BAB 5

3.7K 168 4
                                    

"Isha dengan Falique masuk dulu tau" Natashya mengusap kepala mereka berdua dan dengan mudahnya, si kembar yang mendengar kata itu berjalan masuk ke dalam tadika.

"Ya, Encik Farel? Ada apa-apa pesanan untuk Falique dengan Isha ke?" Natashya menghampiri Farel yang masih setia berdiri di sebelah keretanya.

Farel menggelengkan kepala dan meraup wajahnya perlahan. Bayangan arwah isterinya pada Natashya ketika mengusap kepala dan mencuit hidung anak-anaknya segera dihilangkan.

"Sorry....I...I was daydreaming but.. are we supposed to know each other? Do you know me?" Soal Farel kepada cikgu anak kembarnya. Natashya mengukirkan senyumannya.

"I went to UNITAR"

"Oh, so you know me"

Natashya mengangguk perlahan. Pandangan Farel padanya terlihat kosong dan berbeza ketika mereka bertemu di UNITAR dahulu. Pasti hidupnya tiada lagi 'seri' sejak kematian mama si kembar.

Tidak pernah sekalipun Natashya lupa akan mata Farel yang bersinar bersama senyuman yang boleh menambat hati setiap wanita yang melihatnya. Kini, lelaki yang berada di hadapannya tampak berbeza.

"Saya cuma nak ingatkan dekat cikgu, jangan terlalu baik dengan anak-anak saya. Nanti, saya sendiri yang susah kalau ditakdirkan suatu hari nanti cikgu berhenti kerja atau cikgu pindah ke tempat lain, anak-anak saya yang meragam pada saya" ujar Farel. Sikap anak kembarnya itu, kalau sudah menyukai atau selesa bersama seseorang, memang orang itu sahaja yang akan dicari.

"Cukuplah cikgu sekadar menjadi cikgu mereka sahaja" Farel memandang Natashya, senyuman wanita dihadapannya itu masih setia menguntum. Tetapi, sedikit sebanyak menyedapkan hatinya dan tahu bahawa cikgu kepada anak kembarnya itu tidak terasa hati dengan kata-kata yang dilontarkan.

"Maaf jika nampak saya seperti terlebih melayani Isha dengan Falique tapi, saya layan anak-anak dekat sini semua sama rata. Apa yang saya beri pada anak-anak encik, itulah juga yang saya beri pada anak-anak yang lain" tenang Natashya menjawab kerana memang itu sebenarnya. Cuma, Falique dan Falisha sahaja yang terlebih manja kepadanya, bukan seperti kanak-kanak lain yang jarang bermanja.

"Anak kecil macam tu, perlu tahu batas seorang guru dan pelajar. Saya risau anak-anak saya terlalu selesa sehingga menganggap cikgu merupakan figura seorang ibu pada mereka"

"Saya faham, tapi..."

"No buts. Tugas cikgu, untuk mendidik anak-anak saya sahaja. Other than that, leave it to me. That's my responsibility. As long as they're being respectful to you, that's enough" pandangan Farel pada Natashya semakin serius. Itu bermakna, dia memaksudkannya.

"Saya akan lebih berhati-hati dengan keprihatinan saya pada Isha dan Falique. Saya minta maaf" Natashya menunduk sedikit.

"Oh yaa, satu hal lagi saya nak pesan pada cikgu, jangan pernah cuba untuk menggantikan tempat mama diaorang dalam hati anak-anak saya. I don't care how much sympathy you have towards my kids. Just don't"

"Baik...saya faham" kali ini senyuman Natashya mula mengendur. Terasakah dia dengan kata-kata Farel itu?

Farel hanya mengumam dan segera beredar ke pintu kereta sebelah pemandu. Laju sahaja kereta miliknya meluncur membelah jalan raya. Natashya mengeluh perlahan.

"Wahh seronoklah kau, dapat borak dengan papa kembar tu"

Natashya menoleh ke belakang apabila Cikgu Suraya menghampiri.

"Apa yang seronoknya? Pasal anak-anak dia je" Natashya berjalan ke rak kasut dan menyusun kasut-kasut pelajar di situ.

"Kau kena ingat Nat, yang kau bukan single pun. Ada boyfriend, tak payah nak menggatal dengan duda tu. Kau ingat aku tak nampak ke bukan main kau rapat dengan si kembar tu" Cikgu Suraya mencebik tidak berpuas hati.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now