BAB 68

1.6K 86 12
                                    

     "Assalamualaikum, anak-anak papa. Dah tidur ke?" Farel memasuki pintu bilik si kembar. Falisha segera menutup wajah dengan bantalnya.

"Siapa nak tidur dengan papa malam ni? Boleh tengok tv sampai lewat malam dalam bilik papa." Farel cuba memenangi hati Falique dan Falisha semula.

"Esok kan school, papa. Mana boleh tidur lewat." Falique membuka lampu tidur di sebelah katilnya.
"Papa izinkan untuk malam ni."
"Tak nak lah." Falique menggelengkan kepalanya.

"Isha pula? Nak tak?" Farel menghampiri katil anak perempuannya. Kepala Falisha dikucup sayang.
"Isha mengantuklah, papa." Falisha mengumam pada bantal yang menutupi wajahnya itu.
"Papa rindulah anak manja papa ni, kalau tak nak tidur dengan papa, biar papa tidur sini je." Farel berbaring di ruang kosong sebelah Falisha. Tetapi, Falisha segera bangun dan berlari anak menuju ke katil Falique. Farel mengeluh berat.

"Selamat malam, Falique. Selamat malam Isha."

"Selamat malam, pa." balas Falique dan dia memberi ruang untuk Falisha berbaring di sebelahnya.

- - -

Haziq tersenyum kecil melihatkan beberapa gambar wanita yang dicintainya di dalam telefon pintarnya. Dia yakin, sedikit waktu lagi, dia akan memiliki wanita itu. Ibu jarinya mengusap perlahan skrin telefon pintar tersebut.

"Awak, mesti awak tengah bersedihkan sekarang ni? Maafkan saya sebab buat semua ni. Saya cuma nak awak tahu perangai sebenar Farel je. Lagipun, sampai bila awak nak menipu kan? Lambat laun, awak tahu juga yang empat tahun lepas awak dah langgar kereta Farel."

"Tapiiii, at least saya ada tau. Saya boleh temankan awak, cintakan awak sepenuh hati saya. Tak kiralah kalau Farel nak kata awak pembunuh ke pembawa sial ke, saya tetap sayangkan awak sepenuh hati saya."

Haziq berkata sendirian, tidak menghiraukan beberapa pelajar dan pensyarah yang ada di kafeteria tersebut.

"Saya ni, boleh jadi lagi baik daripada Farel. Kesian awak, dah penat berjuang untuk orang-orang yang awak sayang. Mula-mula Luthfi, lepas tu Farel pula. Irsyad pun dah tinggalkan awak, dia berkorban untuk selamatkan awak. Tapi malang, dia turut terkorban." Haziq mencebik kesedihan. Kemudian, dia tersenyum kembali.

"Nanti bila kita dah bersama, saya bawa awak jauh daripada orang-orang yang akan mengganggu hidup kita. Sebelum tiba waktu tu, saya harap awak bersabar banyak-banyak ye." Haziq menyorot lagi gambar-gambar perkahwinan Natashya dan Farel yang berada di dalam galeri telefon pintarnya.

"Saya sedih sangat sebenarnya, awak tak pernah nampak kewujudan saya dekat UNITAR dulu. Padahal, dimana-mana awak berjumpa dengan Farel, saya ada sekali tau. Mata awak hanya tertumpu pada Farel sahaja kan?"

"Maaf tau kalau cara saya ni menyakitkan awak, tapi saya terpaksa buat cara kotor untuk pisahkan Farel dengan awak, Nat. Saya gembira sangat-sangat yang Farel dah buang awak jauh. Dia pun tak hiraukan pasal anak-anak dalam kandungan tu kan? Itu pun, awak masih sanjung dia, pujuk dia untuk terima awak balik? Farel tu degil lah, Nat. Awak tak boleh ubah dia."

"Oii, cakap dengan buah hati ke?" Sir Qalish menepuk belakang badan Haziq. Segera Haziq menyimpan telefon pintar itu di dalam poket seluarnya.
"Sibuk nak tahu hal aku." Haziq menjeling rakan sekerjanya itu.

"Kau dah habis makan ke.....baru nak makan?" Sir Qalish melihat di atas meja makan itu, hanya segelas air putih yang ada.

"Belum makan lagi, rehat sekejap sebab baru habis kelas." Haziq bangkit daripada kerusi itu.
"Baguslah, jom makan sekali dengan aku. Tak adalah aku kesunyian."

Haziq berjalan dahulu menuju ke bufet makanan, lauk pauk yang dihidangkan diperhati sekilas. Masih menu yang sama. Setelah mengambil lauk pauk tersebut, Haziq berjalan menuju ke kaunter, diikuti oleh Sir Qalish dibelakangnya.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now