BAB 64

2.2K 84 17
                                    

      Setelah kehadiran Haziq di meja bulat itu, Natashya lebih banyak mendengar daripada berbual. Sekali sekala Natashya menyuap pizza atau manisan yang masih berbaki di atas pinggannya.

Natashya turut menyuap Farel makanan tersebut untuk mempercepatkan proses penghabisan makanan itu.

Mujur encik suami hanya menuruti sahaja.

Dahi Natashya berkerut seribu apabila tekaknya mula berasa mual. 'Takkan lah waktu sekarang ni? Perfume siapa ni?' detik hati Natashya. Matanya meliar ke sekeliling tempat duduk.

Mata tertumpu pada Haziq di belakang kerusi Farel. Mereka berdua sedang berbual bersama yang lain.

'Bukan kot.' Natashya menarik lengan kanan Farel. Hidung Natashya dirapatkan pada lengan encik suami, wangian yang menenangkan rasa mual di tekak.

Farel yang perasan akan hal itu terus menumpukan sepenuh perhatian pada Natashya.
"Kenapa ni?"
"Tak tahulah. Tiba-tiba rasa nak muntah." Natashya berbisik perlahan. Farel menarik kerusi yang diduduki oleh Natashya rapat kepadanya. Kemudian si isteri merangkul erat lengan kanan Farel semula.

"Duduk rapat lagi dengan abang." ujar Farel.
"Tak apalah. Buat malu je." Natashya menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

"Tiada apa yang nak dimalukan." Farel melilit lengan kanannya pada bahu Natashya. Tubuh kecil si isteri di tarik rapat ke dadanya.

"Bukan main rapat lagi ye, macam pengantin baru." ujar Hidayat pula.

"Alahan, harap maklum." Farel tersenyum kecil. Wajah Natashya pula sudah memerah malu. Badannya dirapatkan kepada Farel. Tekaknya sedikit lega apabila wangian encik suami hanya yang diterima oleh deria baunya.

Farel meneruskan perbualan bersama-sama yang lain sehinggakan Profesor Kamal memanggil keseluruhan ahli meja bulat itu bersama pasangan mereka untuk bergambar di hadapan.

"Sampai pun kita punya giliran, ingatkan lama lagi." ujar Husna, pensyarah dalam bidang ekonomi itu. Mereka bangun daripada kerusi masing-masing kecuali Farel.

"Abang....abang pergilah ambil gambar tu. Saya tunggu dekat sini." Natashya menjarakkan dirinya daripada Farel.

"Sure? You can stay here?"

Natashya mengangguk perlahan.

"Kau ambil gambar cepat-cepat, lepas tu korang berdua dah boleh balik. Kesian pula aku tengok keadaan Nat ni." Haziq bersuara. Farel menoleh ke arah Haziq di belakangnya.

"Abang pergi sekejap je." Farel mengucup dahi Natashya. Langkah kakinya segera ke arah yang lain.

"Awak nak air tak?" Haziq memandang ke arah Natashya.
"Tak apa. Air saya masih ada." Natashya menggelengkan kepalanya dan memegang cawan kaca yang berisi minuman yang masih berbaki sedikit.

"Pengorbanan seorang ibu, kan? Ada masa okay, ada masa tak." Haziq tersenyum nipis.
"Sebab tu Allah sebut ibu tiga kali untuk didahulukan sebelum ayah." Natashya mengusap perlahan perutnya yang saban hari makin kelihatan.

Tiba-tiba Natashya berasa mual datang kembali menyerang. Wajahnya berkerut menahan rasa mual dan segera Natashya melangkah laju keluar daripada dewan tersebut. Tandas menjadi destinasi pertamanya. Mujur dia tahu keberadaan tandas di hotel tersebut.

Farel yang hanya memerhati Natashya daripada jauh itu terus berlari untuk mendapatkan isterinya di luar dewan. Rakan-rakan sekerja yang sedikit terkejut dengan tingkah laku Farel itu turut menoleh ke arahnya.

Masing-masing sudah menjadi seorang ibu dan bapa, jadi mereka memahami akan situasi tersebut.

Farel berhenti di hadapan tandas wanita. Rambutnya diraup ke belakang. Tak tenang hati seorang suami di luar tandas apabila isterinya masih di dalam.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now