BAB 13

3.3K 131 0
                                    

"ANGAH, dah tiga hari Isha duduk sini, naik bosan dia tu adik tengok" Faqihah duduk di sofa ruang tamu itu.
"Apa pula bosan, kau ada, mummy dengan daddy pun ada" Farel menongkat dagunya di sofa. Hari malamnya membosankan.

"Adik tak cakap Isha lonely pun. Adik cakap Isha bosan je. Apalah angah ni, tak boleh beza dah ke?" Faqihah memutarkan bebola matanya.

"Isha tak sihat lagilah, biarlah dia duduk sini tak buat apa" kata Farel lagi.
"Petang tadi dah merayu dengan daddy suruh hantar dia balik rumah sebab dia nak pergi school"

"Tak sabar betul nak balik rumah, nak kata rindu papa, papa dia ni pun duduk sekali rumah tok mummy. Tapi, aku balik kerja tak ada pula Isha mengadu nak balik" Farel memandang semula ke adik perempuannya. Mujur sahaja Faqihah cuti semester, boleh juga adiknya itu tengok-tengokkan Falisha yang tidak sihat itu.

Alang-alang Farel meminta tolong ahli keluarganya, dia turut membuat keputusan untuk tidur sahaja di rumah ibu bapanya buat sementara waktu sehingga Falisha benar-benar sihat.

"Muka angah tak ada manis pun masa balik tadi, mana maunya Isha bagitahu" Faqihah menggelengkan kepalanya. Bukan Faqihah tidak tahu yang abangnya itu memang sudah hilang senyuman manis itu sejak kehilangan Eshal Dhamirah, sekaligus membawa pergi keceriaan dan kemesraan yang ada pada Farel.

"Biasalah, penat sikit ajar orang dewasa yang tak dengar cakap" Farel mengeluh perlahan.

"Tak dengar cakap ke, angah yang terlampau strict?" Soal Faqihah pula. Mujur sahajalah dia tidak melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia, ditempat abangnya itu bekerja.

Kalau tidak, pasti kawan-kawan turut tak suka akan dirinya.

Farel hanya membalas kata-kata Faqihah itu dengan jelingan mautnya.

"Papa, papa" Falique menuruni anak tangga bersama buku latihan di tangan. Songkok bersaiz kecil di atas kepala dibiarkan sahaja. Pasti anaknya itu baru selesai menunaikan solat Isyak bersama Tan Sri Faahad dan Puan Sri Raissa.

"Falique ada homework kena buat, papa tolong Falique boleh tak?" Falique segera mendapatkan Farel dan menunjukkan buku latihan mewarnanya.

"Come here" Farel menepuk perlahan meja kopi di ruang tamu itu dan duduk bersila terlebih dahulu. Anak lelakinya turut duduk di sebelah Farel.

"Falique, cikgu tak ada bagi homework untuk Isha ke?" Falisha memuncung sedepa. Farel terus menarik anak perempuannya itu untuk duduk di atas pangkuan.

"Tak pun sebab Isha kan tak sihat. Cikgu nak Isha rehat je" Falique menggelengkan kepalanya.
"Isha dah sihatlah, papa je tak bagi pergi school" Falisha menyandarkan badannya pada dada bidang Farel.

"Isha rehat je dulu dengan tok mummy, tok daddy. Boleh? Nanti ajak tok daddy jalan-jalan" Farel mengusap perlahan kepala Falisha. Anaknya itu hanya mengangguk perlahan.

"Falique, apa yang susah sangat dengan homework tu?" Soal Farel.

"Mewarna, itu yang susah" Tan Sri Faahad tersenyum kecil. Cucu lelakinya itu memang kurang gemar untuk mewarna. Kalau boleh nak mengelak terus.

"Lah, sikit punya hal je ni" Farel mengambil pensil warna milik Falique.
"Angah pula ke nak mewarna tu?" Puan Sri Raissa menyoal pula.

"Habis tu, Falique tu tak buat apa?" Faqihah memeluk tubuhnya. Mana boleh buat kerja untuk Falique, bila anak buahnya itu mahu berdikari.

"Lah, setakat mewarna je" Farel menghulurkan pensil warna pada Falisha. Laju sahaja tangan kecil itu menyambut. Anak beranak itu tersenyum lebar apabila mewarna kerja rumah Falique.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now