BAB 2

4.6K 191 1
                                    

NATASHYA mengeluh perlahan. Kertas latihan yang setebal kamus dewan tu perlu diambil olehnya sendiri di meja pensyarah.

"Harap je ada class rep, tapi tak function langsung. Aku juga kena pergi" Natashya merungut sendirian.

"Berat tau tak" keluh Natashya lagi. Mana boleh kudrat wanita kecil seperti dia nak tampung berat kotak yang berisi kertas latihan untuk kelasnya.

Sudahlah kelasnya ramai.

Natashya memandang hadapan, terasa kelasnya jauh nun di sana. Setiap langkah kakinya memang mulut tak berhenti merungut. Sampailah rungutannya terhenti saat kotak di tangan terlepas daripada pegangannya.

"Mati aku..." Natashya mengumam saat kertas-kertas itu berterabur di kaki lima.

"Sorry..sorry saya tak nampak awak tadi" suara garau itu meminta maaf dan menunduk samanya untuk mengutip kertas-kertas yang berteraburan itu.

Nampak seperti lelaki itu baru melakukan aktiviti sukan kerana bajunya yang masih basah dek peluh di badan. Tapi, tetap berbau wangi di hidung Natashya.

"Eh takpe, takpe"

"Awak nak bawa ke mana kertas-kertas ni?"

Bagaikan dipanah petir, Natashya terus kaku melihatkan gerangan yang melanggarnya tadi. Sudah seperti dirinya dilanggar bidadara syurga. Indah betul ciptaan Tuhan.

"Awak?" Tegur lelaki itu lagi.
"Nak...nak bawa pergi ke kelas" laju Natashya menjawab.

Lelaki itu memandang sekilas jam tangan pintar dipergelangannya.

"Kelas dekat mana?"

"Aras dua bangunan ni" Natashya memasukkan semula kertas-kertas yang dipungut ke dalam kotak semula.

"Saya tolong awak bawa ke sana" lelaki itu sudah mengangkat kotak itu dengan mudah.
"Eh..saya boleh angkat sendiri" Natashya menggelengkan kepalanya.

"It's okay, show me your class" lelaki itu tersenyum manis memandangnya. Jelas lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.

"Terima kasih" Natashya membalas senyumannya. Lebar.

Tidak tahu pula ada bidadara di UNITAR ini.

- - -

"Seriouslah weyh? Asal kau pergi dulu dohh. Macam ni kawan, kan?" Rajuk Natashya apabila rakan sebiliknya, Aina meninggalkan dirinya terlebih dahulu.

Sudahlah hari semakin gelap, kehadiran perlu dicatat untuk malam kebudayaan itu. Bukan apa, ini demi pointer sahaja.

Masalahnya Natashya berseorangan ke dewan daripada blok asramanya. Mulalah teringat cerita-cerita seram asrama yang didengari dari mulut ke mulut.

"Baik-baik Nat, jangan ada peneman je nanti" gelak sakan Aina dibuatnya. Mentang-mentanglah pergi tadi dengan buah hati, ada ke patut tinggalkan kawan terkontang-kanting seorang diri. Dasar.

"Diamlah kau. Aku nak gerak sekarang lah ni. Lagi lama tunggu, lagi lewat aku sampai sana" Natashya terus mematikan panggilan telefonnya. Tak membantu langsung rakannya itu.

"Eh...lebih baik pergi lepas Maghrib. Pergi waktu senja macam ni, lagilah banyak yang merayau" kata Natashya bersendirian.

Waktu Maghrib pun berlalu, Natashya segera keluar daripada bilik asrama selepas menunaikan solat Maghrib ketika terdengar seperti riuh rendah di luar. Mungkin ramai lagi yang baru nak pergi ke dewan.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now