BAB 57

3.1K 123 3
                                    

Natashya tersenyum kecil melihat telatah Falique dan Falisha di kolam renang itu. Pagi-pagi lagi Farhan dan Fahim sudah mengajak mereka berdua untuk terjun ke dalam kolam renang. Macamlah rumah masing-masing tiada kolam renang untuk bermandi manda.

Tudung bawal instant diperbetulkan sedikit. Yara sedang menyediakan sarapan pagi bersama Puan Sri Raissa dan Puan Elvina. Begitu juga dengan Nayla dan Faqihah yang membantu mana perlu. Jadi, Natashya perlu awasi dua pasang kembar itu ketika mereka berada di dalam kolam renang.

"Kak, kau pegi teriak abang Farel turun sarapan. Aku jage budak-budak ni dengan kak Faqihah." Nayla menghampiri Natashya di tepi kolam itu.
"Masak apa?" soal Natashya ingin tahu.

"Nasi lemak ayam." Faqihah tersenyum lebar.
"Sekarang juga nak pergi panggil abang Farel." Natashya segera berjalan laju menuju ke dalam rumah.

"Jangan lariii, jatuh nanti." berdegup kencang jantung Faqihah ketika melihat langkah laju Natashya itu. Mujur, selamat sampai ke dalam rumah. Natashya berjalan di sekitar rumah kaca di Kazhouse PD Villa, cuba mencari kelibat encik suami yang hilang entah ke mana.

Ketika itu, Natashya ternampak akan Farel yang baru sahaja keluar daripada bilik tidur mereka. Langkah laju segera diaturkan kepada encik suami daripada belakang. Oleh itu, Natashya memeluk tubuh sasa suaminya daripada belakang erat. Wangian Farel dihidu sambil tersenyum.

"Abang mesti dah lapar kan? Dekat dapur ada nasi lemak ayam. Jom?" Natashya mengucup belakang badan Farel yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Perut berotot suaminya turut diusap perlahan.

"Natashya Ammara, what are you doing?" Farel bersuara. Ianya arah daripada belakang dan bukan di hadapannya ketika itu. Siapa yang dipeluk?

Natashya segera melepaskan pelukannya pada tubuh badan sasa lelaki itu.

Wajah bengis Farel dipandang, begitu juga dengan Fathi yang tersengih tanpa rasa bersalah itu.

"Takkan suami sendiri pun tak kenal? Awak buat apa tadi?" tegur Farel. Tak semena-mena, air mata Natashya berjuraian jatuh ke pipinya. Si isteri termangu sendirian.

"Abang tegur je, awak nak menangis macam ni?"

"Angah, Nat tak sengajalah. Aku keluar daripada bilik kau kan, sah-sah Nat ingat aku ni kau walaupun aku ni lebih handsome daripada kau." jawab Fathi untuk melindungi adik iparnya daripada dimarahi oleh Farel.
"It's not a good timing for a joke, bro. Kau pun satu masalah juga, aku dah kata pinjam baju je. Yang kau guna minyak wangi aku juga, kenapa? Memanglah isteri aku boleh salah suami." dengus Farel geram.

"Aku guna sikit je, ngah." Fathi memutarkan bebola matanya.

Pertelingkahan antara Farel dan Fathi terhenti apabila esakan tangisan daripada Natashya lebih kuat berbanding suara mereka. Farel cuba menarik Natashya ke dalam pelukan tetapi si isteri kuat menepis tangan Farel.

"Awak kalau nak marah, marah jelah. Memang salah saya seorang je kan." sindir Natashya bersama esak tangisnya. Tiada lagi panggilan 'abang' daripada si isteri.
"Abang tak cakap salah awak pun. Abang cuma ralat, awak tak kenal betul-betul suami sendiri." Farel memeluk tubuhnya.
"Daripada belakang, nampak sama je." Natashya mengesat air matanya.

"Yelah, tapi kan abang...."

"Ada jelah tu, nak menang juga." balas Natashya. Fathi yang memerhatikan mereka berdua menggelengkan kepalanya.

'Siapa nak mengalah ni, kalau dua-dua nak menang juga?' detik hati Fathi.

"Ada masalah apa ni, angah?" Tan Sri Faahad berjalan ke arah mereka bertiga. Puan Sri Raissa dan juga Yara ada bersamanya.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now