BAB 33

3.4K 141 11
                                    

Lagu: Kasih Tercipta, Faizal Tahir

🌻🌻🌻

"Angah, cik tunang ada bekalkan lauk ni" Tan Sri Faahad sengaja mengusik anaknya itu sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik hotel.

"Lauk? Untuk angah?" Farel mengambil bekas Tupperware yang dibawa oleh Tan Sri Faahad itu.

"Yelah, cik tunang kirim. Risau encik tunang ni kelaparan lepas habis mengajar"

"Ada-ada jelah daddy ni" Farel memutarkan bebola matanya.

"Falique dengan Isha dah makan tak?" Soal Farel kepada anak kembarnya.
"Kenyang dah papa. Macam nak meletup perut ni" Falique tertawa kecil.

"Tak meletup pun" ujar Farel. Falique menjeling tajam Farel yang sedang mengusiknya itu.

- - -

Sudah hampir seminggu sejak Farel pulang daripada Melaka dan sepanjang masa itu juga, Farel menugaskan Faqihah untuk menghantar dan mengambil si kembar daripada tadika buat sementara waktu ketika dia menyiapkan segala kerja dan juga persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung tidak sampai sebulan itu.

Natashya pula, sudah memasuki semula kerja di Tadika Ceria Bestari seperti kebiasaan setelah bercuti panjang. Ini kerana, dia merasakan lebih dekat bersama si kembar nanti. Lagipun, Natashya tidak sepenuhnya mengetahui hal si kembar, jadi dia perlu mengambil hati Falique dan Falisha walaupun si kembar itu lebih menyayanginya.

"Maksu, lambat pula hari ni" bebel Falisha dengan mulut muncungnya.
"Maksu terlelaplah. Sorry lah" Faqihah membuka pintu kereta untuk si putera dan si puteri kembar itu.

"Terima kasih ye, Nat. Budak-budak ni ada degil tak masa belajar? Mengada-ngada ke?" Soal Faqihah.

"Tak ada lah. Diaorang dengar kata je" Natashya tertawa kecil.
"Awak jujur je, saya kena buat laporan dekat angah bila dia balik kerja"

"Betul, diaorang dengar kata. Jangan risaulah" Natashya mengangguk dengan yakin.

"Okaylah kalau awak cakap macam tu. Sebelum saya lupa, mummy dengan daddy ajak makan malam esok. Nat free tak?"

"Esok? Sepatutnya saya balik ke Melaka. Ada hal nak uruskan pasal majlis....tapi, kalau aunty dengan uncle ajak datang rumah, saya pergi jelah" jawab Natashya lagi.

"Okay, saya ambil Nat dekat rumah tau. Tak payah drive. Nanti balik malam sorang-sorang, bising pula angah tu" Faqihah mengusap perlahan lengan Natashya.

Natashya mengangguk sambil tersenyum manis. Kepergian Faqihah bersama si kembar hanya diperhatikan melalui pandangan sahaja.

Telefon pintar diambil daripada dalam poket baju kurungnya. Natashya perlu memaklumkan pada keluarga di Melaka mengenai dia tidak dapat pulang pada minggu itu.

- - -

Pada keesokan paginya, Natashya membuat keputusan untuk melawat Luthfi di hospital psikiatri tanpa memaklumkan pada Aina mahupun Farel. Tiba-tiba hatinya terdetik untuk mengetahui keadaan Luthfi setelah kejadian hitam itu.

Kejadian di mana Luthfi hilang kewarasannya dan tidak menjadi diri sendiri.

Natashya turut membawa pau berinti daging yang menjadi kesukaan Luthfi itu. Nak berpatah balik, memang sudah terlambat kerana sekarang, Natashya diiringi oleh pengawal yang bertugas menuju ke wad persendirian dimana Luthfi ditahan.

"15 minit sahaja" kata pengawal itu dengan tegas setelah membuka pintu wad tersebut. Natashya mengangguk perlahan dan menggenggam erat tangannya sebaik sahaja melangkah masuk ke wad persendirian itu.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now