BAB 48

3.1K 115 1
                                    

      "BINTANG hati, abang ada hal sikit nak cakap dengan awak." Farel memandang ke arah Natashya yang duduk di meja solek itu.
"Hal apa, abang?" Natashya datang menghampirinya bersama satu paket face mask ditangan.

"Abang akan ada kursus esok dekat Pahang."

"Balik hari ke?" soal Natashya lagi. Punggung dilabuhkan di hadapan Farel.

"Dua hari kursus. Jumaat dan Sabtu. Tapi, abang balik hari Ahad. Sebab kursus tu habis malam." jawab Farel lagi.
"Lamanya." Natashya memuncung.
"Lama? Tiga hari je abang pergi kursus." Farel tertawa kecil.

"Lebih daripada satu hari, lama lah."

"Awak boleh ke duduk sorang dengan anak-anak je? Abang dah bagitahu mummy yang awak akan duduk rumah mummy, daddy masa abang tak ada."

"Tak menyusahkan mummy dengan daddy ke?" Natashya mengoyakkan paket face mask ditangannya.
"Mummy sounds excited to know you will be there with Isha and Falique for three days.  Ada kawan katanya." Farel tersenyum kecil.
"Betul?" tanya Natashya meminta kepastian.

"Betul, bintang hati."

"Ermm okay lah." Natashya mengangguk perlahan.

"Awak pergi sorang je ke esok? Abang drives?" sambung Natashya lagi.
"Taklah, abang pergi dengan lagi dua orang pensyarah lain. Esok pagi diaorang ambil abang dekat rumah."

"Eh jap..abang nak pergi esok, beg baju dah kemas ke belum?" mata Natashya terbuntang luas. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Anak-anak sudah dibuai mimpi, Natashya sahaja yang leka menonton drama Korea yang diulang banyak kali itu sambil ditemani oleh Farel tadi.

"Belum." selamba jawapan itu keluar daripada mulut Farel.

"Ya Allah abang.....bila nak kemasnya? Takkan esok pagi." Natashya meletakkan paket face mask yang dibuka ke atas katil. Mujur belum dilekapkan pada mukanya lagi.

Langkah Natashya segera menuju ke bilik pakaian mereka berdua. Farel hanya mengekori langkah Natashya itu.

"Abang nak saya bawa baju kerja ke?" soal Natashya sambil menggapai beg roda bersaiz kecil daripada tepi kabinet baju. Beg roda itu diletakkan di atas rak aksesori lutsinar milik Farel.

"Bawa sehelai je baju kerja dengan baju korporat tu. Yang selebihnya, baju t-shirt untuk pakai malam je." Farel memerhatikan gelagat Natashya yang menyediakan pakaiannya itu. Sempat juga isterinya menggosok baju kerja milik Farel dan digantungkan pada beg baju dobi. Jadi, suaminya tidak perlu menggosok lagi ketika berada di sana. Hanya perlu berehat sahaja setelah sampai.

"Abang...abang punya...adik-adik tu, abang ambil sendiri eh?" wajah Natashya memerah bak tomato ketika mengeluarkan suaranya. Pandangan isterinya setia melipat baju dan seluar tanpa menoleh ke arah Farel.

"Adik-adik?" Farel diam seketika sebelum ketawanya meletus kuat. Baru memahami 'adik-adik' yang dimaksudkan oleh Natashya itu.

"Seronok pula dia, saya suruh packing sendiri yang itu. Pandai-pandai abang lah." Natashya memuncung sedepa.

"Patutlah abang tunggu je bila awak nak pack 'adik-adik' tu. Yelah mana tahu awak ambil yang bukan favourite abang ke, kan?" Farel melangkah ke rak simpanan seluar dalamnya.

"Dah dah, saya tak nak dengar favourite ke tak favourite ke...yang penting abang pack sendiri." Natashya menggelengkan kepalanya.

"Nah bintang hati." Farel menghulurkan beberapa helai 'adik-adik' miliknya kepada Natashya.
"Eeii tak senonoh, masukkan sendiri." Natashya menoleh ke arah lain. Farel tertawa dengan usikannya yang menjadi itu. Wajah si isteri menjadi merah padam.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now