sebab Nay ...." rintih Nayla. Pelukan di lepaskan. Wajah ibu bapa Naufal di pandang dengan pandangan sebak.

Kedua lututnya mencecah lantai. Datin Nurul panik melihat aksi menantunya. Tangisan semakin kuat.

"Semua salah Nayla ... Kalau Nayla percaya cakap Naufal. Semua ni takkan jadi," ujar Nayla. Tangan menepuk dadanya sendiri. Lantas mereka berdua memeluk tubuh itu.

Air mata mereka juga mengalir. Mengalir kerana keadaan anaknya dan mengalir kerana menantunya menyalahkan diri. Kepala Nayla di usap.

Tiba-tiba tangisan itu terdiam. Wajah Nayla di lihat. Melihat mata yang sembap itu tertutup rapat membuatkan mereka semua gelabah.

"Nurse!"

.

.

.

"Nayla!" suara itu semakin sayup. Badannya rasa seperti digoncangkan. Nayla perlahan-lahan membuka matanya. Tangan menutup pandangan apabila cahaya lampu menyilaukan matanya.

"Ha kan dah sedar," ujar Ameer. Nayla mendengar seperti bunyi tepukan. Ia pasti itu tangan Dato Nariq melekat di belakang badan Ammer. Rupanya ia mimpi.

"Aku dekat mana?"

"Kau dekat hospital lah ngok! Takkan dekat tujuh kaki ke bawah pula," balas Ameer. Sekali lagi bunyi tepukan itu ada. Kesian Ameer.

Keadaan sekeliling di lihat.Tubuh itu perlahan-lahan bangun dari baring. Kepalanya terasa berpusing. Ada keluarganya dan keluarga Naufal.

"Mana Naufal?" soal Nayla. Semua di situ terkaku. Dato Nariq melangkah mendekati anaknya.

"Nayla nak air?"

"Mana Naufal? Mana suami Nayla?" soalan di balas dengan soalan. Makin terkaku dengan soalan Nayla. Nayla melihat reaksi mereka.

Membuatkan dia masih bingung. Tidak mengerti. Dia hanya tanya dimana suaminya! Kenapa susah sangat nak jawab?

"Keadaan dia macam mana?" soal Nayla. Ameer mendekati Nayla. Wajah semua orang di situ di pandang.

"Macam mana dengan Naufal?" soal Nayla. Mereka semua terdiam. Membuatkan hatinya berdebar.

"Dia ... adalah dalam bilik air tu ha. Tengah berak ke apa tak tahu lah," seloroh Ameer. Sekian dari ke tiga kalinya, tangan Dato Nariq melekat di belakang badan.

Nafas lega di lepaskan. Dalam hati mengucap Syukur terhadap illahi. Pintu bilik air di kuak dari dalam. Menarik perhatian semua orang.

Naufal sedang keluar dengan tangan kanan menyentuh bahagian belakang badan. Apabila sudah keluar, dia mengangkat kepala. Terkejutnya dia apabila Nayla tiba-tiba menangis.

"Ha sudah!" ujar Ameer. Tangan sudah memegang kepala melihat kakak tirinya. Memang perempuan mengandung macam ni ke?

Naufal terus ke arah Nayla. Tubuhnya terus di peluk oleh Nayla. Naufal membalas pelukan itu.

"Siapa buat Love?" soal Naufal. Wajah Nayla di pandang. Ameer yang menjadi penonton setia di situ sudah menjuih mulut ke hadapan.

"Kau lah yang buat,"balas Ameer. Tiba-tiba tangan Nayla angkat lalu di tunjukkan pada Ameer. Semua di situ sudah tahan ketawa melihat wajah Ameer yang bengang.

"Aku? Kau jangan nak menuduh eh!" ujar Ameer. Naufal mendekati Ameer lalu menepuk bahunya. Akhirnya, ketawa yang di tahan tadi terlepas.

"Ummi! Tengok tu ha! Dia kata Meer buat dia menangis!" adu Ameer. Kaki di hentak-hentak. Semua ketawa melihat tingkahnya itu.

"Dah shh jangan menangis."

.

.

.

Beberapa hari kemudian,

Nayla berjalan sambil tangan memegang pinggang. Berbadan dua ini membuatkan dia cepat rengsa. Maka dia memilih untuk berehat di bangku kosong.

Perutnya yang sudah besar itu di usap. Bibir tidak henti mengukir senyuman manis. Kemudian, Nayla bangkit semula untuk melanjutkan perjalanannya.

Pintu bilik wad dibuka. Matanya mencari katil Naufal. Dari pintu dia sudah nampak kelibat Naufal yang sedang melipat baju. Kaki dibawa menuju ke arah Naufal dengan cepat.

"Banyak ke barang abang nak bawak ni?" soal Nayla. Naufal mengalihkan pandangannya ke arah suara itu. Badannya yang tegap itu membuatkan Nayla terkaku.

Dengan baju kemeja warna birutiga butang baju atas dibiarkan terbuka, seluar berwarna hitam dan wajahnya yang tampan itu. Doktor pun boleh tergoda. Ish tak boleh jadi ni!

"Tak banyak sangat ... satu beg je," balas Naufal sambil menoleh pada beg yang berisi pakaiannya. Nayla juga turut menoleh sedikit. Hmm ni betul-betul sikit.

"Nak Love tolong angkat barang ke?" pelawa Nayla. Dia berjalan mendekati beg galas. Baru sahaja tangan ingin mencapai, Naufal terlebih dahulu menghalang.

"Tak payah. Love tu tengah mengandung. Tak boleh bawa barang berat-berat," halang Naufal. Dia cuba jauhkan beg tu dari Nayla. Nampak je badan dua, tapi sekali dapat beg tu... Jangan harap dapat halang dia lagi.

"Abang pun sama. Abang tu baru sahaja sembuh dari luka tikam. Nanti angkat berat... Lukanya terbuka balik," halang Nayla. Dia mendengus kasar. Cakap orang tak boleh, dia pun sama tak boleh.

"Tapi abang tak melibatkan nyawa kalau bawa... Just stay lama dekat hospital," balas Naufal. Dia memegang lembut kedua bahu Nayla. Matanya pandang lembut ke arah mata Nayla.

"Jadi masa Love nanti bersalin abang tak nak ada sebelah Love?" soal Nayla. Terkaku sebentar Naufal.

"Mestilah nak," balas Naufal. Suami siapa sahaja tak nak berada di sebelah isteri semasa bersalin? Kalau tak nak tu bukan suami namanya.

"So biar Love yang bawa,"

"Aara Nayla... Listen here, biar abang yang bawa. Okay?" Soal Naufal. Matanya pandang lembut. Cair lah.

"Okay, dah jom gerak. Kesian mama tunggu lama dekat rumah,"ajak Nayla. Tangannya memimpin tangan Naufal. Sempat Naufal mencapai beg dan membawa pergi.

"Jom."

Bersambung.

My Love©Where stories live. Discover now