BAB 62

2.5K 98 1
                                    

     Natashya bergerak ke kiri dan kanan di atas katil. Tekaknya terasa tidak selesa. Air yang disediakan oleh Farel di sebelah katil segera dicapai. Seteguk air mineral tidak melegakan tekaknya yang mengidam akan sesuatu.

Sesuatu yang jauh untuk didapatkan.

Natashya mengeluh berat dan berbaring semula di sebelah encik suami yang masih lena. Tubuh Farel yang tidak berbaju itu dirangkul erat. Natashya menghidu bauan badan Farel yang menjadi kegemarannya namun, tidak dapat menandingi tekak yang sedang mengidam.

"Abang...." Natashya menggerakkan tubuh Farel dengan perlahan.

"Hmm" Farel hanya mengumam dan tidak membuka matanya.

"Abang bangunlah." rengek Natashya. Tubuh Farel digoncang dengan kuat kali ini.
"Kenapa ni, bintang hati? Awal lagilah nak kejut abang bangun." Farel memandang sekilas jam dinding bilik itu dan kemudian mengeratkan semula pelukan pada tubuh Natashya.

"Saya laparlah..." Natashya memuncung sedepa.
"Nak makan apa pukul tiga pagi ni?" Farel menguap besar. Badannya terasa letih sejak semalam setelah pulang daripada tempat kerjanya.

"Asam pedas daging tetel ibu." Natashya tersenyum lebar.
"Puan Natashya, jangan merepek eh." Farel membuka kecil matanya memandang ke arah Natashya.

Apabila Farel melihat wajah Natashya yang penuh harapan itu, dia tahu yang si isteri tidak merepek.

"Boleh tak, abang?"

"Abang masakkan ye? Rasanya ada resepi ibu pernah bagi dekat abang hari tu." Farel mencapai telefon pintar di sisi katil.
"Tak nak abang yang masak." Natashya menggeleng laju. Jujur.

"Nak asam pedas daging tetel ibu juga."

"Bintang hati, kita bukan dekat Melaka. Mana ada ibu dekat sini. Abang suruh mummy je yang masak untuk awak,  boleh?"

"Tapi, lepas Subuh baru kita pergi rumah mummy." Farel mengucup dahi Natashya. Wajah si isteri terus masam mencuka. Tangan Farel yang ingin memeluknya segera ditepis dengan kasar.

"Tak apalah. Dah tak nak asam pedas ibu." Natashya merebahkan semula badannya ke atas katil. Selimut ditarik sehingga menutupi kepalanya. Farel menggaru kepalanya yang tidak gatal.

'Merajuk pula.' detik hati Farel.

Tidak sampai lima minit, kedengaran tangisan Natashya teresak-esak disebalik selimut itu.

"Bintang hati, janganlah sedih macam ni." Farel perlahan-lahan menarik selimut itu daripada genggaman Natashya.

"Saya nak...nak asam pedas ibu je." air mata Natashya mengalir deras, memerah wajah isterinya ketika itu.
"Okaylah, abang pergi kemas baju Isha dengan Falique dulu. Kita balik Melaka." Farel mengelap air mata di pipi Natashya.

Natashya terus tersenyum lebar. Air mata diseka laju. "Betul?"

"Pandai berlakon pula sekarang ni. Tadi menangis macam kena dera."

"Mana adaaaa!." jerit Natashya. Farel terus menekup mulut isterinya. Entah kenapa, Natashya lebih kebudak-budakkan ketika mengandung. Ada sahaja perkara nak dijeritnya, jangan terkenan pada anak-anak sudah lah.

"Sakit telinga abang. Anak-anak belum besar, abang dah pekak." gurau Farel. Natashya segera mendekati tubuh Farel bersama senyuman manisnya.

"Saya sayang abang, kalau macam ni? Dengar?" bisik Natashya di telinga Farel. Terus berbunga perasaan Farel pada pagi itu.

"Love you too." balas Farel lalu mengucup pipi Natashya. Farel menuruni katil dan berjalan keluar bilik untuk mengemaskan pakaian si kembar. Setelah Farel melangkah keluar daripada bilik mereka, Natashya segera mengemas pakaian Farel dan dirinya untuk berhujung minggu di Melaka.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now