BAB 67

2.1K 110 15
                                    

      Pejam celik, pejam celik sudah seminggu Natashya meninggalkan rumah mereka. Disebabkan itu juga Farel lebih kerap tinggal di rumah agam milik Tan Sri Faahad dan Puan Sri Raissa bersama si kembar.

Walaupun telinga Farel sentiasa mendengar bebelan ibu bapanya, tetapi dia tetap berkeras hati tidak mahu memanggil Natashya pulang ke pangkuannya. Sepasang telinga Farel bagai sudah dikonkrit kukuh daripada menembusi bebelan orang tuanya.

Setiap pesanan ringkas yang dihantar oleh Natashya tidak dibalas sama sekali. Sengaja Farel berkelakuan seperti itu. Segala panggilan dan juga pesanan ringkas daripada Eijaz mahupun Qays turut diabaikan. Bagi Farel, mereka semua bersubahat dalam menyembunyikan hal mengenai kemalangan yang melibatkan dirinya dan juga arwah isteri Farel.

Farel bersandar pada sofa empuk di ruang tamu keluarganya. Telinga Farel ditutupi oleh fon telinga, suara pelajar ketika membentangi kerja kursus sahaja yang didengarinya.

Sambil itu Farel menanda kertas bagi tugasan mereka. Cermin mata ditolak ke atas batang hidung mancungnya. Kadang kala, dahi Farel berkerut ketika ingin memahami apa yang disampaikan oleh grup pelajar itu.

Nada dering telefon pintarnya tiba-tiba berbunyi di sebelah komputer riba tersebut. Telefon Farel bergetar meminta untuk dijawab. Farel hanya memandang sekilas sahaja kerana tahu akan gerangan yang menelefonnya.

Telefon pintar itu dibiarkan senyap sendiri.

"Angkatlah phone tu, angah." Puan Sri Raissa menegur anak lelakinya itu.
"Busy."

"Papa...bisinglah, nak tengok tv pun tak senang." giliran Falique pula mendengus geram. Sejak daripada Natashya melangkah keluar daripada rumah, Falique sedikit pun tidak mendekati Farel. Malah, selalu menjawab atau bergaduh mulut dengan papanya. Berlainan pula dengan Falisha yang lebih mendiamkan diri.

"Nanti dia diamlah sendiri." Farel memutarkan bebola matanya.

Deringan untuk kali ketiga membuatkan Falique mendekati sofa yang diduduki oleh Farel. Belum sempat Falique mengambil telefon pintar itu, Farel terlebih dahulu mencapainya, malangnya Farel tertekan ikon hijau pada skrin itu.

"Assalamualaikum, abang?" suara Natashya kedengaran pada telefon itu. Farel menarik nafasnya dalam.

"Siapa tu, papa?" soal Falique.

"Falique pergilah tengok tv tu." arah Farel pula. Falique malas mahu berbalah dan duduk bersila semula di tempatnya tadi.

"Assalamualaikum, abang dengar tak?"

"Waalaikumusalam, kau nak apa ni?" kasar sahaja nada Farel ketika itu.

"Ermm...abang busy ke? Sorry kalau saya mengganggu..." perlahan nada suara Natashya selepas dijerkah oleh Farel.
"Dah tahu menganggu aku, sibuk call lagi buat apa?"

"Anak-anak sihat? Abang sihat?"

"Sihat. Terlebih sihat bila kau tak ada."

"Cubalah mulut tu cakap baik-baik. Mummy cili mulut angah tu nanti." Puan Sri Raissa menggelengkan kepalanya. Tahu sangat gerangan yang menelefon Farel itu, mestilah Natashya.

"Saya rindukan abang dengan anak-anak dekat sini."

"Dah habis cakap? Aku sibuk ni."

"Abang, kejap....kejap...saya sebenarnya.."

"Sebenarnya apa?" dengus Farel dengan kasar.
"Sebenarnya saya..teringin nak makan masakan abang. Rindu."

"Saya nak makan soto ayam, boleh tak? Abang ada masa untuk masak tak? Saya tanya je tau." sambung Natashya lagi apabila Farel hanya membisu seribu bahasa.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now