BAB 54

3.1K 114 1
                                    

"Terima kasih papa, bawa kitaorang jumpa mama. Nanti papa bawa lagi eh?" Falisha menggenggam tangan Farel menuju ke pintu utama rumah.

"Nak selalu jumpa mama ke?"

"Nak!"

"Nanti kita pergi lagi." Farel mengusap perlahan pipi Falisha. Natashya yang melihat akan keakraban Farel dan Falisha daripada belakang tersenyum manis.

"Umi...Falique nak cakap sikit boleh tak?" Falique menarik beg tangan Natashya.
"Boleh, pasal apa tu?" Natashya membetulkan rambut Falique.
"Isha bagitahu, umi yang ajak papa pergi jumpa mama. Terima kasih, umi. Kalau tak ada umi, mesti papa tak pernah nak bawa kitaorang jumpa mama." Falique memeluk pinggang Natashya.

"Papa nak je bawa Falique dengan Isha jumpa mama, tapi papa tak kuat. Papa risau Falique dengan Isha bertambah sedih bila nampak keadaan papa macam tu." terang Natashya pula.
"Tapi, sekurang-kurangnya bila papa jumpa mama, he's not alone." Falique mengeluh perlahan.
"Falique bagi papa masa, okay? Boleh kan, sayang? Lain kali, kalau papa tak bawa Falique dengan Isha jumpa mama, umi boleh bawa korang berdua. Umi janji." Natashya turut memeluk si kecil itu.

"Falique sayang mama dengan umi."

"Umi sayang Falique juga." Natashya mengucup sayang kepala Falique.

- - -

"Assalamualaikum warrahmatullah."

"Assalamualaikum, warrahmatullah." Farel memberi salam ke kanan dan kiri seusai solat Isya' berjemaah.

Tubuhnya dipalingkan menghadap ke makmum-makmumnya. Farel tersenyum manis apabila Falique dan Falisha menerpa ke arahnya. Tubuh si kembar di peluk erat dan Farel turut mengucup kepala anak-anaknya.

"Dah besar anak-anak papa ni. semoga jadi anak-anak yang soleh dan solehah untuk papa, umi dengan mama. Okay?"

"Okay, papa. Terima kasih sebab jadi papa kitaorang." ujar Falisha. Farel tertawa kecil, "terima kasih sebab dah jadi anak-anak papa."

"Anak-anak papa yang manja." Farel tertawa senang.

"Umi, sinilah." panggil Falique pada Natashya.

Natashya menghampiri Farel dan si kembar. Tangan Farel dikucup sayang, kemudian si suami menarik Natashya dan melabuhkan ciuman di kedua-dua belah pipinya.
"Cantiknya isteri abang sekarang ni, rasa macam nak simpan dalam poket." Farel tertawa kecil.
"Puji-puji ni, ada nak apa-apa ke?" Natashya mengusap kepala Farel dan mencuit hidung suaminya. Farel tersenyum lebar dengan tindakan Natashya kepadanya, sama seperti Eshal buat ketika Farel sedang marah. Tetapi, Natashya pula sebaliknya.

"Nak awak buat kek coklat, boleh?"

"Malam ni?"

Farel mengangguk laju.
"Patutlah puji saya macam-macam. Baiklah abang sayang, saya buatkan kek coklat ye." Natashya mengucup pipi Farel. Kek coklat perlu dibuat, kalau tidak memang Farel tak mahu makan yang lain.

"Isha nak juga."

"Kuota manis dah habislah Isha." Farel menggelengkan kepalanya.
"Alahhhh sikit je." Falisha merengek.

"Satu suap, lepas tu tak boleh lagi." tegas Farel berkata.
"Tak apa kuota manis tu dengan papa je. Umi tak ada kuota manis." Natashya mengusap pipi Falisha. Patutlah Farel selalu melebihkan Falisha bila si kembar bertelagah, wajah Falisha saling tak tumpah macam wajah arwah Eshal. Seperti Eshal masih 'hidup'.

"Awak jangan memandai sangat nak bagi Isha manis-manis. Rosak gigi tu nanti."

"Isha muda lagi, gigi Isha kuat. Lainlah papa, papa dah tu..."

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now