BAB 69

2.2K 121 11
                                    

Suasana di dalam bilik mesyuarat itu langsung tidak mengganggu Farel yang sedang asyik di dalam dunianya sendiri. Kepalanya ditunduk ke bawah meja, daripada tadi Farel menatap gambar Natashya, Falique serta Falisha di skrin telefon pintar miliknya.

Entah kenapa, walaupun perasaan marahnya masih berbekal di hati, Farel tetap setia menggunakan wallpaper gambar Natashya dan si kembar.

Kalau diikutkan hati, Farel tidak mahu memasuki bilik mesyuarat ini bersama pensyarah-pensyarah yang lain, tetapi disebabkan ia adalah wajib bagi semua pensyarah, Farel harus tetap akur.

Walhal, mesyuarat itu hanyalah untuk memberitahu mengenai cuti semester panjang yang akan berlangsung tidak lama lagi. Sekaligus, pihak atasan UPM membuat sedikit jamuan buat para pensyarah yang sudah berbakti di situ.

"Tak makan ke?" lengan Farel disenggol oleh Sir Zaidi.
"Aku tak ada selera lah." Farel menutup telefon pintarnya dan memandang ke arah Sir Zaidi di sebelahnya.
"Rugilah kau, ada makaroni. Sedap gila." Dr. Hidayat pula berkata, kiri kanan Farel diduduki oleh mereka berdua.

"Ada donut gula tak? Tiba-tiba teringin pula." Farel memandang mereka bersilih ganti.
"Donut ada tapi bersalut coklat." Sir Zaidi menggelengkan kepalanya.
"Tak naklah."
"Dia pula mengidam lebih, macam dia yang mengandung. Mulut dah muncung sampai pintu keluar." gurau Sir Zaidi pula. Terbahak-bahak tawa Dr. Hidayat ketika itu.

"Is..." Farel terdiam seketika.
"Isteri aku mengandung, aku terpalit sama lah." sambung Farel lagi.

"Bila due isteri kau tu?" Dr. Hidayat mula bertanya.
"Tak lama lagi." Farel mengusap rambut belakangnya.

"Dah tahu jantina ke?"

"Tak. Saja surprise." Farel tersenyum nipis. Memang betul dia dan Natashya bersepakat tidak ingin tahu mengenai jantina anak-anak yang dikandungkan oleh Natashya itu. Kata mereka sebelum ini, biarlah rezeki Allah yang tentukan. Sedang Farel berbual mengenai hal ragam pelajar-pelajar mereka bersama Sir Zaidi dan Dr. Hidayat, Farel dapat merasakan beberapa pasang mata pensyarah melihat ke arahnya.

Farel tiba-tiba menjadi perhatian para pensyarah di sana. Takkan lah sebab dirinya tidak mengambil apa-apa jamuan sudah dipandang sebegitu rupa.

"Ada apa-apa dekat muka aku ke?" Farel menyampuk perbualan Dr. Hidayat bersama Sir Zaidi.
"Ada. Kekacakan." balas Dr. Hidayat bersahaja. Farel menjeling tidak berpuas hati pada Dr. Hidayat.

"Kesian wife dia...tengah sarat kot. Aku yang pregnant sorang pun macam tak bernafas bila berjalan, inikan pula kembar."

"Tak patut dia halau keluar. Benda boleh bincang baik-baik."

"Kalau aku jadi isteri dia, dah lama minta cerai."

Berkerut dahi Farel mendengarkan perbualan para pensyarah di belakangnya.
'Pasal aku ke?' detik hati Farel.

Farel cuba memekakkan telinganya sahaja, mungkin mereka sedang berbual mengenai drama Melayu yang sedang ditayangkan sekarang. Hatinya cuba memujuk diri sendiri.

"Assalamualaikum Dr. Farel." tegur seorang pensyarah wanita. Sir Zaidi dan Dr. Hidayat sudah memandang sesama mereka.
"Waalaikumusalam." jawab Farel dan memandang ke arah Madam Syahirah. Kali ini, hatinya sudah tidak boleh dipujuk. Ini pasti ada sesuatu isu tentang dirinya.

Pandangan Farel memandang sekilas ke arah sekelilingnya. Ada lagi mata-mata yang memerhati, lebih-lebih lagi yang menegurnya itu adalah seorang kaunselor di UPM tersebut. Kaunselor yang sentiasa mengambil berat akan hal-hal para pensyarah. Bukan mahu menjaga tepi kain orang, tetapi hanya mengambil berat agar masalah rumah tangga tidak dibawa sehingga ke tempat kerja terutama sekali kepada para pelajar.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now