BAB 70

2.7K 116 22
                                    

Karl memasuki bilik wad persendirian Luthfi. Kelihatan sepupunya itu memandang ke arah dinding yang serba putih. Kalau Luthfi sudah berkelakuan begitu, pasti ada sesuatu difikirannya.

"Luth, kau okay tak? Pihak hospital kata kau tak nak makan. Kenapa, Luth?" Karl mendekati Luthfi dan duduk di sebelahnya.

"Aku dah makanlah. Kenyang lagi."

"Makan apa?"

"Nat ada datang. Dia bawakan aku makanan." Luthfi masih setia memandang ke arah dinding itu.
"Natashya?" dahi Karl berkerut seribu.
"Aku ada kawan lain nama Nat ke?" Luthfi memutarkan bebola matanya.

"Tak adalah, pelik je dia datang sini balik. Ingatkan suami dia tak bagi datang sini." ujar Karl.

"Kau ada bawa phone ke?" Luthfi memalingkan badannya menghadap Karl pula.
"Memanglah ada. Kenapa?"

"Call Farel sekejap."

"Aku saja nak tanya khabar madu aku tu." sambung Luthfi lagi apabila Karl memandang pelik ke arahnya.
"Betul?" soal Karl lagi.

"Betul."

Karl mengeluh perlahan dan mendail nombor telefon Farel yang masih disimpan olehnya. Luthfi menunggu dengan sabar untuk panggilan itu dijawab.

"Assalamualaikum." suara garau Farel kedengaran di corong telefon pintar itu. Luthfi bangun daripada duduknya di atas katil.

"Hello, Karl?"

"Kau cakap dengan aku, kau boleh buatkan Nat lebih bahagia daripada masa dia bersama aku dulu. Tapi, mana kenyataan buat kata-kata kau tu? Kau buat dia lagi merana adalah!" Luthfi melepaskan amarahnya ketika itu. Karl cuba menghampiri Luthfi kerana risau jika Luthfi bertindak di luar kawalan tetapi Luthfi mencerlung tajam ke arahnya untuk tidak berganjak.

"Dulu, kau belasah aku cakap aku ni dayus sebab pukul perempuan. Tapi, kau pun sama kan? Bukan pukul secara fizikal tapi secara mental. Kau memang suami tak bertanggungjawab! Nat tu datang seorang diri jumpa aku dekat wad orang gila ni. Eh! Orang gila macam aku ni pun sedihlah bila suami yang dia sanjung layan dia macam tu!"

"Kau jangan samakan diri aku dengan kau."

"Kenapa pula? Bukan ke kita berdua dah buatkan Nat merana?"

"You did it worst, Luthfi. Tak payah nak berlagak baik. Kau tak tahu apa dia dah buat pada keluarga aku." balas Farel lagi.

"Aku tahu semuanya, Farel. Nat told me everything. Kau tahu sekarang ni dia tengah buat apa? Minta maaf pada semua orang yang dia rasa dia bersalah. Termasuklah keluarga Irsyad yang memang aku tahu, bencikan Nat."

"Kau sebagai suami, bukan ke patut ada bersama dia pada waktu macam ni? Ye, aku tahu kau marah tapi, itu semua takdir Allah. Kemalangan yang berlaku akibat Natashya adalah penyebab sahaja untuk kematian isteri kau. Kalaulah Nat tak langgar kereta kau, kemungkinan isteri kau meninggal dunia dengan cara lain pada waktu dan hari itu juga. Siapa yang kau nak salahkan sebenarnya, Farel? Allah?"

"Walaupun Nat tahu dia akan kena teruk dengan keluarga Irsyad, terutama sekali ibu Irsyad, Nat tetap gagahkan diri dia. Kau tak kesian ke dengan Nat, Farel? Dia kena tampar, kena caci, kena hina. Kau boleh biarkan isteri kau hadap semua tu? Mana kata cinta kau? Mana kata janji yang kau buat kononnya nak jadi pelindung untuk Natashya daripada manusia macam aku ni?" Luthfi mengeluh berat dan meraup wajahnya.

"Aku dah tak duduk serumah dengan Nat, macam mana aku nak tahu pergerakan dia? Lagipun, itu keputusan Nat sendiri untuk mencari orang-orang yang dia ada buat silap."

"Kalau kau depan muka aku sekarang, memang kau mati dengan penumbuk aku, Farel. Aku cuma nak ingatkan kau, andai kata Irsyad hidup lagi, kau atau aku takkan pernah nak bermimpi untuk tawan hati Nat. Kau tahu kenapa? Sebab Irsyad lebih layak. Aku kenal Nat, Aina dan Irsyad dari dulu lagi. Tak pernah setitis pun air mata Natashya jatuh disebabkan oleh lelaki yang bernama Irsyad. Kecuali setelah tahu lelaki sebaik Irsyad tak ada lagi dekat muka bumi ni."

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now