BAB 56

2.9K 108 3
                                    

      "UMI, Isha punya swimsuit dah ada ke dalam beg tu?" Falisha memegang tangan Natashya sambil menunjukkan bagasi kecil miliknya. Berderet-deret bagasi sudah pun disusun di muka pintu utama, menunggu Farel untuk menyusun di dalam but belakang kereta.

"Dah ada, Isha jangan risau. Umi daripada awal dah masukkan." Natashya mengangguk.

Falique turut membantu Farel menyusun bagasi di but belakang.
"Ada barang tinggal lagi tak, bintang hati?" soal Farel.
"Tak ada apa dah."
"Kalau tak ada apa, kita boleh gerak sekarang. Ibu, baba dengan Nayla dah sampai kan?" Farel membukakan pintu buat Natashya dan juga si kembar. Walaupun sudah berbulan tempoh perkahwinan mereka ini, boleh dikira dengan jari bila Natashya membuka pintu untuk diri sendiri. Layanan Farel padanya tidak pernah pudar, malah semakin baik.

"Diaorang dah sampai dulu, nak check in. Lagipun, Melaka dekat dengan PD."

Farel mengangguk dan berjalan masuk ke tempat pemandu. Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Port Dickson mengambil masa kira-kira sejam 30 minit untuk sampai di tempat penginapan mereka untuk hari keluarga yang diadakan oleh Puan Sri Raissa dan juga Tan Sri Faahad. Encik Haedar dan juga Puan Elvina dijemput menyertai mereka untuk berkenalan dengan lebih rapat.

Maklumlah, perkahwinan antara Farel dan Natashya sedikit terburu-buru, jadi tidak sempat untuk kedua-dua orang tua mengenali sesama sendiri dengan lebih rapat ketika itu. Pada awalnya, ibu bapa Yara turut dijemput, tetapi mereka ada urusan kerja di luar negara pada hari itu.

Aktiviti kekeluargaan ini memang biasa dibuat oleh keluarga Farel. Tetapi, sejak kehilangan Eshal, mereka tidak lagi membuat aktiviti seperti ini kerana keadaan Farel yang mungkin akan memberi kesan pada emosinya.

"Saya tak pernah ada hari keluarga macam ni tau." Natashya mengusap perlahan tangan Farel yang berada pada pehanya.
"Untunglah awak kahwin dengan abang. Keluarga abang ada buat family day setiap tahun." Farel tersenyum senang.
"Saya menumpang je pun."

"Cakap lagi sekali menumpang tu, abang suruh awak naik kereta Faqihah je." dengus Farel tidak senang. Kereta Faqihah yang mengekorinya daripada belakang ditunjuk oleh Farel. Konvoi keluarga.
"Alahai abang ni....saya bergurau jelah." Natashya memeluk lengan berotot Farel.

"Bergurau pun, biar tak menyakitkan hati abang ni."

"Hmm yelah, yelah. Sorry." Natashya mula memasamkan wajahnya.
"Macam mana dekat tadika? Kena ganggu lagi tak dengan mulut sampah tu?" soal Farel. Si isteri sudah pun pergi bekerja selepas beberapa hari cuti akibat alahan mengandung yang teruk.

"Tak baiklah cakap orang macam tu. Dia dah tak kerja situ dah. Cikgu Salma pun banyak kali minta maaf dekat saya." Natashya mengeluh. Rasa bersalah mula menebal.
"She does not deserve to be a teacher. Entah apa nanti yang diajar. Bahasa dia pun  kasar, abang tak suka."

"Tapi, kesianlah Su tu."

"Bintang hati, cubalah kali ni je...awak letak diri awak nombor satu. Whatever happens, priority yourself first and our babies. Kandungan tu yang awak patut kesiankan. Ada ke patut suka hati tampar isteri orang. Buatnya bintang hati jatuh, ada pendarahan? Nauzubillahi min zalik." Farel menggelengkan kepalanya.
"Betul kata papa tu, walaupun Isha dengan Falique ada dekat situ, tapi kitaorang tak sentiasa ada untuk jaga umi macam yang papa pesan. Apa-apa jadi, umi...umi kena jaga diri dengan adik-adik." Falique mengangguk perlahan.

"I'm a bit emotional right now." Natashya memandang Farel dan si kembar bersilih ganti. Senyuman lebar terukir di bibirnya. Falisha memeluk Natashya daripada belakang.

Perjalanan mereka dipenuhi dengan riang tawa dan juga nyanyian daripada si kembar ketika lagu kegemaran mereka berkumandang di radio. Natashya setia menemani Farel yang sedang memandu.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now