BAB 31

3.5K 154 3
                                    

Lagu: Sebenarnya, Alif Satar ft Siti Nordiana

🌻🌻🌻

Dulang minuman yang dibawa oleh Natashya segera beralih tangan kepada Farel sebaik sahaja Natashya melangkah masuk ke ruang tamu itu.

"Berape lame bercuti dekat sini? Dah ade tempat tinggal ke?" Soal Encik Haedar.
"Kena cari hotel je nanti sebab anak saya buat plan tergempar datang sini lepas keluar daripada hospital kelmarin"

"Astaghfirullahalazim, lupe pulak saye yang Farel selamatkan dak kakak. Terima kasih banyak-banyak Farel ye, pakcik memang terhutang nyawe dengan kau" Encik Haedar menepuk bahu Farel yang sedang menuangkan minuman sejuk itu. Natashya pula hanya berdiri tegak disitu.

'Siapa tuan rumah, siapa tetamu ni?' getus hati Natashya bersendirian.

"Saya tolong mana yang termampu je, lagipun anak-anak saya pun ada sama dengan Cikgu Nat masa tu"

"Luka kau dah baik ke belum? Baru seminggu kan? Minta maaf le sebab tak jenguk Farel mase dekat hospital. Pakcik risau sangat dengan dak kakak masa tu"

Farel mengalihkan pandangannya pada Natashya yang masih berdiri di sebelahnya.

"Okay je pakcik. Tak serius sangatlah" Farel menggelengkan kepalanya.
"Baru anak jantan, kan angah?" Tan Sri Faahad tersenyum lebar. Natashya segera meninggalkan ruang tamu itu dan berjalan semula ke dapur.

Natashya mengambil tempat di sebelah Puan Sri Raissa yang sedang memotong bahan untuk rencah masakan asam pedas Melaka itu.
"Tak sangka kan, aunty jumpa awak dekat Melaka" bisik Puan Sri Raissa.

Dahi Natashya berkerut seribu ketika cuba memahami kata-kata daripada Puan Sri Raissa.
"Kecil hati aunty kalau Natashya lupa dekat mana kita pernah berjumpa sebelum ni"

Natashya memerhatikan wajah Puan Sri Raissa dan tak semena-mena, biji matanya terbeliak luas.

"Ya Allah....supermarket..Saya ingat tu. Ya Allah, saya tak tahu pula aunty ni ibu kepada Encik Farel"

"Kenapa? Ada macam kakak Farel ke?"

Natashya tertawa kecil apabila Puan Sri Raissa berseloroh dengan bersahaja. Croffle yang dibeli tadi dikeluarkan daripada beg plastik.

"Ibu, kakak jamah sikit eh. Lapau lah" Soal Natashya ketika membuka penutup pemanis mulut itu. Croffle beserta buah-buahan seperti strawberi, mangga, pisang dan blueberi itu dituangkan coklat ke atasnya bagi menyeliputi keseluruhan isi di dalam bekas itu.

"Makan le kak"

Natashya tersenyum lebar sehingga ke telinga. Croffle yang dibeli sedang dinikmati dengan sepenuhnya. Tanpa disedari oleh Natashya, si kembar berjalan ke arahnya.

"Cikgu makan apa tu?" Falisha turut menjengketkan kaki untuk melihat apa yang berada di atas meja itu.

"Isha nak? Falique?" Natashya memandang ke arah mereka berdua.
Falique mengalihkan pandangan ke arah pintu masuk dapur. Tiada kewujudan Farel di situ.

"Boleh juga" Falique tersengih gembira. Puan Sri Raissa memandang si kembar yang sedang menikmati croffle itu sambil menggoyangkan jari telunjuknya. Falique dan Falisha hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Awak berdua nak chocolate bowl tak? Sedap au" Nayla bersuara pada si kembar.
"Nak!"

"Budak berdua ni memang pantang kena pelawa" Puan Sri Raissa menggelengkan kepalanya.
"Budak-budak, memang hantu manis" ujar Natashya.
"Ambiklah kakak, bagi dekat diaoghang tu"

Tanpa bercakap lebih, Natashya mengambil chocolate bowl yang dibeli oleh Nayla dan diletakkan pada meja berhadapannya. Si kembar segera mengambil tempat di meja makan yang berhadapan dengan Natashya.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now