BAB 27

2.5K 131 4
                                    

      HABIS sahaja rehat yang hanya diberi selama satu jam itu, aktiviti sukaneka diteruskan semula. Kali ini, acara jentik bola pingpong.

Anak-anak kecil yang menyertai pertandingan itu diminta untuk membuat pusingan sebanyak 10 kali sebelum berjalan menuju ke arah bola ping pong di atas botol yang berisi air. Bermacam ragam dapat dilihat ibu bapa mereka yang memberi arahan kepada anak-anak.

Sudahlah anak-anak kecil itu pening kerana 10 kali pusingan yang dibuat, malah bertambah pening apabila menerima arahan daripada ibu bapa masing-masing yang membantu.

Falique hanya mendapat tempat ketiga dalam permainan tersebut, manakala Falisha tersingkir di awal permainan. Bola pingpong kemana, langkahnya kemana-mana.

Walaupun tersingkir di awal permainan, Falisha tetap menyokong si abang untuk menghabiskan permainan itu walau hakikatnya Falique sudah tidak berjalan dengan lurus di akhir pusingan.

Permainan seterusnya untuk ibu bapa merunsingkan Farel ketika dia mendengar arahan permainan daripada Cikgu Wawa itu.

"Tarik diri jelah" Farel menoleh ke arah Natashya.

"Kenapa pula?"

"Permainan apa macam ni?" Farel menunjukkan set mekap yang ada pada tangannya.

"Papa, it's just a game. Takkan cepat nak mengalah" Falisha pula bersuara.
"Jadi badutlah muka cikgu Isha nanti. Nak?" Farel memutarkan bebola matanya.
"Isha suka badut" Falisha tertawa sakan.

"Cikgu pun suka badut" Natashya mengangguk laju.
"Okay fine" Farel menyarungkan sarung tangan getah berwarna hitam. Natashya yang duduk di atas kerusi berhadapannya di pandang buat seketika. Topi yang dipakai oleh Natashya turut dipusingkan ke belakang.

"Kau relakan?" Farel menjungkitkan keningnya pada Natashya. Rambut Natashya yang ditiup angin, diselitkan pada belakang telinganya.

"Buat cantik-cantik" Natashya mendongak kepada Farel.

Senyuman Farel tidak menyenangkan hati Natashya. Itu seperti senyuman untuk mengenakan dirinya.

"Papa, pakai bedak dululah" Falisha menghulurkan compact powder pada Farel.

"Suka hati papa lah, papa yang jadi MUA ke, Isha?" Farel tersenyum sinis, pemerah pipi dipakaikan pada kedua-dua belah pipi Natashya beserta hidungnya.

"Betullah cikgu dah jadi badut" Falique tertawa sakan bersama telefon pintar Farel yang dipegang. Sudah tentu untuk merakam detik-detik Farel mengenakan Natashya seperti yang dibisikkan Farel pada anak lelakinya itu.

"Jangan bagi cikgu tengok cermin. Nanti cikgu mengamuk" Natashya hanya memejamkan matanya sahaja. Hatinya sudah rela dikenakan.

"Berani kau nak mengamuk dengan hasil tangan aku?" Farel memegang dagu Natashya dan melukis keningnya mengikut kening asli yang sudah terbentuk cantik itu.

"Ramai orang tengok, malulah saya nanti"

"Tadi kata rela" Farel mengambil pula berus untuk eyeshadow pada kelopak mata Natashya. Mujur Falisha menghulurkan apa yang dia perlu. Bonus untuk Farel kerana ada anak perempuan yang membantu.

Sedang Farel ralit menconteng kelopak mata Natashya dengan warna biru tua, tiba-tiba berusnya ditepis kasar oleh Natashya. Farel tersentak dengan tindakan kasar Natashya kepadanya.

Dapat didengari Natashya berdesis seperti dalam kesakitan. Matanya dibuka dan memandang terus pada anak mata Farel.

"Slow slow" ujar Natashya.
"Kau kena tumbuk ke apa?" Lantang sahaja Farel mengeluarkan kata-kata itu dan Natashya memejamkan semula matanya tanpa membalas.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now