BAB 65

2.3K 108 17
                                    

"Assalamualaikum, abang. Bila nak balik ni? Saya dah masak asam pedas ikan pari macam yang abang request pagi tadi."

"Waalaikumusalam, betul ke bintang hati masak?" Farel tersenyum lebar sambil mengemas fail di rak pejabatnya.

"Memanglah saya yang masak. Mummy tolong sikit-sikit je sebab risaukan saya dekat dapur sorang-sorang. Lagipun yang lain dah makan dulu. Saya tunggu abang balik, kita makan sama-sama." suara si isteri yang ceria sedikit sebanyak melegakan kepenatan Farel. Ini kalau berhadapan isterinya, pasti lelah bekerja terus hilang.

Tambahan pula, di usia kandungan Natashya 7 bulan, Farel sudah pun meminta Natashya untuk berhenti kerja. Mujur isterinya tidak membantah. Jadi, setiap kali sebelum pergi bekerja, Farel akan menghantar Natashya ke rumah orang tuanya terlebih dahulu.

Risau untuk membiarkan Natashya duduk bersendirian di rumahnya. Lagipun si isteri tidak boleh berdiam diri, ada sahaja perkara yang nak dibuat. Tetapi, jika duduk di rumah Puan Sri Raissa dan Tan Sri Faahad, tak adalah isterinya melakukan kerja-kerja rumah kerana pasti dia akan ditegah oleh mummy jika terlalu aktif.

Sudah sebulan Natashya berulang-alik setiap hari ke rumah mertuanya, sedikit pun Farel tidak pernah mengeluh penat.

Malah, tubuh Natashya dahulu akan dirangkul erat selepas pulang bekerja. Walaupun perut yang berusia 8 bulan itu menghalang Farel untuk rapat dengan Natashya.

"Sekejap lagi abang balik. Tunggu sekejap ye, bintang hati abang." Farel tersenyum lebar.

"Okay, abang. I love you."

"I love you more." Balas Farel. Panggilan dimatikan.

Farel mengemas meja kerjanya pula dan menyusun kerja kursus para pelajar di satu bahagian. Sedang Farel menyusun satu per satu kerja kursus itu, sampul surat berwarna coklat terletak kemas di bawahnya.

Dr. Farel Gibran bin Tan Sri Faahad Anaqi

Namanya terpampang jelas pada sampul surat tersebut. Farel mengambil sampul itu. Helaian kertas di dalam sampul dibawa keluar ke atas mejanya. Jantung Farel seakan-akan berhenti ketika helaian pertama adalah gambar sewaktu kemalangannya yang meragut nyawa cinta pertama dia iaitu Eshal Dhamirah empat tahun yang lalu.

Dahi Farel berkerut jelas ketika gambar kereta Myvi yang melanggarnya turut terpampang di atas kertas tersebut.

Lalu dengan perasaan ingin tahu, Farel menyelak helaian-helaian kertas itu. Semakin diselak, semakin membuatkan jantungnya terasa sesak yang teramat.

Lebih-lebih lagi, gambar Eshal yang berlumuran darah dan juga gambar Natashya ketika dirawat oleh pihak medik di tempat kejadian membuatkan Farel terduduk di atas kerusinya.

"Kenapa......ken...kenapa..." Farel melihat pula pada rekod perubatan milik dirinya, Natashya, Aina dan juga seorang lelaki bernama Irsyad yang ditempatkan di hospital yang sama pada waktu yang sama.

Laporan saksi kejadian yang ditulis oleh pihak polis turut dibaca. Aina dan juga Irsyad turut membuat laporan tentang kemalangan itu sebagai saksi yang berada di dalam kereta.

Helaian terakhir adalah sijil kematian Eshal dan juga Irsyad dilampirkan. Irsyad meninggal dunia 3 hari selepas kemalangan akibat pendarahan tanpa henti selepas pembedahan penukaran organ hati kepada pemilik baru iaitu Natashya Ammara binti Haedar Raeef.

Nama wanita yang disebut oleh Farel ketika akadnya.

Farel bersandar buat seketika di kerusinya. Dunia seakan berhenti buat seketika. Dadanya dipukul kuat. Farel cuba membuat jantungnya berdegup semula walhal itu semua hanya difikirannya. Fikiran yang mengatakan jantungnya berhenti berdegup ketika itu. Sekali lagi dadanya dipukul kuat.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now