BAB 37

3.9K 132 2
                                    

Farel memandang Natashya ketika si isteri masih belum menjamu selera lagi. Malah dirinya ditenung oleh Natashya pula. Pakej senyuman manis daripada si isteri.

"Nat..." Farel memanggil Natashya. Tiada sahutan. Farel mendekatkan wajahnya di sebelah telinga Natashya yang ditutupi oleh tudung itu, kemudian sengaja ditiup telinga Natashya dengan kuat.

Natashya tersentak, hilang lamunannya.

"Encik Farel terkejutlah saya"
"Ye Cikgu Nat"

"Eh...sorry..Farel" Natashya tersengih tidak bersalah.
"Hobi kau memang mengelamun eh?" Soal Farel. Natashya memandang sekilas pada bibir Farel sebelum beralih pada matanya semula.

"Ha'ah" jawab Natashya selamba.
"Kalau nak, cakap" kata Farel menimbulkan persoalan pada Natashya.
"Nak apa?" Soal Natashya kembali.

Farel mengucup pipi Natashya bersaksikan Fathi bersama Yara yang duduk berhadapan pengantin baru itu.

Natashya terdiam kaku.

"Adik ipar nak ais? Merah sangat muka tu" gurauan Fathi menerjah ke gegendang telinga Natashya. Terus sahaja tangan Natashya naik ke dahi dan menghalang daripada Fathi terus melihat mukanya yang merona kemerahan.

"Kalau bagi lagi sekali, sejuklah tu. Tak merah dah" giliran Yara pula mengusik. Laju Natashya menggelengkan kepalanya.
"Makanlah dulu, nanti aku bagi" Farel turut mengusik isterinya.

Tanpa banyak soal, Natashya menjamu selera dengan segera. Farel disebelah tidak lagi ditenung olehnya. Seusai makan malam terlebih dahulu, Natashya memanggil Falique dan Falisha untuk diisi perut mereka. Begitu juga dengan Fahim dan Farhan yang sudah pun mengambil lauk mereka sendiri di bufet makanan. Fathi dan Yara kelihatan senang hati ketika anak kembar mereka sudah pandai berdikari.

Berbeza pula dengan Falique dan Falisha yang masih memerlukan bantuan orang yang lebih dewasa.

"Aina, tolong bungkuskan lauk untuk family Farel boleh?"

"Boleh. Aku pun memang nak bungkuskan untuk Eijaz dengan Qays" Aina mengangguk.

"Terima kasih" Natashya tersenyum lebar dan berdiri di belakang kerusi yang diduduki oleh Farel.

"Isha dengan Falique nak ikut paklong balik untuk malam ni, tak?" Soal Fathi secara tiba-tiba.
"Duduk hotel ke?" Soal Falisha.
"Kena tanya papa dengan umi dululah" Falique bersuara.

"Papa okay je" Farel menjungkitkan kedua-dua belah bahu.

"Umi?" Falisha memandang ke arah Natashya.
"Umi nak Isha dengan Falique duduk sini. Teman umi" ujar Natashya penuh dengan debaran.

"Angah kan boleh teman" Faqihah tersenyum kecil.
"Tak...bukan macam tu...nanti kesian mummy, Faqihah dengan Yara sebab nak uruskan diaorang pula. Kalau dekat sini, saya boleh siapkan diaorang sebelum majlis" laju Natashya memberikan alasan. Mana mungkin dia mahu berduaan dengan Farel sahaja. Risau suaminya itu mengambil kesempatan.

"Okaylah, saja je tanya" Fathi tersenyum melebar apabila mendengarkan jawapan Natashya itu.

"Eh lahabau! Oghang suh datang besok, yang kau datang nijam buat apeee. Kau tak gheti gheti nak tengok kad menjemput tu ke hawau! Dah tua-tua kubor panggil mari, baik balik ghumah, tido!" Encik Haedar lantang bersuara ketika melihatkan rakan-rakan daripada balai polis tempatnya bekerja dahulu datang pada malam itu. Encik Haedar merupakan seorang polis yang sudah pencen dan sebab itu dia sentiasa berada di rumah kalau tidak menolong Puan Elvina di restoran.

"Takde le! Kitaoghang balik daripada surau, nak le tengok ghumah kau ade buat ape malam ni. Bukan main terang benderang lagi le!" Kata salah seorang rakan Encik Haedar yang lengkap bersongkok dan berkain pelikat itu.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now