Nayla berjalan dengan catwalk. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Kertas di sebelah di ambil.
Beberapa orang datang kepadanya untuk solek muka Nayla. Seorang lelaki datang kepadanya lalu menjelaskan tentang sesuatu. Nayla mendengar dengan teliti.
"Err, scene ni tak boleh ke tukar? Sebab macam bahaya sikit." kata Nayla. Kertas itu ditayangkan. Scene tu menunjukkan bahawa dia perlu berdua-duaan dengan seorang pelakon lelaki. Ada juga perbuatan yang agak bahaya.
"Nanti saya akan tanya kepada yang tulis skrip ni." balas lelaki itu. Nayla menjatuhkan kepala tanda faham. Lelaki itu pergi mendekati pelakon yang lain.
Nayla merengus. Telefon bimbit di ambil. Di buka Instagram lalu skrol.
Ting!
Jari menyentuh skrin telefon bimbit itu. Mesej itu membuatnya terkedu. Dimana ada gambar dia sedang disolekkan. Nayla pusing belakang. Ada beberapa pelakon yang sedang di solekan dan beberapa pekerja sahaja.
Tangannya menggigil. Namun, ditenangkan jua apabila artis solek menegur. Senyuman di lemparkan.
Setelah itu, Nayla terus menyuruh mereka pergi. Telefon bimbit diletakkan di atas meja. Kertas itu di ambil semula dan mula menghafal.
.
.
.
Naufal memandang satu butik di hadapanya. Aneeta di sebelah sudah besar mata pandang seluruh baju. Naufal menggeleng.
"Kau pilihkan untuk bakal kakak ipar kau dan kau." kata Naufal lalu duduk. Aneeta terus pergi ke arah dress.
"Oh ya, untuk bakal kakak ipar kau tu pilih yang tertutup." pesan Naufal. Buatnya dia pilih yang terbuka. Uish, nahas aku.
Aneeta menjatuhkan kepala. Lalu di pandang lagi ke arah pakaian yang tersusun cantik. Rambang matanya.
Naufal hanya fokus ke arah telefon bimbitnya. Gambar seorang gadis yang menarik perhatiannya. Nampaknya gadis ini senyum pada gambar.
Dia akan memastikan bahawa senyuman itu kekal di bibir gadis itu.
.
.
.
Nayla melemparkan tubuhnya ke arah sofa. Lega. Penatnya sudah hilang. Nasib pengambaran itu berakhir cepat.
Kalau tak, tak tahu la tubuhnya macam mana lagi. Malam nanti kena keluar dengan Naufal. Penatnya!
"Woi kak! Ni ada orang hantar barang." kata Ameer di luar bilik. Dengab langkah longlai, Nayla keluar dari bilik. Wajah sudah berkerut.
"Sejak bila pula aku oder barang." kata Nayla. Barang itu di ambil. Ameer mengangkat bahu. Tanda dia tidak tahu. Nayla menutup pintu bilik. Barang itu diletakkan di atas katil.
Kotak besar itu dibuka. Bersinar matanya melihat satu pakaian yang sangat cantik. Berserta tudung shawl.
Ada kertas bertulisan.
Nanti malam kau pakai baju ni tau! Jangan risau ini Aneeta yang pilih. Jangan risau juga, sebab aku dah pesan dekat dia yang pilih baju tertutup.
Daripada : Naufal encem.
Tergelak kecil Nayla membaca mesej itu. Comel. Baju itu di keluarkan. Kaftan berwarna maroon.
Cantik. Sangat cantik. Pandai Aneeta pilih.
.
.
YOU ARE READING
My Love©
عاطفيةON GOING 2023 [tak minta banyak hanya vote dan comment] Naufal Afkar, seorang jejaka yang menyeramkan. Dingin. Matanya bagaikan pisau belati sama dengan mulut nya. "Kau ni pakai baju tak cukup kain ni sebab salah hantar kedai jahit ke apa?" - Naufal...