BAB 3

4.2K 168 5
                                    

"MEMANG kau menghadap balang biskut tu je hari-hari kan? Aku minta sikit, tak nak bagi"

Natashya menoleh kepada teman serumahnya, Aina Miftah. Ya, inilah Aina yang sama meninggalkannya ketika malam kebudayaan di UNITAR dulu.

Bukan main bercinta, tapi tertonggeng di tengah jalan juga.

Inilah rakan sejak di bangku sekolah, zaman universiti sehingga ke alam pekerjaan. Tidak pernah tak berdua. Kemana-mana sahaja pasti berdua.

"Ni pelajar aku bagi, mana boleh share" Natashya meletakkan balang biskut yang masih penuh itu di atas meja kopi di ruang tamu. Macam mana nak habis kalau satu hari 2 ketul sahaja boleh dimakan.

"Hajah Bakhil siot" Aina memuncung dan mengambil kunci keretanya. Maklumlah perempuan apabila tiba waktu cuti, memang mood memasak tu hilang ke laut. Sanggup bersiap-siap untuk makan malam di luar.

"Kunci pintu rumah weyh, aku hidupkan enjin kereta" pesan Aina dan berlalu keluar ke garaj rumah sewa mereka. Disebabkan Aina kalah dalam lat tali lat bersama Natashya, terpaksa dia memandu untuk mencari tempat makan yang sedap di area Kuala Lumpur ini.

Natashya turut masuk ke dalam kereta di sebelah tempat pemandu, solekan nipis dilihat buat kali terakhir.

"Makin berseri muka kau lately ni"

"Mana ada" Natashya mengerutkan dahinya apabila memandang Aina yang sudah memandu keluar daripada kawasan perumahan teres itu.

"Kau tengok muka sendiri hari-hari memang tak perasan. Tapi, aku perasan. Kenapa, babe? You have a good news to share?" Aina menyenggol lengan Natashya disebelahnya.

"Merepek siot kau. Sama je muka aku ni hah" Natashya memandang ke luar tingkap.
"Kalau Luthfi propose, bagilah tahuuuu. Biar aku bersedia untuk mencari housemate yang baru" ayat terakhir dikatakan dengan perlahan oleh Aina. Sedih gamaknya.

"Jangan risaulah, aku lama lagi nak duduk serumah dengan kau. Tak puas nak bebel dekat kau hari-hari" Natashya tertawa kecil.

"Bebel lah, bebelan kau tu umpama lullaby untuk aku" Aina mengangkat bahunya tidak bersalah.
"Nasib lah ibu aku kenal kau, kalau tak....aku dah cekik kau sampai mampos" Natashya membuat gerakan tangan seakan-akan mahu mencekik rakannya yang sedang memandu.

"Nanti keluar Mstar, seorang guru tadika mencekik rakan karib yang suka mendengar bebelan daripadanya sehingga mati" kata Aina.

"Siot, macam semua benda Mstar nak cover cerita" Natashya memutarkan bebola matanya bersama senyuman nipis.

"Semua cerita dia cover tau, kau cakap je dalam? Luar? Netizen cakap Mstar ni dekat padang mahsyar nombor satu paling depan"

Serentak mereka berdua gelak besar.

"Weyh weyh, makan Ayam Gepuk Top Global nak tak?" Aina tersenyum lebar apabila teringat akan restoran yang ingin dicuba itu.

"Aku tak makan pedaslah" Natashya memuncung sedepa.
"Disebabkan aku yang bawa kereta, kau ikut jelah eh" Aina tertawa kemenangan. Natashya tidak boleh kata apa. Ada benar juga kata rakannya itu.

"Hohoho" sudah seperti Santa Claus bunyinya apabila Aina dapat satu parkir kosong berhadapan dengan restoran itu. Mereka berdua melangkah keluar kereta, Aina memeluk lengan kanan Natashya ketika berjalan beriringan ke restoran Ayam Gepuk Top Global.

Pesanan segera dibuat sejurus mereka duduk di meja yang disediakan. Natashya memilih tahap kepedasan yang biasa sahaja, manakala Aina lebih teruja untuk memilih extra pedas walaupun itu kali pertama buatnya.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now