BAB 89

3.2K 139 9
                                    

     NATASHYA hanya tersenyum pada Falique dan Falisha yang bermain sama dengan anak kembar Fathi dan Yara. Mereka berempat tertawa girang apabila dapat mengusik Faris dan Fateh.

Si kembar kecil itu pun geli hati dengan abang-abang dan kakak mereka.

Pandangan Natashya beralih pula di sekitar ruang tamu tersebut. Ruang tamu yang menyaksikan kemarahan Farel pada Natashya sebaik sahaja kebongkaran yang dilakukan oleh Haziq dahulu.

Tidak pernah sekalipun Natashya lupa akan detik gelap dalam hidupnya itu. Pandangan Farel padanya seakan-akan Natashya sama seperti sampah pada waktu itu. Tak semena-mena, air mata Natashya jatuh ke pipinya. Apabila dia tersedar daripada lamunan, air mata segera diseka. Mudah sahaja hidungnya memerah akibat menahan tangisan.

Yara yang sedang duduk di sebelah Natashya menepuk perlahan peha birasnya.

Bukannya Yara tidak perasan yang Natashya mengelamun jauh ketika dia sedang berbual. Natashya pula segera memeluk lengan Yara. Kepalanya direhatkan di atas bahu Yara ketika itu.

Disebabkan Natashya adalah anak sulong Puan Elvina dan Encik Haedar, dia tidak pernah berasa menjadi seorang adik sehinggalah dia berkahwin dengan Farel dan berkenalan dengan Yara. Jarak umur mereka beberapa tahun itu membuatkan Natashya menganggap Yara sebagai kakaknya. Begitu juga dengan Yara yang hidup sebagai anak tunggal di dalam keluarganya.

"Kalau bersedih lama-lama, boleh jadi tua. Berkedut di usia muda." ujar Yara.

"Cuba bagitahu, macam mana nak hilangkan rasa sedih tu?"

"Kita kena cari puncanya dulu." Yara mengangguk perlahan.
"Punca? Dah jumpa tapi....tak apalah."

"Apa atau siapa puncanya?" sengaja Yara ingin memancing Natashya.
"Tu hah.." lama Natashya mendiamkan diri sebelum menunjuk tepat pada wajah Fathi. Yara tertawa kecil dan menggelengkan kepalanya.

"Habis tu, Nat setuju je ikut angah balik sini, kenapa pula?"

"Setuju sebab risaukan dia je. Balik sorang-sorang, duduk rumah sorang-sorang. Bahaya."

"Masih ada sikit sayang tu lah, kan? Sebab Nat masih risaukan angah."
"Hmm entah." Natashya menggelengkan kepalanya.
"Perlahan-lahan cuba pujuk hati awak tu, Nat. Saya faham kenapa awak berjauh hati dengan angah, saya faham perasaan awak. Saya tak ada dekat tempat awak pun saya dah rasa sakitnya apabila suami yang kita sanjung letak kita dekat bawah tapak kaki dia."

"Tapi, saya yakin angah tu dah berubah dan menyesal. Dia tahu silap dia buat Nat sampai macam tu sekali." Yara memegang erat tangan Natashya.

"Saya pernah anggap Farel sebagai persinggahan dalam hidup saya dan Faris, Fateh adalah buah tangan bagi saya setelah pergi daripada hidup dia."

"Dulu, Farel nak berjauhan dengan saya dan saya pula nak dia selalu ada. Tapi sekarang, perkara ni seakan-akan berubah. Saya lebih selesa kalau Farel tak ada. Berdosa ke bila saya cakap macam ni?" sambung Natashya lagi.

"Bukan senang untuk ubat hati yang lara, kan? Nat kena ambil lebih masa. Kata orang, cuba pandang muka pasangan kita bila dia tengah tidur. Selami diri dia yang berhadapan dengan karenah kita ni. Insya'Allah...kita akan lebih hargai pasangan kita."

"Walaupun masa Nat tenung muka angah tu rasa nak tumbuk dengan tampar je." gurau Yara pula. Natashya pula tertawa lepas.

"Nat, mana angah ni? Lambat sangat dah ni. Perut dah berbunyi nak tunggu dia balik lunch." soal Fathi dari jauh.
"Lambat sikit kot hari ni. Biasalah Isnin. Tapi, kalau along dengan yang lain nak makan dulu, boleh je. Biar saya teman angah makan bila dia balik."

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now