BAB 86

2.9K 131 16
                                    

Tubuh Farel yang tidak bergerak itu dipeluk lama, seakan-akan tidak mahu melepaskan encik suaminya pergi.

"Abang...saya nak abang tahu yang saya masih sayangkan abang...maafkan saya. Halalkan makan minum saya selama ni, ye? Maaf atas segala dosa saya pada abang...." Natashya berbisik di sebelah telinga Farel. Di setiap inci wajah Farel dikucup penuh sayang. Ciuman untuk yang terakhir kalinya.

"Bintang hati."

Suara Farel memanggilnya terus menyedarkan Natashya daripada tidur. Air mata di pipi segera dikesat oleh Natashya.

'Menangis masa tidur ke?' detik hati Natashya. Kemudian, ruang kosong disebelahnya diperhatikan. Farel tiada. Hanya Falique dan Falisha sahaja yang masih tidur.

Langkah kaki Natashya segera menjejaki lantai. Beg bagasi Farel tiada di dalam bilik. Beg komputer riba miliknya turut tiada.

'Tadi tu...mimpi atau....' Natashya segera mencapai telefon pintarnya. Panggilan pada nombor encik suami segera dibuat.
Natashya membuka luas pintu kayu utama rumahnya dan tiada kereta mewah Farel disitu.

Tak mungkin.

Panggilan yang dibuat tidak dijawab langsung. Natashya mula mundar mandir di dalam rumah. Duduk tidak kena, berdiri pun tidak kena. Tanpa henti panggilan dibuat pada Farel.

"Apasal Maghrib macam ni buka pintu? Tak elok tahu tak?" tegur Puan Elvina bersama telekung yang masih dipakainya itu.
"Ibu....."

"Ape dia?"

"Fa..Farel pergi mana?" soal Natashya. Berdebar jantungnya ingin tahu akan jawapan Puan Elvina.

"Farel mana ada kak. Kan Farel dah..." belum sempat Puan Elvina menghabiskan kata-katanya, Natashya sudah menangis teresak-esak. Air mata berguguran bagaikan air terjun lajunya.
"Ibu...kakak nak Farel..tolonglah ibu.."

"Astaghfirullahalazim budak ni...kau ni dah kenape kak?" Puan Elvina memeluk erat tubuh Natashya. Air mata anak sulongnya mula membasahi bahu Puan Elvina.

"Kakak nak Farel....Akak call dia langsung tak berjawab. Farel dah tak nak jumpa kakak lagi ke? Dia janji akan jawab call kakak, ibu...." Natashya bagai nak gila apabila panggilan yang dibuat pada Farel tidak dijawab. Berdering tapi tiada siapa yang mengangkatnya.

"Farel pegi surau dengan baba. Ape yang dirisaukannya?" Puan Elvina menggelengkan kepalanya.

"Ibu tipu. Barang-barang Farel semua tak ada...ibu tipu."

"La..bawa aku balik KL..please." Natashya memandang ke arah Nayla yang baru keluar daripada bilik tidurnya.

"Buat apa?" berkerut dahi Nayla.
"Aku..aku nak jumpa Farel..aku nak pergi kubur dia, aku nak minta maaf dekat dia.." ujar Natashya. Nayla diam membisu, pandangannya masih setia pada Natashya. Otaknya pula ligat mencari idea.

Idea untuk mengenakan kakaknya. Itulah tidur lagi selepas Asar. Kan dah hilang kewarasan.

Abang iparnya sihat walafiat sahaja, baru tadi keluar bersama Encik Haedar ke surau. Boleh pula kakaknya berkata mengenai kubur Farel. Buang tebiat.

"Lala, dengar tak apa aku cakap ni?"

"Tak payah le pergi kubur dia kak. Bukan boleh hidupkan Farel balik. Yang dah pergi, biarkan dia pergi dengan tenang. Dah seminggu akak macam ni tau. Bangun je cari Farel." laju sahaja bibir Nayla menuturkan penipuan terhebatnya. Natashya jatuh terduduk. Wajahnya disorokkan pada tapak tangan.

Puan Elvina sudah bercekak pinggang memandang ke arah Nayla.
"Budak bertuah niii."

Nayla tersengih lebar.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now